Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Monday, December 15, 2008

Tarian Subjek Baru Sekolah Rendah......


Datuk Alimuddin Mohd Dom

Ilmu komunikasi pelajaran berteras kesenian diperkenal di sekolah rendah

KUALA LUMPUR: Beberapa mata pelajaran bersifat akademik di sekolah rendah akan digugurkan dan digantikan subjek baru yang memberi penekanan terhadap latihan amali selaras dengan transformasi sistem pendidikan yang akan dilaksanakan mulai 2010.

Mata pelajaran baru yang akan diperkenalkan termasuk komunikasi dan subjek berteras kesenian, seperti drama serta tarian.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian bagaimanapun belum memuktamadkan mata pelajaran yang akan digugurkan kerana kajian mengenainya masih dijalankan.

"Ia akan dimuktamadkan tidak lama lagi. Langkah memperkenalkan subjek baru bersifat praktikal ini bertujuan menilai kebolehan pelajar secara lebih menyeluruh serta adil dan bukannya berdasarkan peperiksaan semata-mata.

"Ia bagi menyamaratakan peluang antara pelajar bandar dan luar bandar mencapai kecemerlangan lebih seimbang, selain memastikan pelajar seronok mengikuti pembelajaran serta tidak dibebani pelajaran tidak perlu," katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau mengulas pengumuman Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Dewan Rakyat, Khamis lalu, mengenai transformasi pendidikan pada peringkat sekolah rendah yang bakal dirintis mulai 2010.

Hishammuddin berkata, rombakan yang menjadi sebahagian agenda utama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) itu akan diteliti pihak berkepakaran secara holistik dan antara aspek ditekankan ialah mengenai sejarah negara.

Mengulas lanjut, Alimuddin berkata, kementerian juga akan menggubal buku teks baru serta sukatan kurikulum yang lebih relevan.

Katanya, ketika ini sistem pendidikan sekolah rendah menyenaraikan terlalu banyak mata pelajaran dengan hampir semua subjek teras, wajib dan tambahan bersifat akademik semata-mata.

Alimuddin berkata, transformasi yang dilakukan itu bukan saja akan memberi wajah baru kepada sistem pendidikan rendah negara, malah bakal memupuk bakat serta kecenderungan pelajar yang tidak terhad kepada akademik semata-mata.

"Objektif utama transformasi ini adalah bagi menghasilkan modal insan yang mempunyai lebih ketrampilan, daya saing dan keyakinan diri yang tinggi, di samping mampu menempatkan diri mereka dalam suasana dunia lebih mencabar nanti.

"Oleh itu, penggunaan sistem penilaian berdasarkan Nilai Gred Purata Komulatif (CGPA) atau sistem pengumpulan mata seperti dilaksanakan institusi pengajian tinggi (IPT) akan diperkenalkan mulai 2010 dengan markah yang diperoleh murid dari Tahun Satu hingga Enam dikumpul dan dikira bagi menentukan pencapaian pelajar," katanya.

Beliau berkata, kementerian sudah memulakan projek perintis bagi memperkenalkan transformasi itu di 50 sekolah rendah terpilih sejak pertengahan tahun ini, manakala 500 sekolah lagi akan memulakan program itu mulai tahun depan.

"Walaupun program perintis sudah dilaksanakan di sekolah terpilih, ia hanya membabitkan sebahagian transformasi yang digariskan dan segala kelemahan yang dikesan akan diperbaiki sehingga ia dilaksanakan di semua sekolah mulai 2010," katanya.

Alimuddin berkata, modul latihan di institut pendidikan guru (IPG) juga dirombak selaras dengan perubahan itu. - Berita Hairan.

Pemilihan PERDANA MENTERI Kena Libatkan Semua Rakyat Malaysia ~ Dr Asri - malaysiakini


PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang kini bercuti sabatikal di United Kingdom berpendapat sudah sampai masanya pemilihan Perdana Menteri dibuat dengan melibatkan setiap individu rakyat.

"Mungkin sudah sampai masanya untuk rakyat Malaysia memikirkan kaedah pemilihan Perdana Menteri negara ini dengan cara yang membabitkan setiap individu rakyat.

"Sistem yang digunapakai di Amerika, mungkin boleh difikirkan disamping beberapa pengubahsuaian berdasarkan kepada keperluan negara ini," kata beliau melalui emel yang dikirimkan baru-baru ini.

Kelebihan pemilihan terbuka, menurut Dr Asri, yang seperti di atas ini boleh dilihat kepada beberapa perkara berikut:

i. Pemilihan seperti itu akan benar-benar mewakili keredhaan majoriti rakyat.

ii.Cara pemilihan yang sebegini, dengan diberi peluang yang adil bagi setiap calon akan menghasilkan tokoh kepimpinan yang lebih berkarisma, berkemampuan dan telus.

iii.Kewibawaan atau kesetiaan rakyat untuk taat kepada sesiapa yang dipilih menjadi Perdana Menteri lebih nyata disebabkan setiap warga diberi peluang yang sama dalam pemilihan.

iv.Cabaran atau ugutan penentang Perdana Menteri yang dipilih tidak boleh menggugat kewibawaan seseorang Perdana Menteri kerana dia benar-benar dipilih oleh majoriti rakyat.

v.Mereka yang tidak berwibawa atau bermasalah akan bimbang untuk menawarkan diri dalam pemilihan yang terbuka seperti itu.

vi.Kesedaran umat Islam tentang perpaduan dan ukhuwwah islamiyyah demi survival mereka akan meningkat.

Namun, jelas Dr Asri, cadangan ini jika hendak dilaksanakan hendaklah benar-benar dihalusi agar lebih mendekati maksud sistem syura yang dinyatakan oleh Islam.

"Penegakan akhlak Islamiyyah dalam pemilihan calon dan kempen hendaklah dijadikan asas yang membawa kepada keharmonian pemilihan," kata beliau. mStar

Rasuah : Sumpah Mubahalah Perlu......

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali mencadangkan supaya diwujudkan sumpah mubahalah untuk diikrar oleh kakitangan kerajaan bagi mengelakkan golongan itu terjebak dengan rasuah.

Beliau berkata, sumpah sedemikian perlu diwujudkan selain sumpah menyimpan rahsia seperti yang sedang diamalkan pada masa ini.

"Saya nak cadangkan jenis sumpah kakitangan kerajaan yang nak jadi Ketua Pengarah, Ketua Setiausaha dan Menteri-menteri, bukan hanya (mengangkat) sumpah rahsia tapi kalau boleh diwujudkan satu sumpah 'waallahi, wabillahi, watallahi'.

"Bila saya jadi Ketua Pengarah, ahli Parlimen, Menteri atau Perdana Menteri, jika saya rasuah, saya akan dilaknat Allah s.w.t.

"Begitu juga dengan bukan Islam, ada sumpahnya," katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2008, di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa tindakan bersepadu antara Badan Pencegah Rasuah (BPR), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

"Kita jangan hanya tunggu orang buat laporan, adakan insentif untuk orang bekerjasama. Saya cadangkan penubuhan jawatankuasa ini dan mereka mesti bergerak.

"Kita nak tahu pegawai-pegawai yang ada duit banyak dan rumah besar dengan menggunakan elaun yang ada. Ini boleh disiasat sama ada mereka daripada kerajaan atau pembangkang...jangan tunggu orang lapor," katanya.

Ibrahim turut mencadangkan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi kes-kes berprofil tinggi termasuk kes-kes yang melibatkan rasuah bernilai RM100,000 ke atas.

Katanya, melalui pengalamannya dalam tahanan ISA suatu ketika dahulu, proses siasatan yang dijalankan oleh pegawai ISA adalah berkesan.

"Kalau (yang disiasat kerana rasuah) dilepas balik, dia boleh sembunyi dokumen, sembunyi wang, tukar sana-sini.

"Kita tahu, tidak mudah nak buktikan seseorang itu bersalah. Jadi kes-kes besar contohnya yang melibatkan rasuah bernilai RM100,000, RM2 juta atau RM100 juta ditahan di bawah ISA.

"Saya percaya, tidak sampai seminggu, 'jentik' dua kali, dah tak payah tanya, dia akan mengaku duit saya ada di Switzerland dan sebagainya," katanya.

Beliau turut mencadangkan hukuman mandatori termasuk hukuman rotan dikenakan kepada mereka yang didapati bersalah mengamalkan rasuah. -mStar

Hotttt!!! - Harga MINYAK Turun Lagi!

M'kini : Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

petrol price reduction from rm 1 90 to rm 1 80 151208Berikutan itu, harga petrol RON97 dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.

Manakala diesel dikurangkan daripada RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.

Penurunan harga minyak bagi kali ketujuh sejak Ogos lalu itu, diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Dalam satu kenyataan, Abdullah berkata, penurunan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter itu adalah sejajar dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran.

Berkuatkuasa tarikh yang sama juga, tambahnya, harga petrol dan diesel bersubsidi bagi nelayan diturunkan 13 sen seliter - dari RM1.43 seliter kepada RM1.30 seliter - sepertimana yang telah diumumkan sebelum ini.

Jemputan Menonton Teater Bukan Teater



BILIK SULIT - Teater Bukan Teater - SECRET CHAMBER

Skrip: Hishamuddin Rais
Arahan: Hishamuddin Rais/Mislina Mustaffa

Di Dewan Majlis Peguam ( Bar Council )
No 13,15,17, Leboh Pasar Besar 50050 Kuala Lumpur
(di belakang bangunan Pasar Seni / Central Market)

Pada : 20, 21 , 22, 23 Disember 2008 - Jam 8.30 malam

Untuk Tempahan Tempat sila hubungi : 012-465-16-71 atau 012-384-29-72

Derma Rm10 untuk keluarga tahanan ISA.
Sila tempah tempat dan pilih malam yang sesuai.Tempat terhad.

- Tukar Tiub

Luang Masa 5 Minit Untuk Masa Depan Generasi Kita - malaysiakini


Aku dapat satu e-mail daripada seorang Professor daripada Universiti Kebangsaan Malaysia....... memang ramai profesional2 yang tak setuju dengan AGENDA REJIM MAHATHIR memperkasakan Bahasa Inggeris di Malaysia........

Assalamu'alikum,

Sehingga hari ini isu pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) masih belum diselesaikan dengan memuaskan. Hujah secara akademik dan berdasarkan semangat kebangsaan pun tidak mendatangkan kesan. Yang tinggal hanya tindakan bercorak politik. Kita perlu menyatakan bantahan secara besar-besaran kalau tidak mahu akibat yang buruk melandai BM. Kira-kita 40 tahun yang lalu kerajaan mengusir keluar Tulisan Jawi daripada bilik darjah. Akibatnya hari ini bukan saja ramai Melayu tidak boleh membaca dan menulis Jawi tetapi akhbar Jawi yang dulu amat berpengaruh hanya menjadi sisipan kepada Utusan Malaysia.

Hal yang sama akan berlaku kepada bahasa Melayu barangkali dalam jangka waktu yang lebih pendek. Apabila bahasa Melayu tidak digunakan sebagai bahasa ilmu dan budaya tinggi, apa perlunya istilah dalam bahasa Melayu. Apa perlunya buku tenatng ilmu, sains, ekonomi, teknoogi dan lain-lain dalam bahasa Melayu? Bayangkanlah nanti akhbar Melayu akan menjadi sisipan saja kepada akhbar Inggeris dan Mandarin!

Kini sudah lebih ramai bijak pandai yang sedar. Sebagai contoh:

Tun Abdul Rahman Ya'kub:' Saya bantah keputusan itu sekeras-kerasnya dan pihak berkaitan perlu mengajar kedua-dua subjek itu semula dalam bahasa Melayu. Langkah kementerian mengajar kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris sejak tiga tahun lalu harus ditentang.' BH 13 Nov. 2008

Profesor DiRaja Ungku Abdul Aziz: 'Pergantungan terhadap statistik seperti jumlah calon mendapat 5A atau menjawab soalan dalam bahasa Inggeris bagi menetapkan pelaksanaan dasar pendidikan tidak wajar kerana ia tidak menggambarkan keupayaan keseluruhan pelajar.' BH 17 Nov. 2008

Tan sri Abdul Rahman Arshad, bekas Ketua Pengarah Pelajaran: 'Kita akan lihat bahasa Melayu akan terus ketinggalan dan akhirnya menyebabkan kematian bahasa kebangsaan itu sendiri.' BH 17 Nov. 2008

Bulan ini (9 Disember 2008) akhbar-akahbar melaporkan Dong Jiao Zong akan mengadakan protes besar-besaran jika pengajaran sains dan matematik diteruskan dalam bahasa Inggeris di sekolah Cina.

PKPIM telah mengambil daya utama mengumpukan tanda tangan membantah usaha kementerian pelajaran itu. Tolonglah luangkan masa lima minit memasuki www.pkpim.net dan tolonglah beri sokongan kepada usaha PKPIM itu. Anda boleh membantu lagi usaha ini dengan meminta rakan-rakan dan kenalan Anda turut berbuat demikian.

Salam mesra

Abu Bakar bin Abd Hamid

Peniaga Getah Umum Calon Bebas

KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga getah, Isma Airfath Hassanuddin, 38, mengumumkan hasratnya untuk bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari depan bagi membersihkan namanya yang tercemar ketika Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12), Mac lalu.

Isma Airfath yang berasal dari Kampung Kok Pauh, Rantau Panjang, Kelantan pernah bertanding sebagai calon bebas menggunakan lambang kepala harimau untuk Parlimen Rantau Panjang pada PRU12 dan kalah kepada calon Pas, Siti Zailah Mohd Yusoff dengan majoriti 4,486 undi.

Walaupun kalah pada PRU12 lalu dan hanya mendapat 320 undi, dia berkata, semangat dan keazaman untuk berjuang dalam dirinya masih kuat dan akan tetap bertanding selagi termampu.

Katanya, dia berasa terpanggil untuk bertanding atas kemahuan sendiri tanpa ditaja oleh sesiapa dan demi membuktikan bahawa proses demokrasi masih berjalan di negara ini.

"Sebelum ini saya pernah dikecam dan difitnah teruk kononnya bertanding atas tajaan sesetengah pihak. Oleh itu, motif utama saya masuk bertanding kali ini adalah untuk membersihkan nama baik saya yang tercemar sebelum ini.

"Saya harap kali ini tidak ada gangguan daripada mana-mana pihak dan saya boleh bertanding dengan aman,"katanya dalam satu sidang media di sebuah resort di sini, semalam.

Pilihan raya kecil P36 Kuala Terengganu perlu diadakan berikutan kematian penyandang, Datuk Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran pada 28 November lalu.

Isma Airfath yang akan tetap menggunakan lambang kepala harimau kali ini berkata, dia tidak takut mengambil risiko seperti hilang wang pertaruhan pada PRU12 kerana baginya, kejayaan hanya boleh dikecapi apabila seseorang itu berani mengambil risiko.

Katanya, walaupun bertanding di tempat asing, dia yakin peluangnya cerah kerana mendapat sokongan rakan dan saudara mara yang tinggal di Kuala Terengganu.

"Saya tak takut ambil risiko kerana kehidupan sebagai peniaga sememangnya penuh dengan cabaran. Saya juga mempunyai ramai kenalan di sini terutama daripada kelab motor dan pelanggan. Oleh itu, saya yakin akan mendapat sokongan penuh mereka.

"Keluarga juga memberi galakan supaya saya masuk bertanding kali ini. Kalau dapat jadi Ahli Parlimen...rezekilah,"katanya.

Ditanya adakah dia yakin mampu menewaskan calon bebas, Maimun Yusof,82 yang turut mengumumkan hasrat untuk bertanding, dia berkata, perkara itu tidak akan menjejaskan semangatnya kerana masing-masing mempunyai peluang tersendiri .


- Pemuda Besut

P23 RANTAU PANJANG
Jumlah Pengundi: 45,384
Peratusan Kaum: M: 97.91% C: 0.88% I: 0.16% L: 1.04%
1. Siti Zailah Mohd. Yusoff (Pas) (19,344)
2. Mohd. Afandi Yusoff (BN) (14,858)
3. Isma Airfath Hassanuddin (Bebas) (330)
Majoriti: 4,486
Jumlah undi: 35,369
Peratus mengundi: 77.93%
Undi rosak: 837
Penyandang: Abdul Fatah Harun (Pas)
(Majoriti: 723 undi)


ARef : Aku bukan nak sekat DEMOKRASI, bukan nak halang penoreh nih bertanding, tapi...... aku nasihatkan, takyahlah...... buat habis duit aje!!!! sebab, ko bukan orang Kuala Terengganu, nak raih undi susah, pulak tuh, ko bukan glemer sangat...... and then, apa bentuk usaha yang ko nak buat kalau ko sorang2 aje??? takyah arrr...... baik, duit tuh, ko guna buat pi MEKAH aje!!!!

Presiden Amerika Paling Bodoh - ref malaysiakini

Salam,

Semalam telah berlaku satu insiden kepada Bekas Presiden Amerika, George W.Bush yang melawat Iraq secara mengejut.

Mungkin beliau mengharapkan balingan bunga atau kata-kata manis terhadap beliau apabila setibanya di sini. Tetapi jangkaannya meleset.

Semasa beliau ingin memulakan ceramahnya, satu objek terbang menghampiri mukanya. Mujurlah beliau dulu pernah belajar silat pulut dengan Wak Mustar sikit-sikit semasa menjadi tentera Amerika sewaktu mudanya.

Seorang wartawan yang marah mencampakkan kasutnya kepada Bush sambil menjerit, "Inilah ciuman Selamat tinggal kamu, Anjing". katanya. Sambil menjerit lagi, "Itu daripada Balu, Anak-Anak Yatim dan Mereka yang mati!". Wartawan tersebut bertugas sebagai wartawan untuk televisyen Al-Baghdadia, Iraq.

Tapi dasar muka tak tahu malu, Bush lepas cam tak ada apa-apa dan membuat lawak, "Itu kasut saiz 10".
Adakah wartawan yang membaling kasut itu akan dianggap sebagai pengganas dan dimasukkan ke dalam penjara Teluk Guantanamo kerana menyerang Presiden Bush sementara Barrack Obama mengambil alih Whitehouse nanti, nasibnya masih tidak diketahui.

Patutnya tapak kasut tu terkena mukanya. Barulah dia tahu betapa tak popularnya dia dan betapa teruk dasar Amerika di bawah pemerintahannya.

Wajarlah dia digelar "Presiden Amerika Paling Bodoh" oleh rakyatnya sendiri.


Wallahu A'lam

- Dr. Azwan

ADUN BOTA Dari BN Lompat Ke PKR???


Pemuda Besut : Menurut berita tidak rasmi Adun Bota dari BN Datuk Nasaruddin Hashim telah mengumumkan keluar parti dan menyertai PKR .Pengumuman rasmi akan dilakukan dalam masa terdekat diikuti oleh penyokong-penyokong beliau.


Ini sudah pasti menguatkan lagi kerajaan Pakatan Rakyat Perak.


Berita selanjutnya akan menyusul.

Sumber : Telok Bakong Online

[ Betul ke Berita ni? Kita sama2 tunggu.......]

Blog Stats