Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Tuesday, January 06, 2009

PRK Kuala Terengganu : LATAR BELAKANG DAN KOMEN CALON BERTANDING


mStar : BERIKUT ialah maklumat latar belakang dan ulasan tiga calon yang bertanding kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

1) DATUK WAN AHMAD FARID WAN SALLEH (Calon BN, diundi nombor 1):

- Berusia 46 tahun

- Kelulusan jurusan undang-undang

- Seorang peguam

- Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dari 2004-2007

- Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Senator (Mac 2008 - 5 Januari 2009)

- Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu

Ulasan:

"Saya harap susunan nombor satu itu akan beri satu petanda awal yang baik (untuk menang)."

"Malah, kehadiran begitu ramai anggota parti sewaktu pelancaran jentera sayap BN di Taman Tamadun Islam oleh Timbalan Perdana Menteri malam tadi (semalam) juga memberi petanda yang baik mengenai sokongan parti terhadap beliau.

Kehadiran jentera parti iaitu kira-kira 15,000 orang yang berarak mengiringi saya semasa proses penamaan calon pagi tadi juga petanda sokongan padu terhadap saya dan Umno serta BN.

2) MOHD. ABDUL WAHID ENDUT (calon PAS, diundi nombor 2):

- Berusia 52 tahun

- Bekas pegawai tadbir UPM

- Kelulusan Sains Perikanan dan Marin dari UPM

- ADUN Wakaf Mempelam sejak 1990

- Bekas Exco Keusahawanan dan Belia Terengganu (1999-2004)

- Ketua PAS Bahagian Kuala Terengganu

- Bendahari PAS Terengganu

Ulasan:

"Ini negara demokrasi, semua orang boleh bertanding... tiada masalah pun.

"Peluang nampak cerah, Insya-Allah.

"Gentar?, tidak, tidak... saya sudah lima penggal menjadi wakil rakyat (ADUN). Parlimen, Dewan Undangan Negeri serupa sahaja, saya menjalankan tugas.

"Jika menang, saya akan meneruskan tugas saya, saya mewakili parti... PAS, Pakatan Rakyat untuk menguatkan suara kita di Parlimen.

"Saya mempunyai kekuatan saya sendiri, kami telah memenangi tiga kerusi DUN, itu adalah satu kelebihan kepada saya.

3) AZHARUDIN MAMAT @ ADAM (calon Bebas, diundi nombor 3):

- Berusia 46 tahun

- Anak Datuk Adam Taib, bekas setiausaha politik bekas Menteri Besar Terengganu Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad.

- Kelulusan jurusan Teknologi Makanan, UPM

- Tabib dari Kampung Ladang Pasar

- Tiada parti politik

Ulasan:

"Matlamat kita untuk tolong orang miskin kerana saya lihat ramai pemimpin yang hanya bercakap untuk tolong tapi tak berbuat apa selepas menang.

"Terpulang kepada Allah, kalau Allah nak buka hati penduduk sini, Insya-Allah. Saya akan mengeluarkan belanja sendiri sebanyak RM15,000 untuk berkempen melalui penggunaan risalah dan banner.

"Lebih 5,000 risalah akan saya edarkan kepada penduduk dari rumah ke rumah dan pasang banner di kawasan strategik di bandar dan kampung."

PRK Kuala Terengganu : 3 Calon Bertanding


KUALA TERENGGANU: Proses penamaan calon pilihan raya kecil Kuala Terengganu telah pun berakhir pada pukul 10 pagi tadi menyaksikan tiga calon telah menyerahkan borang penamaan mereka untuk bertanding.

Tiga calon tersebut adalah daripada Barisan Nasional (BN), Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endot dan seorang calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam.

Pada masa ini, sesi bantahan terhadap calon-calon sedang berlangsung selama sejam bermula pukul 10 pagi tadi.

Dalam proses penamaan calon tersebut, Wan Ahmad Farid telah dicadang oleh Mohd Sabri Alwi dan disokong oleh Wong Foon Meng.

Sementara itu, Mohd Abdul Wahid dicadangkan oleh Datuk Mustafa Ali dan disokong oleh Md. Azmi Lok Yusof.

Azharuddin pula telah dicadangkan Ahmad Affendi Shah Mamat @ Adam dan disokong oleh Zakaria Abdullah.

Azharuddin, 56, merupakan seorang ahli perniagaan.

Pengurus pilihan raya kecil, Mat Razali Kasim telah mengumumkan sesi penyerahan borang penamaan calon bermula pukul 9 pagi.

Beberapa minit selepas pengumuman itu, Wan Ahmad Farid diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN memasuki pusat penamaan calon.

Kira-kira pukul 9.20 pagi, Mohd Abdul Wahid pula memasuki pusat penamaan calon diiringan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

Kira-kira lima minit kemudian, calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun Mohamad pula tiba dengan diiringi seorang penyokongnya. Beliau bagaimanapun tidak menyerahkan borang tersebut dan memutuskan untuk menarik diri di saat-saat akhir.

Kira-kira pukul 9.30 pagi, Azharudin masuk ke dalam pusat penamaan calon untuk menyerahkan borang penamaannya.

Seorang lagi calon bebas yang semalam mengesahkan untuk bertanding, Isma Airfath Hassanuddin bagaimanapun tidak hadir pada proses penamaan calon tersebut.

Difahamkan, rombongan penyokong bagi dua parti yang bertanding iaitu BN dan PAS yang hadir ke Stadium Negeri bagi proses penamaan calon ini dianggarkan mencecah 25,000 orang.

Pemimpin-pemimpin yang bertanding pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu ini menyifatkan ia sebagai pertarungan ’survival masa depan’ yang paling sengit.

Malam tadi, pemimpin-pemimpin BN mengulangi bahawa cabaran di Kuala Terengganu sebagai tanda kebangkitan semula perikatan itu.

Wan Ahmad Farid berkata: “Jadikan pilihan raya kecil Kuala Terengganu sebagai tempat kebangkitan semula BN yang dikatakan tiada lagi masa depan.”

Mohd Abdul Wahid pula memberitahu, pihaknya sudah bersedia untuk menghadapi permulaan cabaran pada pagi ini.

“Kami sudah bersemangat untuk menghadapi proses penamaan calon esok (hari ini),” katanya ketika ditemui pada majlis pertemuan ahli Kelab Penyokong PAS, di sini, lewat petang semlam.

Sebelum ini, tiga calon telah mengesahkan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil ini termasuk seorang tanpa parti iaitu Isma Airfath Hassanuddin.

Pertandingan pada kali ini dijangka empat penjuru termasuk Harun.

Tinjauan mStar Online pagi ini mendapati, para penyokong sudah mula berkumpul untuk bergerak menuju ke Staduium Negeri - tempat berlangsungnya penamaan calon.

Stadium Negeri terletak bertentangan dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya telah membuat persediaan rapi untuk memastikan kelancaran proses penamaan calon.

Kata beliau, berdasarkan aturan urusan proses penamaan calon, rombongan penyokong BN akan bergerak dari kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu, sementara rombongan penyokong PAS pula akan bergerak dari Bulatan Batu Bersurat.

Kediaman Rasmi Menteri Besar terletak satu kilometer dari sebelah kanan Stadium Negeri manakala Bulatan Batu Bersurat pula dari sebelah kiri.

Bagaimanapun, sehingga pukul 8.20 pagi ini, belum ada pergerakan bagi kedua-dua parti BN dan PAS. Suasana ini agak berlainan berbanding penamaan calon di Permatang Pauh di mana suasana hangat telah dirasai seawal pukul 7.30 pagi.

Penyokong-penyokong BN didapati sudah mula berkumpul di kediaman rasmi Menteri Besar bermula jam 6.30 pagi manakala para penyokong PAS pula sedang memenuhi kawasan Bulatan Batu Bersurat tersebut sedikit demi sedikit.

Sebelum ini, pemimpin kedua-dua parti telah berjanji akan menghimpun sekurang-kurangnya 10,000 penyokong di pihak masing-masing.

Abdul Aziz berkata, pihaknya hanya akan membenarkan kira-kira 150 orang pemimpin dan penyokong bagi setiap parti dan calon yang bertanding memasuki kawasan dalam Stadium Negeri.

Bagaimanapun, mereka hanya dibenarkan berada di luar pusat penamaan calon.

Kata beliau lagi, sebaik sahaja sesi bantahan berakhir, pihaknya kan mengumumkan status calon yang bertanding, dijangka antara 11.30 pagi hingga 12 tengah hari.

Cuaca pada pagi ini amat baik berbanding tiga hari lalu yang mengalami cuaca hujan yang berterusan. - MStar

LOGO Bloggers Network @ Malaysia

undian ini telah dijalankan dari 26/12 /08 sehingga 5/1/09.
++ pemenang akan dihubungi oleh admin..

sebarang penggunaan logo bloggersNetwork@Malaysia mestilah mendapatkan kebenaran. Sila hubungi go-perak@rentaprevolusi.com untuk mendapatkan kebenaran. Setiap kebenaran akan disertakan security code.

TAHNIAH.. TAHNIAH.. TAHNIAH..

pemenangnya ialah….

saudara amir amir (azmor_zonecreative@yahoo.com.my) … logonya …

Warna Biru - melambangkan keikhlasan dan harapan, kehidupan, kestabilan, kedamaian dan ketulenan. Biru mewakili jiwa yang bersemangat.

Warna Putih - melambangkan kesucian jiwa setiap blogger membuat sesuatu berita atau kerja dengan menolak unsur-unsur tidak baik. Warna bagi setiap Jalur Gemilang yang berbentuk bulat itu sama maksud dengan warna Jalur Gemilang.

Bulatan Penuh Diatas - membawa maksud ‘anda’ (blogger)

Jalur Gemilang - Jalur Gemilang berbentuk bulat bermaksud Kecintaan kepada Rakyat dan Negara

Bulatan Biru - melambangkan keMUAFAKATan blogger

3 Bulat Bujur - melambangkan pelbagai ideologi tapu satu matlamat


SUMBER : Rentaprevolusi

PRK Kuala Terengganu : Selebriti UMNO Akan Hadir???






Corong Kita : Prk P.36 akan menyaksikan pertarungan sengit dua musuh politik tradisi. Calon bebas kira tak masuk book!!! Dan tiap kali ada prk, ada watak-watak 'nasional' akan muncul untuk menarik sokongan pengundi.

3 orang ini adalah antara watak-watak yang dinanti oleh pengundi di P.36 untuk mereka mempersembahkan dongeng terkini daripada skrip parti masing-masing (depa tu sama parti).

Ada lagi watak yang tertinggal? Sila beri cadangan......
(Gambar atas sekali tu boleh laaa nooo...)

Wan Farid Pilihan Buruk - Dr. M

Aku ambil berita nih daripada Penarik Beca......



Wan Farid, ambik sebijik!! "Pilihan buruk"!

Berikut ialah berita dibuat untuk Harakah berdasarkan berita Malaysian Insider (komen-komen di sini) dan Malaysiakini (Versi BM di sini dan komen-komen di sini). Bad coice tu nak alih bahasa sebagai apa? Nak sebut pilihan yang tidak baik, berbunyi skema sangat. Takkan nak bubuh "pilihan yang busuk, celaka, jelik, sial, cabul dan brengsek!" Nak bubuh apa? Aku pun penin. Tolong cadang.

Yang kata pemilihan Mohd Abdul Wahid Endut disifatkan menyejuk dan melegakan hati semua pihak tu, semua pihak dalam PAS laa. Orang lain jangan la perasan pulak.

Berikut adalah beritanya:
Wan Farid "benar-benar pilihan yang sangat buruk" -Dr M

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon Barisan Nasional di dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu sebagai "benar-benar pilihan yang sangat buruk".

"Pemilihan calon ini oleh Barisan Nasional benar-benar sangat buruk. Semua orang melihat beliau hanya sebagai proksi. Seseorang yang akan dipergunakan nanti jika (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menjadi Perdana Menteri. Inilah orang-orang yang akan mengelilinginya," kata beliau menurut rakaman video Malaysiakini.

"Calon tersebut adalah pilihan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) kerana beliau berkerja dengan Perdana Menteri," Malaysian Insider pula memetik Dr Mahathir berkata.

Wan Ahmad Farid pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Abdullah ketika beliau menjadi Menteri Dalam Negeri pada tahun 2003.

Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, dan dilantik semula sebagai senator bulan lalu.

Wan Ahmad Farid meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri Jumaat lalu dan jawatan senator hari ini, untuk bertanding dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan.

Kerusi parlimen Kuala Terengganu kosong ekoran kematian penyandangnya, yang juga timbalan menteri pelajaran, Datuk Razali Ismail pada 28 November lalu.

PAS mencalonkan Mohd Abdul Wahid Endut, pilihan yang disifatkan menyejuk dan melegakan hati semua pihak.


Video ihsan Malaysiakini
Berkaitan:
Bukan Wan Farid sahaja, Najib juga pilihan yang buruk (Harakah)

Pilihanraya Kecil: Penamaan Calon, Timbalan Presiden KeADILan Dr.Syed Hussin Ali Bakal Ketuai 3,000 Ahli Di Kuala Trengganu Esok !!

Pahang Daily Online : KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden KeADILan, Syed Husin Ali akan mengetuai kira-kira 3000 ahli KeADILan ketika berarak bagi menyokong calon Pas pada penamaan calon esok di Kuala Terengganu. Menurut Naib Presiden KeADILan Mustafa Kamil Ayob yang juga memikul tanggungjawab sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil P36 Terengganu bagi KeADILan, kira-kira 3000 ahli KeADILan akan bersama-sama pemimpin akan hadir esok. “Kami difahamkan kira-kira 3000 ahli KeADILan dari seluruh Malaysia akan hadir esok dan ianya akan dipimpin oleh Dr Syed Husin,” katanya. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Ketua Umum, Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa Pakatan Rakyat akan berdiri teguh menyokong calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut dan akan berusaha bagi memastikan calon Pakatan Rakyat ini terpilih mewakili rakyat di Parlimen kelak. “Kita yakin dengan pengalaman beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat di Wakaf Mempelam selama lima penggal, inshaallah kemenangan akan berpihak kepada kita,” menurut Anwar. Anwar yang kini berada di Turki dijadualkan pulang dari negara berkenaan hari ini, dan akan merasmikan Bilik Gerakan Utama KeADILan di dun Bandar, Kuala Terengganu esok.

Menurut laporan media, BN akan mengharungi saingan di bawah tema “BN Mesra Rakyat” manakala PAS membawa tema “Perubahan Untuk Kemenangan Rakyat”. Mohd Abdul Wahid Endut, yang juga Adun Wakaf Mempelam diumumkan calon Pas pada 1 Januari lalu akan menetang hebat calon BN, Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Selain itu, beberapa laporan media turut menyebut dua calon Bebas termasuk seorang tanpa parti iaitu Isma Airfath Hassanuddin dan seorang dipercayai daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun Mohamad. Penamaan calon telah ditetapkan esok manakala hari pembuangan undi jatuh pada 17 Januari dengan masa berkempen selama 11 hari. Sesi penyerahan borang penamaan calon akan dibuat pada jam 9 hingga 11 pagi di Stadium Negeri di Kuala Terengganu.

[Teringat kita semasa hari penamaan calon Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dulu. Sejak awal-awal lagi pemerhati sudah melihat bahawa PKR bakal menumbangkan BN di sana. Ini berdasarkan kepada sokongan ribuan rakyat yang turut dari segenap pelusuk negara untuk memberi sokongan kepada Anwar. Bahkan, terkadang kita merasa kasihan dan simpati melihat sokongan rakyat yang begitu jelas tidak mahu lagi kepada BN. Bukan sahaja semasa hari penamaan calon, malahan juga turut melibatkan ceramah-ceramah BN yang diadakan di sana. Apakah fenomena yang sama akan berlaku pula di Kuala Trengganu. Kami mendapat maklumat dari "orang dalam BN" bahawa Calon Bebas "Tok Mun" mendapat belanja RM30,000 semasa bertanding dalam pilihanraya umum lalu. Apakah kali ini ramai lagi calon-calon bebas akan ditaja oleh UMNO dan BN bagi memecahkan undi di Kuala Trengganu nanti?].

Blog Stats