Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Showing posts with label DSAI. Show all posts
Showing posts with label DSAI. Show all posts

Thursday, October 09, 2008

Open House ANWAR IBRAHIM kat Cherok To'kun

Pasai makan sapa tak mau beb!!!

jemput2, terutamanya semua orang penang dan berdekatan...... OPEN HOUSE DI RUMAH ANWAR IBRAHIM kat Cherok To'kun kembali.... sama2lah memeriahkannya.... pasti sewronok.

Tuesday, September 23, 2008

24 September 2008 : Anwar Ke Mahkamah Untuk Filem Liwat 2

Doakan semoga perbicaraan hari esok dijalankan dengan secara seadil-adilnya dan sekiranya Anwar Ibrahim jelas dan terang mengemukakan ALIBI beliau pada 26 JUN 2008, wajiblah hendaknya mahkamah menghentikan perbicaraan fitnah ini!!!!

Semoga Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ditangkap!!!

LAWAN TETAP LAWAN!!!

Friday, September 19, 2008

916 : Apakah Plan C Anwar Ibrahim???


Setelah mengumumkan tarikh 16 September 2008 sebagai satu tarikh perubahan ke arah Malaysia baru melalui pengalihan kuasa kerajaan Persekutuan daripada tangan UMNO/BN kepada Pakatan Rakyat tidak berjaya, namun Pasca Tragedi 916 ini masih berterusan dengan pelbagai stratagi yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin dalam jemaah Pakatan Rakyat.

Sekiranya diimbas kembali Pasca Tragedi 916 ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memulakan 2 strategi yang pertama iaitu :-

1) PLAN A - Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama Tuan Guru Haji Hadi Awang dan juga Lim Kit Siang telah menandatangani satu surat bagi tujuan berjumpa dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai 3 penahanan ISA yang dilakukan oleh kerajaan Abdullah Ahmad Badawi dan juga mengenai situasi politik semasa di Malaysia, namun desakan Anwar ini mentah-mentah ditolak oleh Abdullah dan meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman secara umum siapakan gerangan ahli-ahli parlimen yang telah melompat daripada BN kepada Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim juga tidak menerima desakan Abdullah itu kerana ianya bertentangan dalam prinsip perjanjian bersama dengan mereka yang ingin melompat melainkan menunjukkan secara peribadi kepada Abdullah.

2) PLAN B - Pada 17 September, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam sidang medianya mengemukakan 4 syarat kepada Abdullah iaitu:-

   i) Kerajaan BN memberi jaminan tidak akan menghindar atau menghalang Ahli Parlimennya untuk bertindak bebas mengikut hak Perlembagaan dan kesedaran masing-masing;
  ii) Kerajaan BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan Ahli Parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat atau mana-mana 82 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sedia ada;
iii) Kerajaan BN tidak akan mengisytiharkan darurat atau menggunakan kuasa polis atau menggantung Perlembagaan atau membubarkan Parlimen sebagai maklum balas terhadap hasrat Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan baru; dan
 iv) Kerajaan BN tidak akan melakukan sekatan jalan raya bagi menghalang Ahli Parlimen memasuki Parlimen atau institusi kerajaan lain.

Dalam PLAN B inilah, Anwar mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengadakan sidang Parlimen tergempar bagi tujuan usu 'undi tidak percaya kepada Abdullah sebagai PM' pada sidang media yang dilakukan pada 18 September 2008, jam 2 petang. Namun, Abdullah tanpa segan silu menolak permohonan tersebut pada hujung petang di hari yang sama dan sememangnya Abdullah perlu takut dengan Sidang Parlimen tergempar ini kerana beliau akan digulingkan sama sekali dan seterusnya kerajaan UMNO/BN akan hilang kuasa secara automatik setelah usul itu menyokong perlantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Pakatan Rakyat menjadi Perdana Menteri.

3) PLAN C - Mungkin hari ini, 19 September 2008, Datuk Seri Anwar masih mempunyai perancangan dan strategi lanjutan kepada Pasca Tragedi 916 ini..... Sama-samalah kita nantikan dan tunggu, apa yang akan berlaku.... Namun, kerapuhan kedudukan UMNO/BN di dalam kerajaan persekutuan Malaysia semakin rapuh dan condong menyembah bumi!!!

Kesimpulannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat terus berstrategi dalam langkah untuk pengambil alihan kuasa Kerajaan Persekutuan dan Abdullah Ahmad Badawi dengan strategi yang sama menolak segala desakan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat dengan menggunakan kuasa 'veto'nya!!! Namun, langkah Abdullah itu ternyata tampak bijak untuk kedudukan beliau dan UMNO/BN bagi penerusan kekuasaan mereka.

Thursday, September 18, 2008

Anwar: 'Tiada sebab tahan saya bawah ISA'

Muda Mohd Noor

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, tiada sebab untuk menahan beliau di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Jelas tiada pilihan ke arah itu," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini ketika ditanya kemungkinan beliau ditahan di bawah akta itu.

Sebaliknya, kata beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seharusnya memberi tumpuan kepada masalah politik dan ekonomi.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan ketua pembangkang itu sebagai "satu ancaman kepada ekonomi negara, bahkan kemungkinan keselamatan".

Abdullah dilaporkan berkata, ekoran tindak tanduk Anwar itu, terdapat pengurus dana yang membuat laporan kononnya Malaysia bukan tempat yang baik untuk membuat pelaburan kerana suasana politik negara yang tidak menentu," katanya.

Ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan terhadap Anwar ekoran ancaman tersebut, Abdullah juga dilaporkan berkata, kerajaan akan melakukan apa yang perlu.

Anwar menolak dakwaan Abdullah bahawa beliau menjadi faktor kemerosotan ekonomi negara dan keselamatan negara.

Katanya, penganalisis ekonomi serantau tidak menyebut Anwar sebagai faktor kejatuhan harga saham dan ekonomi.

Sebaliknya, kata beliau saham merudum selepas pengumuman menteri kewangan yang baru dan faktor global."Dasar yang ditekan oleh Pakatan ialah kebebasan media dan jenayah telah menyebabkan negara hilang daya saing," katanya.

Anwar berkata, BN sudah menjadi minoriti kerana majoriti ahli Parlimen telah bersama Pakatan Rakyat.

"Sebaliknya, PKR, PAS dan DAP mahu menstabilkan dan menyelamatkan politik dan ekonomi negara," katanya.

- Malaysiakini

AR: Alalalalalala.... semuanya pasai Anwar...... Kamu Dolah yang jadi teraju utama negara sebagai Perdana Menteri yang patut dipersalahkan, bukannya Anwar.... Masihkah kau ingat Dolah, kau telah gagal semasa di Universiti Malaya dalam peperiksaan statistik menyebabkan ko tidak layak untuk mengambil ijazah ekonomi!!!!

Saturday, September 13, 2008

Kenyataan Akhbar Anwar Ibrahim


Saya mengecam penahanan aktivis sosial dan penulis blog terkenal, Raja Petra Kamaruddin, di bawah undang-undang kuku besi ISA. Dengan menggunakan ISA untuk menghalang proses perubahan di Malaysia, kerajaan Barisan Nasional yang diketuai UMNO mengesahkan ianya telah tidak berpijak di atas sokongan rakyat dan sudah tidak mampu memimpin Malaysia dengan adil dan demokratik.


Saya menegaskan Raja Petra mesti dibebaskan segera dan sebarang tuduhan yang dibuat oleh Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri mestilah diselesaikan dengan segera mungkin menuruti proses undang-undang. Raja Petra seharusnya dibenarkan untuk berjumpa peguam dan anggota keluarganya mestilah dibenarkan untuk berjumpa beliau sewaktu dalam tahanan.


Penahanan Raja Petra dan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan hari ini kepada Sin Chew Daily, The Sun dan Suara Keadilan di samping halangan terdahulu terhadap laman web politik yang terkenal, menunjukkan dengan jelas kesediaan kerajaan untuk melumpuhkan kebebasan bersuara di saat rakyat berani untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap dasar kerajaan.


Selepas Pilihanraya 8 Mac dan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, rakyat Malaysia telah menzahirkan keberanian dan iltizam mereka untuk membina satu masyarakat yang demokratik. Penahanan ini tidak akan meredakan merudumnya kredibiliti pentadbiran sekarang, malah hanya akan mempercepatkan kejatuhan pentadbiran ini.


KeAdilan mengulangi bantahan keras terhadap sebarang tindakan menahan individu secara sewenang-wenangnya. Kami secara konsisten menggesa pembebasan semua tahanan ISA kerana tindakan itu bertentangan dengan prinsip masyarakat demokratik. ISA ternyata digunakan untuk melumpuhkan sebarang kritikan dan digunakan terhadap individu yang mempertahankan hak kebebasan suara mereka yang bertentangan dengan pemerintah.


Menggunakan ISA hanya beberapa hari sebelum 16hb September jelas satu usaha untuk mencipta ketakutan dan ketidakstabilan palsu buat menjustifikasikan taktik kerajaan ke atas mereka yang bersama pembangkang.


Ketua Pembangkang

Friday, September 12, 2008

Selamat Meraikan Onamshamsakal! - Perayaan Apa ni?

12 Sep 08

By Anwar Ibrahim












Saya dan Azizah ingin mengucapkan selamat buat teman-teman Malayalee yang meraikan festival Onamshamsakal. Semoga ikatan kemesraan dan jalinan persahabatan yang dibina berkekalan untuk selamanya.

Mudah-mudahan, rezeki yang dituai pada masa akan datang berhasil serta bertambah baik dan lumayan.

Santhoshathindeeyum, sambalsamrithiyudeeyum, nirakudamaaya eee naalil, ningkkellaavarkkum ente ponnooonaashamsakal!

(Terjemahan Bahasa Malayalee: Pada hari ini yang berlimpah dengan kegembiraan dan kemakmuran, saya mengucapkan Selamat Meraikan Onamshamsakal!)

ANWAR IBRAHIM


AR: Nakal betul DSAI nih, ntah apa Onamshamsakal, pertama kali dengar.... main tembak ajerlah..... Pesta hari Menuai kut..... hehehehehe. Vandakam!!!!

Cabaran Anwar!!!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dalam kesibukan masyarakat Malaysia menunggu 16 September, namun, tanpa disedari, rakyat Malaysia tidak sedar berkenaan kesusahan hidup dan begitu struggle insan yang bernama Anwar Ibrahim ini dalam melawan strategi si alif min, nun, wau yang memang sudah diketahui umum jahat dan samseng.....

Rakyat Malaysia seolah-olah tidak berfikir bahawa, usaha Dolah dan UMNO bagi menyekat dan menghancurkan harapan Rakyat Malaysia yang ingin mempunyai pemntadbiran baru kerajaan Malaysia dan mempunyai Perdana Menteri yang jauh berkarisma daripada Dolah, iaitu Anwar Ibrahim......

Dalam usaha terdesak inilah, penghantaran 49 MP BN ke Taiwan dan jangan pula dilupa serang hendap dan juga strategi kotor UMNO yang rakyat tidak berfikir, namun ianya dibebani oleh Anwar dan beberapa pemimpin-pemimpin yang lain....

Namun, dalam pada itu, bermula daripada sekarang, rakyat Malaysia seharusnya membantu Anwar Ibrahim dalam memerangi strategi jahat UMNO ini dengan menutup mulut apabila ada provokasi-provokasi perkauman yang dilemparkan UMNO.

Selain itu, debaran 16 September ini harus dilapikkan dengan doa dan tahajjud kepada Allah agar kerajaan baru yang dipilih ini lebih baik daripada yang sebelumnya..... Bulan baik nih, harap-harap dapatlah kita menggunakan peluang ini untuk berdoa dan bermunajat sebanyak-banyaknya kepada Allah.

Akhir kata,  cabaran insan yang bernama Anwar Ibrahim ini tidaklah sama dengan apa yang kita dengar daripada mulut-mulut UMNO yang tidak sudah-sudah menggunakan senjata yang terbusuk dengan membuat Fitnah LIWAT yang ke-2 kepada Anwar Ibrahim.


AR: "UMNO harus ditentang daripada dulu, kini dan selama-lamanya!!!"

Kenyataan Pakatan Rakyat: Peralihan Kuasa Tetap Akan Berlaku Kerana BN Telah Gagal


Kepimpinan Pakatan Rakyat yang bertemu hari ini yakin proses pembentukan kerajaan baru yang berlandasan Agenda Reformasi sedang berjalan secara lancar. Kami percaya kerajaan Barisan Nasional akan diganti dalam masa terdekat.

Pakatan Rakyat yakin mendapat bilangan ahli Parlimen yang mencukupi untuk mempunyai majoriti dalam Parlimen yang membolehkan penubuhan kerajaan baru. Bagaimanapun tarikh sebenar penubuhan kerajaan mungkin terpaksa dilewatkan dari 16 September sebagaimana rancangan awal akibat beberapa ahli Parlimen telah dipaksa ke Taiwan.

Umum mengetahui negara kini masih dicengkam permasalahan politik, ekonomi dan sosial yang getir. Akibat kehilangan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan UMNO dan BN, timbul percubaan mengalih pandangan kepada isu perkauman sempit.

Masalah perkauman yang diapi-apikan berterusan sehingga kini menunjukkan formula BN yang dihantui kebejatan rasuah dan korupsi gagal mentadbir negara ini. Api perkauman yang cuba dibakar akan mengancam kestabilan negara dan kebajikan rakyat. Kepimpinan BN yang semakin lemah juga menyaksikan parti tersebut semakin berpecah dan semakin hilang arah.

Melihat kepada perkembangan semasa inilah ramai Ahli Parlimen BN telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan BN dan memutuskan untuk bersama dengan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat menegaskan bahawa kami tidak pernah dan tidak perlu membeli atau menyogok Ahli Parlimen berkenaan untuk menyertai kami. Mereka didorong oleh kesedaran sendiri serta memberikan komitmen menyokong agenda perubahan.

Kami yakin terdapat segelintir elit pemerintah BN yang diketuai UMNO bercita-cita untuk mencipta huru hara agar dapat membantut perubahan, melumpuhkan demokrasi dan merampas hak-hak rakyat Malaysia yang dilindungi Perlembagaan Persekutuan. Kami khuatir seandainya masalah sengaja dibiar merebak dan berlarutan untuk memberikan alasan kepada pemerintah bertindak keras termasuk penangkapan beramai-ramai menggunakan Undang-undang Darurat untuk membendung kemaraan rakyat yang menuntut pembelaan.

Kami menyeru kepada rakyat Malaysia termasuk penyokong UMNO untuk bertenang dan tidak terperangkap dengan retorik perkauman. Marilah kita rakyat Malaysia bersama-sama berusaha keras untuk memperbaiki keadaan ekonomi kita yang semakin teruk dan menyambut perubahan yang akan memberi harapan baru kepada kita semua.

Kami percaya apa pun jua usaha BN hanyalah dapat melambatkan proses pertukaran kerajaan tetapi tidak dapat menggagalkannya kerana formula BN telah gagal.


Dato’ Salehuddin Hashim Setiausaha Agung PKR

YB Loke Siew Fook Pengarah Pendidikan Politik DAP

YB Dato’ Kamarudin Jaffar Setiausaha Agung PAS


- BlogAnwarIbrahim

AR: Semoga berjaya pejuang-pejuang rakyat, untuk hapuskan pengkhianat-pengkhianat yang ada dalam UMNO.

Thursday, September 11, 2008

Surat terbuka PAKSI untuk Anwar

Dinsman

Tue Sep 09, 08 7:21:51 am MYT

Tsunami perubahan itu memang tak mungkin dihalang lagi. Rakyat sudah muak dengan kemungkaran yang terus diterajui Umno-BN yang seperti tak mahu sedar-sedar juga.

Malangnya di kalangan budayawan-seniman-cendekiawan pun masih ramai yang terus hendak berpeluk pada dahan yang semakin membusuk itu. Padahal sepatutnya merekalah yang membawa lampu suluh kepada rakyat.

Pilihan raya kecil Permatang Pauh pun tak mungkin memberi keputusan yang lain daripada yang berlaku pada 26 Ogos. Hanya sama ada majoritinya bertambah atau berkurang sahaja yang diperkatakan pemerhati dan penganalisis sebelumnya.

Maka apabila keputusan mengesahkan majoriti bertambah, orang seperti bertambah percaya bahawa pada 16 September Abdullah dan pasukannya terpaksa mengiktiraf kewibawaan Anwar Ibrahim untuk membuat perubahan besar di negara ini.

Kami budayawan-seniman-cendekiawan dalam Paksi bukan sahaja memerhati setiap gerak politik yang Sdr pimpin sejak dari krisis 1998 itu, tetapi sebahagian besar kami memang turut melibatkan diri dalam arus yang kadang-kadang dilihat kawan-kawan sebagai songsang itu.Bahkan itulah faktor kewujudan kami sendiri pun.

Surat ini ditulis pada waktu orang sedang sibuk bertanya betulkah akan ada kerajaan barupada 16 September ini atau itu hanya gimik politik Anwar? Ya, apa pun serba mungkin pada hari ini di negara ini.

Tidak mustahil Sdr tiba-tiba ditangkap lagi bagi menghalang berlaku perubahan kuasa politik pada tarikh tersebut. Tetapi siapakah yang punya kuasa untuk menghentikan gelombang sebuah tsunami pada waktu ia sedang ghairah menggulung mangsanya?

Ya, apa pun memang boleh saja berlaku di negara ini pada hari ini. Tiada yang mustahil. Maka ketika kawan-kawan mencadangkan supaya saya menulis surat bagi menyatakan tahniah Paksi atas kemenangan Sdr di Permatang Pauh, saya kurang berminat.
Tetapi selepas itu apabila saya sering dihujani soalan betulkah 16 September ini..? betulkah akan..? betulkah ini?.. betulkah itu..?.. maka saya pun membuka laptop dan memulakan wacana ini.


Adapun wacana ini sebenarnya sudah bermula lama. Kami berwacana ... 40 lebih kami sebenarnya sudah lama berwacana. Hanya pada 6 dan 7 Jun itu kami memformalkannya secara hadir berhadapan, dan dengan harapan besar yang Sdr pun akan sudi hadir, untuk bercakap-cakap soal budaya dan kesenian kita.


Suatu percakapan yang kami fikir sangat diperlukan oleh bangsa yang sedang kebengongan arah dan identiti, dan sedang kebengongan mengenai harga diri dan kemerdekaan jiwa.
Pertemuan itu bagi kami 'budayawan-seniman-cendekiawan reformasi' sangatlah besar maknanya. Dan sebesar itulah juga harapan untuk duduk bersama Sdr, untuk bicara bukan mengenai politikdan ekonomi, kerana sudah sekian lama seni dan budaya dipinggirkan dari arus pemikiran kebangsaan.


Maklumlah, selama hampir sepuluh tahun melaungkan reformasi di sana sini dan baru itu berkesempatan bertemu muka kesemuanya, tentulah tidak sempurna pertemuan itu kalau Sdr yang menjadi sumber reformasi itu sendiri tidak hadir bersama.


Tetapi ternyata agenda politik Sdr pun terlalu sibuk, maka harapan besar itu pun terpaksalah ditangguhkan. Dan saya yang agak kecewa pada masa yang sama melihat bagaimana suatu peristiwa seni-budaya diatur secara politik oleh orang-orang politik yang hampir dengan Sdr, menjadi terlalu berat hati pula untuk hadir menyaksikan 'malam karyawan' itu.


Hanya saya yang terasa dikecewakan (kerana mengetahui bagaimana ia terjadi), sedangkan kawan-kawan yang lain hadir dan sempat membacakan 'Manifesto Paksi' di awal majlis itu.
Memang ia suatu peristiwa kecil barangkali buat Sdr yang sentiasa dikelilingi persoalan besar negara dan rakyat yang sedang dalam upaya untuk berubah kuasa pimpinan.


Tetapi di situlah pula sebenarnya kami melihat persoalan 'kebengongan' tadi, dan kerana itulah maka saya terfikir dan tergerak untuk melakarkan warkah yang tak sepertinya ini, yang sebenarnya adalah sebuah perutusan tahniah dan syabas dari kami (Paksi) untuk Sdr yang tak berapa hari lagi akan menerajui sebuah kerajaan baru.


Ya, syabas dan tahniah Dato' Seri Anwar!


Surat tahniah ini ditulis khas buat Sdr di waktu orang di sana sini sibuk bertanya 'betulkah?', 'betulkah?'; dan kami mengambil kesempatan ini bukanlah untuk mengganggu kelancaran usaha dan perancangan Sdr.


Tidak sekali-kali. Bahkan kami menjulang idealisme keadilan dan kerakyatan yang Sdr bawa itu. Hanya kami sekadar ingin mengingatkan kepada perkara yang selalu dilupakan itu.
Seperti Sdr pernah sebut bahawa waktu lapang yang banyak ketika dalam penjara di SungaiBuloh membolehkan Sdr membaca berulang kali karya-karya agung Shakespeare.
Maka begitulah - sesuatu yang bernilai agung seperti itu juga, kami percaya, perlu dan boleh dilahirkan dari bumi kita ini. Hanya kita perlu memberi perhatian kepadanya, dan sanggup meluangkan juga waktu untuknya - untuk memikirkan hal-hal kesenian, kesusasteraan, kebudayaan.


Memang politik dan ekonomi itu agendanya selalu membangkitkan kesibukan dan suasana 'urgent'. Kesenian, kesusasteraan, kebudayaan pula selalu berada di luar daerah sibuk dan'urgent' tersebut.


Tetapi seperti disebut di atas, bangsa yang melupakannya akan melahirkan masyarakat yang kebengongan, seperti masyarakat kita sekarang, sampaikan sanggup membuang bahasa kebangsaannya yang sudah terbukti mampu menjadi bahasa pengantar Matematik dan Sainsitu, dan mengambil semula bahasa Inggeris. Sebab apa, kalau bukan sebab kebengongan?
Maka dengan semangat surah al-'Asr, kita berpesan-pesan, agar pimpinan Sdr Anwar tidak akan memberi alasan 'sibuk dengan soal-soal politik dan ekonomi yang urgent' hingga terpaksa meminggir atau menangguhkan terus program kesenian, kesusasteraan, kebudayaan, khasnya (dan urgent) mengenai kedaulatan bahasa kebangsaan, bahasa Melayu.


Kami kumpulan Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) percaya bahawa golongan budayawan-seniman-cendekiawan mempunyai peranan dan tanggungjawab tertentu dalam kehidupan dan upaya pembangunan bangsa dan negara. Hanya selama ini golongan ini tidak diiktiraf dan diberi peluang untuk mereka berperanan dan bertanggungjawab sewajarnya.


Kerajaan selalu lebih mengutamakan bidang sukan misalnya, dengan memperuntukkan perbelanjaan yang besar dan perancangan bertaraf kebangsaan, tanpa memikirkan bahawa kalau peruntukan yang besar dan perancangan bertaraf kebangsaan begitu, kita mungkin juga boleh melahirkan tokoh kesusasteraan yang bertaraf dunia, setaraf Shakespeare misalnya.


Harapan kami agar Sdr tidak akan mengabaikan peranan golongan budayawan-seniman-cendekiawan. Biarlah mereka yang menentukan agenda mereka. Bukan pimpinan politik yang merencanakan program untuk mereka.


Pengalaman kami mendapati ramai pimpinan politik kita melihat golongan budayawan-seniman sebagai golongan yang boleh dipergunakan untuk membantu perjuangan politik mereka sahaja.Seni dan budaya hanya bernilai apabila ia boleh diperguna atau diperalatkan. Janganlah begitu, ya.


Akhirnya, kami mendoakan Allah mempermudahkan usaha hamba-hamba-Nya bagi menegakkan yang benar dan yang adil. Gabungan mantap pimpinan Sdr bersama dengan barisan ulama dan juga kaum-kaum yang pelbagai di negara ini nampaknya memberi keyakinan rakyat yang membawa kepada kemenangan besar Sdr di Permatang Pauh. Harapan kami agar gabungan mantap ini terus dipelihara.
______________
* Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my
atau sms 0136362408.
AR: InsyaALLAH, harapan dinsman terhadap DSAI tidak akan disia-siakan...

Wednesday, September 10, 2008

Anwar Main "Police entry" dengan Paklah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, AR rasa nak tergelak dengan situasi politik Malaysia nih...... Anwar dan start main "Police entry" dengan Paklah, begitulah..... Dolah nih pun, buat lari MP2 ke Taiwan nih kononnya nak belajar ILMU PERTANIAN, padahal nak sorok MP2 yang nak lompat.... namun, permainan "Police entry" nih baru saja bermula....



AR nak kongsikan berita terkini yang disajikan oleh MStar Online....


AR: "Cepat-cepatlah tangkap, lepas nih, tak payahlah Anwar dan Paklah main "Police entry" lagi...... busuk, sangat busuk permainan nih, sebab, Paklah sebagai Pencuri dan Anwar sebagai Polis......... Selepas Anwar tangkap MP2 nak lompat nih.... Malaysia akan ada kerajaan baru..... insyaALLAH..... kita main permainan baru pulak.... pencuri-pencuri nih terlalu busuklah......




- Anak Reformasi.

LIWAT 2 - Tangguh 24 Sept pulak dah...


AR: Ditangguhkan lagi....... 24 September 2008, apalah FILEM nih...... PENGARAH pun bodohlah.... Syukur, Alhamdulillah, tak jadik apa-apa pada DSAI.


- Anak Reformasi.

PERBICARAAN ANWAR IBRAHIM SAMBUNG HARI INI!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Perbicaraan Anwar terhadap tuduhan Sayfool tentang LIWAT SUKA SAMA SUKA akan bersambung hari ini....... Harap-harap DSAI akan mengemukakan ALIBI beliau pada 26 JUN 2008 antara jam 3.01-4.30 petang di Mahkamah, dan automatik kes itu terbatal, insyaALLAH.



AR: AR selalu mengikuti ceramah-ceramah DSAI dan selalu mendengar ceramah daripada Y.B. Saifuddin Nasution yang menerangkan tentang kecelaruan tuduhan SAIFUL dan jelas bahawa DSAI mempunyai ALIBI yang kukuh dan saksi..... namun yang pasti Sayfool menuduh DSAI tanpa saksi, lawak giler..... MAHKAMAH KANGGAROOOO ke nih???? atau MAHKAMAH KERA????? whatever..... doa AR agar kes ini dibatalkan secepat mungkin. 916 countdown!!!!
- Anak Reformasi

Blog Stats