Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Monday, December 15, 2008

Luang Masa 5 Minit Untuk Masa Depan Generasi Kita - malaysiakini


Aku dapat satu e-mail daripada seorang Professor daripada Universiti Kebangsaan Malaysia....... memang ramai profesional2 yang tak setuju dengan AGENDA REJIM MAHATHIR memperkasakan Bahasa Inggeris di Malaysia........

Assalamu'alikum,

Sehingga hari ini isu pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) masih belum diselesaikan dengan memuaskan. Hujah secara akademik dan berdasarkan semangat kebangsaan pun tidak mendatangkan kesan. Yang tinggal hanya tindakan bercorak politik. Kita perlu menyatakan bantahan secara besar-besaran kalau tidak mahu akibat yang buruk melandai BM. Kira-kita 40 tahun yang lalu kerajaan mengusir keluar Tulisan Jawi daripada bilik darjah. Akibatnya hari ini bukan saja ramai Melayu tidak boleh membaca dan menulis Jawi tetapi akhbar Jawi yang dulu amat berpengaruh hanya menjadi sisipan kepada Utusan Malaysia.

Hal yang sama akan berlaku kepada bahasa Melayu barangkali dalam jangka waktu yang lebih pendek. Apabila bahasa Melayu tidak digunakan sebagai bahasa ilmu dan budaya tinggi, apa perlunya istilah dalam bahasa Melayu. Apa perlunya buku tenatng ilmu, sains, ekonomi, teknoogi dan lain-lain dalam bahasa Melayu? Bayangkanlah nanti akhbar Melayu akan menjadi sisipan saja kepada akhbar Inggeris dan Mandarin!

Kini sudah lebih ramai bijak pandai yang sedar. Sebagai contoh:

Tun Abdul Rahman Ya'kub:' Saya bantah keputusan itu sekeras-kerasnya dan pihak berkaitan perlu mengajar kedua-dua subjek itu semula dalam bahasa Melayu. Langkah kementerian mengajar kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris sejak tiga tahun lalu harus ditentang.' BH 13 Nov. 2008

Profesor DiRaja Ungku Abdul Aziz: 'Pergantungan terhadap statistik seperti jumlah calon mendapat 5A atau menjawab soalan dalam bahasa Inggeris bagi menetapkan pelaksanaan dasar pendidikan tidak wajar kerana ia tidak menggambarkan keupayaan keseluruhan pelajar.' BH 17 Nov. 2008

Tan sri Abdul Rahman Arshad, bekas Ketua Pengarah Pelajaran: 'Kita akan lihat bahasa Melayu akan terus ketinggalan dan akhirnya menyebabkan kematian bahasa kebangsaan itu sendiri.' BH 17 Nov. 2008

Bulan ini (9 Disember 2008) akhbar-akahbar melaporkan Dong Jiao Zong akan mengadakan protes besar-besaran jika pengajaran sains dan matematik diteruskan dalam bahasa Inggeris di sekolah Cina.

PKPIM telah mengambil daya utama mengumpukan tanda tangan membantah usaha kementerian pelajaran itu. Tolonglah luangkan masa lima minit memasuki www.pkpim.net dan tolonglah beri sokongan kepada usaha PKPIM itu. Anda boleh membantu lagi usaha ini dengan meminta rakan-rakan dan kenalan Anda turut berbuat demikian.

Salam mesra

Abu Bakar bin Abd Hamid

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats