Tue Sep 09, 08 7:21:51 am MYT
Tsunami perubahan itu memang tak mungkin dihalang lagi. Rakyat sudah muak dengan kemungkaran yang terus diterajui Umno-BN yang seperti tak mahu sedar-sedar juga.
Malangnya di kalangan budayawan-seniman-cendekiawan pun masih ramai yang terus hendak berpeluk pada dahan yang semakin membusuk itu. Padahal sepatutnya merekalah yang membawa lampu suluh kepada rakyat.

Pilihan raya kecil Permatang Pauh pun tak mungkin memberi keputusan yang lain daripada yang berlaku pada 26 Ogos. Hanya sama ada majoritinya bertambah atau berkurang sahaja yang diperkatakan pemerhati dan penganalisis sebelumnya.
Maka apabila keputusan mengesahkan majoriti bertambah, orang seperti bertambah percaya bahawa pada 16 September Abdullah dan pasukannya terpaksa mengiktiraf kewibawaan Anwar Ibrahim untuk membuat perubahan besar di negara ini.
Kami budayawan-seniman-cendekiawan dalam Paksi bukan sahaja memerhati setiap gerak politik yang Sdr pimpin sejak dari krisis 1998 itu, tetapi sebahagian besar kami memang turut melibatkan diri dalam arus yang kadang-kadang dilihat kawan-kawan sebagai songsang itu.Bahkan itulah faktor kewujudan kami sendiri pun.
Surat ini ditulis pada waktu orang sedang sibuk bertanya betulkah akan ada kerajaan barupada 16 September ini atau itu hanya gimik politik Anwar? Ya, apa pun serba mungkin pada hari ini di negara ini.
Tidak mustahil Sdr tiba-tiba ditangkap lagi bagi menghalang berlaku perubahan kuasa politik pada tarikh tersebut. Tetapi siapakah yang punya kuasa untuk menghentikan gelombang sebuah tsunami pada waktu ia sedang ghairah menggulung mangsanya?
Ya, apa pun memang boleh saja berlaku di negara ini pada hari ini. Tiada yang mustahil. Maka ketika kawan-kawan mencadangkan supaya saya menulis surat bagi menyatakan tahniah Paksi atas kemenangan Sdr di Permatang Pauh, saya kurang berminat.
Tetapi selepas itu apabila saya sering dihujani soalan betulkah 16 September ini..? betulkah akan..? betulkah ini?.. betulkah itu..?.. maka saya pun membuka laptop dan memulakan wacana ini.
Tetapi selepas itu apabila saya sering dihujani soalan betulkah 16 September ini..? betulkah akan..? betulkah ini?.. betulkah itu..?.. maka saya pun membuka laptop dan memulakan wacana ini.
Adapun wacana ini sebenarnya sudah bermula lama. Kami berwacana ... 40 lebih kami sebenarnya sudah lama berwacana. Hanya pada 6 dan 7 Jun itu kami memformalkannya secara hadir berhadapan, dan dengan harapan besar yang Sdr pun akan sudi hadir, untuk bercakap-cakap soal budaya dan kesenian kita.
Suatu percakapan yang kami fikir sangat diperlukan oleh bangsa yang sedang kebengongan arah dan identiti, dan sedang kebengongan mengenai harga diri dan kemerdekaan jiwa.
Pertemuan itu bagi kami 'budayawan-seniman-cendekiawan reformasi' sangatlah besar maknanya. Dan sebesar itulah juga harapan untuk duduk bersama Sdr, untuk bicara bukan mengenai politikdan ekonomi, kerana sudah sekian lama seni dan budaya dipinggirkan dari arus pemikiran kebangsaan.

Maklumlah, selama hampir sepuluh tahun melaungkan reformasi di sana sini dan baru itu berkesempatan bertemu muka kesemuanya, tentulah tidak sempurna pertemuan itu kalau Sdr yang menjadi sumber reformasi itu sendiri tidak hadir bersama.
Tetapi ternyata agenda politik Sdr pun terlalu sibuk, maka harapan besar itu pun terpaksalah ditangguhkan. Dan saya yang agak kecewa pada masa yang sama melihat bagaimana suatu peristiwa seni-budaya diatur secara politik oleh orang-orang politik yang hampir dengan Sdr, menjadi terlalu berat hati pula untuk hadir menyaksikan 'malam karyawan' itu.
Hanya saya yang terasa dikecewakan (kerana mengetahui bagaimana ia terjadi), sedangkan kawan-kawan yang lain hadir dan sempat membacakan 'Manifesto Paksi' di awal majlis itu.
Memang ia suatu peristiwa kecil barangkali buat Sdr yang sentiasa dikelilingi persoalan besar negara dan rakyat yang sedang dalam upaya untuk berubah kuasa pimpinan.
Memang ia suatu peristiwa kecil barangkali buat Sdr yang sentiasa dikelilingi persoalan besar negara dan rakyat yang sedang dalam upaya untuk berubah kuasa pimpinan.
Tetapi di situlah pula sebenarnya kami melihat persoalan 'kebengongan' tadi, dan kerana itulah maka saya terfikir dan tergerak untuk melakarkan warkah yang tak sepertinya ini, yang sebenarnya adalah sebuah perutusan tahniah dan syabas dari kami (Paksi) untuk Sdr yang tak berapa hari lagi akan menerajui sebuah kerajaan baru.
Surat tahniah ini ditulis khas buat Sdr di waktu orang di sana sini sibuk bertanya 'betulkah?', 'betulkah?'; dan kami mengambil kesempatan ini bukanlah untuk mengganggu kelancaran usaha dan perancangan Sdr.
Tidak sekali-kali. Bahkan kami menjulang idealisme keadilan dan kerakyatan yang Sdr bawa itu. Hanya kami sekadar ingin mengingatkan kepada perkara yang selalu dilupakan itu.
Seperti Sdr pernah sebut bahawa waktu lapang yang banyak ketika dalam penjara di SungaiBuloh membolehkan Sdr membaca berulang kali karya-karya agung Shakespeare.
Maka begitulah - sesuatu yang bernilai agung seperti itu juga, kami percaya, perlu dan boleh dilahirkan dari bumi kita ini. Hanya kita perlu memberi perhatian kepadanya, dan sanggup meluangkan juga waktu untuknya - untuk memikirkan hal-hal kesenian, kesusasteraan, kebudayaan.

Memang politik dan ekonomi itu agendanya selalu membangkitkan kesibukan dan suasana 'urgent'. Kesenian, kesusasteraan, kebudayaan pula selalu berada di luar daerah sibuk dan'urgent' tersebut.
Tetapi seperti disebut di atas, bangsa yang melupakannya akan melahirkan masyarakat yang kebengongan, seperti masyarakat kita sekarang, sampaikan sanggup membuang bahasa kebangsaannya yang sudah terbukti mampu menjadi bahasa pengantar Matematik dan Sainsitu, dan mengambil semula bahasa Inggeris. Sebab apa, kalau bukan sebab kebengongan?
Maka dengan semangat surah al-'Asr, kita berpesan-pesan, agar pimpinan Sdr Anwar tidak akan memberi alasan 'sibuk dengan soal-soal politik dan ekonomi yang urgent' hingga terpaksa meminggir atau menangguhkan terus program kesenian, kesusasteraan, kebudayaan, khasnya (dan urgent) mengenai kedaulatan bahasa kebangsaan, bahasa Melayu.

Kami kumpulan Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) percaya bahawa golongan budayawan-seniman-cendekiawan mempunyai peranan dan tanggungjawab tertentu dalam kehidupan dan upaya pembangunan bangsa dan negara. Hanya selama ini golongan ini tidak diiktiraf dan diberi peluang untuk mereka berperanan dan bertanggungjawab sewajarnya.
Kerajaan selalu lebih mengutamakan bidang sukan misalnya, dengan memperuntukkan perbelanjaan yang besar dan perancangan bertaraf kebangsaan, tanpa memikirkan bahawa kalau peruntukan yang besar dan perancangan bertaraf kebangsaan begitu, kita mungkin juga boleh melahirkan tokoh kesusasteraan yang bertaraf dunia, setaraf Shakespeare misalnya.
Harapan kami agar Sdr tidak akan mengabaikan peranan golongan budayawan-seniman-cendekiawan. Biarlah mereka yang menentukan agenda mereka. Bukan pimpinan politik yang merencanakan program untuk mereka.
Pengalaman kami mendapati ramai pimpinan politik kita melihat golongan budayawan-seniman sebagai golongan yang boleh dipergunakan untuk membantu perjuangan politik mereka sahaja.Seni dan budaya hanya bernilai apabila ia boleh diperguna atau diperalatkan. Janganlah begitu, ya.
Akhirnya, kami mendoakan Allah mempermudahkan usaha hamba-hamba-Nya bagi menegakkan yang benar dan yang adil. Gabungan mantap pimpinan Sdr bersama dengan barisan ulama dan juga kaum-kaum yang pelbagai di negara ini nampaknya memberi keyakinan rakyat yang membawa kepada kemenangan besar Sdr di Permatang Pauh. Harapan kami agar gabungan mantap ini terus dipelihara.
______________
* Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my
atau sms 0136362408.
______________
* Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my
atau sms 0136362408.
AR: InsyaALLAH, harapan dinsman terhadap DSAI tidak akan disia-siakan...
0 comments:
Post a Comment