Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Thursday, October 09, 2008

Hottt!!! : Najib Diperas Ugut?

Dalam sebuah akhbar mingguan edisi cetak, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dilaporkan:

Berharap agar kebimbangan yang disuarakan beberapa blogger bahawa "budak-budak Tingkat Empat (di Jabatan Perdana Menteri) akan terus berkuasa" tidak akan membawa sebarang tanggapan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang diperas ugut oleh pihak tertentu.

Ketika Omar (Ong) hendak berhenti sebagai pegawai tugas-tugas khas pejabat Timbalan Perdana Menteri dahulu untuk berkhidmat dengan Ethos & Company, Najib tidak gembira apabila beliau diberitahu Omar mahu kembali semula.

Tetapi, apabila Omar muncul semula sebaik sahaja Najib diisytiharkan menjadi Menteri Kewangan dan sering berada di kementerian itu kononnya atas urusannya sebagai Pengarah Urusan firma butik dalam perundingan strategi itu, ia menimbulkan pelbagai spekulasi.

Lebih menimbulkan keprihatinan ialah apabila timbul cakap-cakap Omar mungkin akan dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Kewangan.

Sudah tersebar cakap-cakap yang menuduh Najib kini sedang diperas ugut oleh pihak tertentu sehingga menyebabkan beliau terpaksa menerima semula apa yang sebelum ini tidak mahu diterimanya.

Jika benar, negara ini terpaksa pula menerima Perdana Menteri yang diperas ugut (a blackmailed Prime Minister) selepas menderitai pelbagai masalah ekonomi dan jenayah di bawah Perdana Menteri yang dilihat sangat lemah.


Dalam akhbar yang sama, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar berkata:

Umno sudah tidak boleh diselamatkan lagi lebih-lebih lagi kalau Najib yang menggantikan Abdullah. Lagi teruk. Macam mana hendak diselamatkan, bukan
kehancuran yang memburu Umno. Perkembangan hari ini seolah-olah memperlihatkan kepada kita bahawa Umno sendiri yang memburu kehancuran.

Kalau kehancuran yang memburu Umno, mungkin parti itu boleh melarikan diri. Tetapi masalahnya kita nampak Umno sendiri yang memburu kehancuran. Habislah!
...bila disebut namanya (Najib), majoriti rakyat terus teringat Altantuya, Sukhoi, Scorpene dan pelbagai isu lain....ramai rakyat biasa yang tidak pernah berjumpa beliau (Datin Seri Rosmah Mansor) pun kita dengar sangat membencinya.
- Penarik Beca

Hari Terbuka PAS Di Stadium Melawati Shah Alam



JEMPUT DATANG BERAMAI-RAMAI!!!!

Undi Tidak Percaya Pada PM Pada 13 Oktober?


Oleh: Ekmal Yusof

PARIT BUNTAR, 8 Okt (Hrkh) - Ustaz Dr Mujahid Yusof Rawa menjangka akan berlaku undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di persidangan parlimen pada 13 Oktober nanti.

Ahli Parlimen Parit Buntar merangkap Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional itu berkata, "Insya-Allah, kalau tidak ada apa-apa hal menghalang dan kalau tidak ada aral merlintang sebelum tarikh 13 Oktober itu nanti kami Ahli Parlimen Kerajaan Pakatan Rakyat dan dari parti lain yang inginkan perubahan akan melakukan undi tidak percaya terhadap pucuk pimpinan negara.�

"Kami menjangkan pada 13 Oktober apabila sidang parlimen bermula, kita akan membawa usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri dan kemudianya akan mengharapkan berlaku transformasi, transisisi kepada kerajaan baru," katanya ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pusat Khidmat Masyarakat Titi Serong, Taman Wawasan dekat sini baru-baru ini.

Berucap di majlis yang dikunjungi 8,000 orang, terdiri daripada pimpinan Pakatan Rakyat dan penyokong, beliau berharap kerajaan baru Pakatan Rakyat akan segera ditubuhkan.

Turut hadir di majlis tersebut ialah itu Exco Kerajaan Pakatan Rakyat, Haji Mohd. Zainuddin Mohd. Yusof yang mewakili Menteri Besar Perak, Pengerusi Perkim Daerah Kerian, Dato' Yusof Yahaya dan rakan dari Amerika Syarikat, China, ahli umno, MCA, Gerakan serta MIC.

- Harakah

Mahasiswa Anjur Perhimpunan Aman Esok


Oleh : Intan Abdullah

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Hrkh) - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan menyerahkan satu memorandum berhubung tuntutan mahasiswa dalam pilihan raya kampus sesi 2008/2009esok kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Putrajaya.

Antara lain, ianya akan menyentuh aspek sistem pelaksanaan pengundian secara online di hampir kesemua Institusi Pengajian Tinggi Awam iaitu e-voting serta kekecewaan peranan yang gagal dimainkan oleh KPT dalam menjana proses demokrasi dalam kampus selama ini.

SMM akan mengadakan perhimpunan aman di pekarangan KPT selepas solat Jumaat esok dengan penyertaan penyokong Pro Mahasiswa.

Pihak penganjur mengharapkan agar program tersebut mendapat laluan dan kerjasama daripada pihak KPT serta tidak disalah tafsirkan sebagai kekecohan.

Pilihan raya kampus yang bakal dijalankan tidak lama lagi kini mulai diperkatakan meskipun terdapat pihak yang berusaha untuk menyembunyikannya daripada pengetahuan pihak media dan masyarakat luar kampus.

Ianya dipercayai kerana bimbang dengan arus perubahan rakyat yang mungkin akan mempengaruhi semangat anak-anak muda di menara gading yang sedang bangkit selari dengan perkembangan politik semasa tanah air.

- Harakah

Jangan Jejaskan Negara - Presiden PAS


Oleh : Wan Nordin Wan Yaacob Thu

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Hrkh) - PAS mengikuti dengan penuh teliti perkembangan terbaru yang melibatkan kedudukan Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Malaysia.

Walau bagaimanapun PAS menganggap bahawa keputusan Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam Perhimpunan Agung Umno Mac depan lebih sebagai suatu masalah dalaman bagi parti tersebut.

Demikian kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini.

"Saya berharap agar dalam tempoh peralihan ini Perdana Menteri akan berjaya melaksanakan inisiatif-inisiatif memperkukuhkan institusi negara yang sedang diusahakannya itu iaitu menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang diberi mandat dalam pelantikan hakim, membentangkan rang undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di Parlimen dan menubuhkan Suruhanjaya Aduan Khas bagi memperkukuhkan integriti dan keberkesanan agensi penguatkuasaan," katanya.

Di samping itu, inisiatif untuk memperluaskan jaringan keselamatan sosial agar rakyat yang miskin dapat dibantu juga ditunggu-tunggu, katanya.

Sekurang-kurangnya dengan terlaksananya inisiatif-inisiatif ini beliau akan berjaya meninggalkan jasa yang boleh dikenang oleh rakyat dan negara, katanya.

Presiden PAS juga berharap Perdana Menteri tidak membiarkan masalah-masalah ini berlarutan sehingga diwarisi pula oleh sesiapa juga pewarisnya nanti.

PAS berharap agar proses peralihan kuasa ini akan berjalan dalam suasana yang baik dan lancar tanpa menjejaskan kestabilan negara dan ketenteraman rakyat, ujarnya.

Semalam, Abdullah ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN memberitahu beliau akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Najib sejurus beliau terpilih secara rasmi sebagai Presiden Umno kelak.

"Saya harap Dato' Seri Najib... anda tahu mengapa saya kata 'harap'? Sebab beliau perlu bertanding dalam pemilihan dahulu.

"Beliau perlu tanding dalam pemilihan sebagai Presiden UMNO dahulu, tapi saya percaya beliau boleh lakukannya...saya harap beliau jadi Presiden," katanya.

Perdana Menteri menegaskan keputusannya tak mempertahankan jawatan itu adalah muktamad.

Beliau juga menolak anggapan didesak untuk mengambil keputusan berkenaan.

- Harakah

Mat Taib ingin jawatan no 2 Umno


Tan Sri Muhammad Mohd Taib hari ini menyertai perlumbaan merebut jawatan nombor dua Umno, sehari selepas presidennya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan kepemimpinan parti dan negara tahun depan.

Ketua penerangan Umno itu calon keempat, setakat ini, yang menawarkan jawatan penting itu, yang membawa kemungkinan dilantik sebagai timbalan perdana menteri, selepas pengumuman naib presiden Datuk Seri Mohd Ali Rustam, anggota Majlis Tertinggi (MT) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ketua bahagian Pulau Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Seorang lagi naib presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan persaingan merebut jawatan itu esok.

Ahmad Zahid hari ini dilaporkan akan mengumumkan penarikan diri selepas keputusan Muhyiddin dengan andaian sentimen popula mahukan gandingan gandingan Datuk Seri Najib Razak-Muhyiddin.

Bekas ketua Pemuda Umno, yang pernah dikaitkan dengan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan minatnya itu beberapa hari lalu.

Sementara itu, Umno Kuala Terengganu bercadangkan mencalonkan Najib dan Ahmad Zahid untuk dua jawatan teratas Umno.Ketua bahagian itu Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat jawatankuasa bahagian yang diadakan Selasa lepas.

Bekas setiausaha Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu berkata bahagian juga akan mencalonkan naib ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sebagai ketua pergerakan itu yang baru.

- Malaysiakini

AR: Mat Taib nih.... kalau tak dapat lagi tak tahulah mana nak letak muka lagi...... tapi... kalau Najib jadi PM, Mat Taib jadi TPM.... lengkaplah jadinya peneraju Malaysia ini dikalangan penjenayah..... ingat tak lagi Mat Taib dengan kes wang RM2 Juta tu????

Ceramah Perdana di Kota Bharu Hari INI!!!

Antara Anwar dan Najib, siapa akan ke Seri Perdana?

Oleh : Irwan Muhammad Zain
Akhirnya Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada Mac 2009 dan juga tidak akan mempertahankan jawatan sebagai Presiden Umno dalam pemilihan akan datang.

Keputusan Perdana Menteri itu diumumkan dalam taklimat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di PWTC petang tadi.

Abdullah pada awalnya, dijadual melepaskan jawatan tertinggi Umno dan jawatan Perdana Menteri pada pertengahan 2010.

Namun akibat dari prestasi buruk BN dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu, beliau telah didesak agar segera meletak jawatan.

Keputusan Abdullah ini membolehkan Dato' Seri Najib Tun Razak menjejakkan kaki ke Seri Perdana iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri enam bulan akan datang.
Mendiami Seri Perdana tentunya merupakan antara yang dimimpikan oleh Najib sejak lama dahulu. Dan hasrat itu makin membara tentunya bila Abdullah mengumumkan pelan peralihan kuasa.

Pelan peralihan kuasa yang kini dipercepatkan ke Mac 2009, membolehkan Najib memegang jawatan Presiden Umno seterusnya diberikan jawatan Perdana Menteri Malaysia ke tujuh.

Mimpi Najib ini akan menjadi kenyataan dalam tempoh enam bulan akan datang. Itu pun jika tiada berlaku sebarang halangan dalam tempoh enam bulan ini.

Tempoh enam bulan akan datang tentunya amat mendebarkan Najib kerana apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh tersebut untuk menghalang beliau dari mendiami kediaman rasmi Perdana Menteri.

Yang boleh menyekat mimpi Najib dari menjadi nyata adalah jika kerusi Presiden Umno dimenangi oleh Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang berhasrat bertanding jawatan tersebut pada Mac nanti.

Selain faktor kemenangan Ku Li, faktor pembentukan kerajaan baru oleh Pakatan Rakyat juga mampu membuatkan impian Najib terhalang.

Jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan, bukan hanya impian mendiami Seri Perdana akan terkubur tetapi kemungkinan pelbagai lagi malapetaka akan menimpa bukan hanya Najib tetapi banyak lagi pemimpin Umno yang lain.

Pembentukan kerajaan baru ini amat tidak disenangi oleh pemimpin Umno biarpun ia merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia yang sudah bosan dengan pemerintahan Umno-BN selama 51 tahun.

Biarpun pembentukan kerajaan baru tidak berlaku pada 16 September lalu - tarikh asal yang diumumkan oleh Anwar - tetapi bukan sedikit rakyat Malaysia yang berharap agar BN segera ditumbangkan.

Rakyat Malaysia yang tidak mampu berbelanja sebanyak RM7 juta untuk membeli 14 utas jam tangan di Hong Kong menunggu dengan penuh sabar Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan.

Selain Najib, Anwar juga pasti berhasrat untuk berpindah ke kediaman bernilai ratusan juta ringgit itu. Jika tidak mendiami Seri Perdana sekalipun, Ketua umum Pakatan Rakyat itu sememangnya berhajat untuk memiliki pejabat di Putrajaya.

Biarpun ramai yang mengatakan hasrat Anwar dan Pakatan Rakyat mahu menubuh kerajaan baru sebagai sesuatu yang mustahil tetapi ahli parlimen Permatang Pauh tetap yakin BN akan tumbang dalam tempoh terdekat.

Keyakinan Anwar itu membuatkan ramai yang menunggu beliau membuktikan bahawa hasratnya itu bukanlah omongan kosong semata-mata.

- Harakah

AR: Bagi AR, AR pilih ANWAR IBRAHIM...... tapi.... Najib bukanlah tandingan ANwar sebenarnya....... Najib tidak layak langsung menjadi PM!!!!! Jahanamlah Malaysia dibueknya!!!! Dr. Asri pun dah geli gelemen dah dengan permainan UMNO nih!!!

Open House di Kelab Sultan Sulaiman...

AR sekadar membuat hebahan....... OPEN HOUSE di Kelab Sultan Sulaiman anjuran PKR akan di adakan pada 12 oktober 2008....... Jangan tak mai... makan free.....


Open House ANWAR IBRAHIM kat Cherok To'kun

Pasai makan sapa tak mau beb!!!

jemput2, terutamanya semua orang penang dan berdekatan...... OPEN HOUSE DI RUMAH ANWAR IBRAHIM kat Cherok To'kun kembali.... sama2lah memeriahkannya.... pasti sewronok.

Puisi Baru Mufti Perlis....



- Dr Asri

AR: Itulah Dolah Badawi......... lantik MUFTI kononnya nak dijadikan kuda tunggangan UMNO...... ingatlah DOLAH....... bukan semua boleh dibeli dengan wang jutaan ringgit hasil rompakanmu!!!! masih ada lagi insan yang sedar diri mereka hanyalah HAMBA ALLAH sahaja.... bukan HAMBA DOLAH BADAWI!!!!

Salam Aidilfitri dan Salam Reformasi

Assalamualaikum,

Salam Aidilfitri kepada semua...... rindu sangat-sangat dengan blog Anak Reformasi nih.... almaklumlah, baru berkecimpung dalam dunia blogger nih....... sedikit janggal dan jakun dengan problem yang timbul..... anyway, thanks kepada semua yang membantu.

AR sibuk beraya sakan di kampung dan begitu meriah tahun nih, happy sangat2 tahun nih... raya tahun nih menjadik walaupun tanpa kerajaan PAKATAN RAKYAT di peringkat persekutuan.....

Harap...... Sama2 kita terus berusaha untuk lakukan yang terbaik untuk Islam dan negara Malaysia...


- Anak Reformasi.

Blog Stats