Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Monday, December 15, 2008

Rasuah : Sumpah Mubahalah Perlu......

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali mencadangkan supaya diwujudkan sumpah mubahalah untuk diikrar oleh kakitangan kerajaan bagi mengelakkan golongan itu terjebak dengan rasuah.

Beliau berkata, sumpah sedemikian perlu diwujudkan selain sumpah menyimpan rahsia seperti yang sedang diamalkan pada masa ini.

"Saya nak cadangkan jenis sumpah kakitangan kerajaan yang nak jadi Ketua Pengarah, Ketua Setiausaha dan Menteri-menteri, bukan hanya (mengangkat) sumpah rahsia tapi kalau boleh diwujudkan satu sumpah 'waallahi, wabillahi, watallahi'.

"Bila saya jadi Ketua Pengarah, ahli Parlimen, Menteri atau Perdana Menteri, jika saya rasuah, saya akan dilaknat Allah s.w.t.

"Begitu juga dengan bukan Islam, ada sumpahnya," katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2008, di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa tindakan bersepadu antara Badan Pencegah Rasuah (BPR), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

"Kita jangan hanya tunggu orang buat laporan, adakan insentif untuk orang bekerjasama. Saya cadangkan penubuhan jawatankuasa ini dan mereka mesti bergerak.

"Kita nak tahu pegawai-pegawai yang ada duit banyak dan rumah besar dengan menggunakan elaun yang ada. Ini boleh disiasat sama ada mereka daripada kerajaan atau pembangkang...jangan tunggu orang lapor," katanya.

Ibrahim turut mencadangkan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi kes-kes berprofil tinggi termasuk kes-kes yang melibatkan rasuah bernilai RM100,000 ke atas.

Katanya, melalui pengalamannya dalam tahanan ISA suatu ketika dahulu, proses siasatan yang dijalankan oleh pegawai ISA adalah berkesan.

"Kalau (yang disiasat kerana rasuah) dilepas balik, dia boleh sembunyi dokumen, sembunyi wang, tukar sana-sini.

"Kita tahu, tidak mudah nak buktikan seseorang itu bersalah. Jadi kes-kes besar contohnya yang melibatkan rasuah bernilai RM100,000, RM2 juta atau RM100 juta ditahan di bawah ISA.

"Saya percaya, tidak sampai seminggu, 'jentik' dua kali, dah tak payah tanya, dia akan mengaku duit saya ada di Switzerland dan sebagainya," katanya.

Beliau turut mencadangkan hukuman mandatori termasuk hukuman rotan dikenakan kepada mereka yang didapati bersalah mengamalkan rasuah. -mStar

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats