Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Tuesday, September 09, 2008

GERAKAN VS UMNO Penang


PULAU PINANG 8 Sept. - Gerakan Penang telah membuat keputusan memutuskan hubungan dengan UMNO Pulau Pinang berkuat kuasa serta-merta berikutan tindakan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail mengeluarkan kenyataan yang didakwa berbau perkauman.


1) UMNO Pulau Pinang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

2) Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, keputusan itu dipersetujui dalam satu mesyuarat tergempar yang dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa perhubungan negeri.

''MCA berasa marah, tersinggung, kesal dan hampa dengan tingkah laku angkuh beliau yang enggan menarik balik kenyataan dan meminta maaf terhadap kata-katanya yang telah menyakitkan hati dan perasaan orang Cina di negara ini," katanya.



Sementara itu, Paklah menyuarakan sedemikian.....



PUTRAJAYA 8 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan memanggil Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail esok bagi mendapatkan penjelasan mengenai kenyataan terbarunya yang mendesak Gerakan keluar daripada Barisan Nasional (BN).
Malah, kata Perdana Menteri, beliau akan membuat pendirian tegas esok berhubung kemelut yang berlaku antara Ahmad dan Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.
Sambil melahirkan rasa amat tidak gembira dengan tindak-tanduk Ahmad itu, Perdana Menteri berkata, bentuk tindakan yang akan diambil bergantung kepada penjelasan yang diberikan oleh Ahmad.

‘‘Saya dimaklumkan tentang perkara ini, jadi dia (Ahmad) kena jelaskan kenapa jadi begitu dan selepas itu kita akan tentukan bentuk tindakannya."


‘‘Dia tidak boleh tuduh begitu (minta Gerakan keluar daripada BN)... sepatutnya serahkan perkara ini kepada BN, bukan haknya untuk kata begitu,” katanya.


1) Dewan Tertinggi BN akan bermesyuarat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) esok.

2) Petang ini, Ahmad yang mengadakan sidang akhbar bersama penyokongnya di Wisma UMNO, Pulau Pinang mendesak supaya Gerakan keluar daripada BN kerana mendakwa kehadiran parti itu hanya mengkucar-kacirkan perpaduan dalam komponen tersebut.


SUMBER : Utusan Malaysia Online 8 September.







AR : "Macam-macam Barisan Nasional nih.... aku pun tak tahu nak komen apa dah..... Paklah dah takley handle PIMPINAN BAWAHAN UMNO, elok letak jawatan aje, bagi aje KERUSI PERDANA MENTERI kepada PAKATAN RAKYAT....... 916 coutdown!!!!!"

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats