1) Dalam ulangtahun yang ke-7 Tragedi 11 September serangan ke atas WTC, Amerika Syarikat, AR juga tidak lupa untuk mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun kepada Pengamal-pengamal konspirasi dalam Tragedi 911 ini yang dikatakan daripada warga Amerika sendiri dan juga Israel.....
2) Namun, AR tidak pula melupakan saudara-saudara kita yang beragama Islam yang telah terkorban semasa tragedi 911 dan juga kepada saudara-saudara kita yang berada di sana menjalani hidup sukar seketika semasa kejadian tersebut kerana kehilangan tempat tinggal dan juga barang-barang peribadi.
3) AR yakin dan pasti bahawa ini adalah perancangan PEMERINTAH AMERIKA sendiri, walaupun ada juga suara-suara yang menyatakan tidak... tidak mungkin!!! tapi, AR yakin, kejahatan manusia yang bernama Bush ini lebih jahat daripada UMNO.....
4) Serangan ke atas Iraq dan Afghanistan adalah modal utama dalam mengorbankan Bangunan berkembar tertinggi di dunia yang dikenali sebagai World Trade Centre ini. Apa sangatlah bagi manusia Bush ini dengan kematian rakyatnya, yang penting kaum kerabatnya tidak terkorban.
4) Serangan ke atas Iraq dan Afghanistan adalah modal utama dalam mengorbankan Bangunan berkembar tertinggi di dunia yang dikenali sebagai World Trade Centre ini. Apa sangatlah bagi manusia Bush ini dengan kematian rakyatnya, yang penting kaum kerabatnya tidak terkorban.
5) Melalui serangan inilah, Amerika berjaya menyerang Iraq dan Afghanistan dengan percuma dan mendapat sokongan dan dokongan daripada beberapa negara lain.......
6) Perlu diingat, Afghanistan merupakan negara yang kaya dengan penanaman pokok popi yang boleh menghasilkan dadah yang bertujuan untuk penghasilan produk-produk farmasi dan Iraq pula kaya dengan Emas-emas hitamnya iaitu Minyak dan gas.
7) Apa yang AR ingin kongsikan ialah, kekayaan negara tidak menjaminkan keselamatan kepada rakyatnya, namun perpaduan masyarakat lebih penting dalam menjaga keharmonian, selain hubungan baik dengan negara-negara lain dengan berlandaskan Islam lebih utama. Namun, dalam kes bumi Iraq dan Afghanistan ini, AR memang akui, negara ini diserang tanpa kompromi kerana keastuan masyarakat Islam di negara teluk itu tidak kukuh dengan negara-negara jiran, namun AR pasti, satu penyatuan masyarakat Islam di negara Arab pasti akan berlaku.
8) AR cuma berpesan, mungkin ada satu konspirasi baru terhadap serangan yang bakal dilakukan di negara Iran, dan ternyata semalam, satu saranan daripada Israel meminta Presiden Iran, Ahmadinejad diculik untuk di bawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa..... Namun, AR pasti, Amerika pun bimbang dengan kemajuan teknologi Nuklear yang telah dicapai oleh negara Iran mampu mengalahkan serangan Amerika dan menumbangkan negara Amerika daripada menjadi Kuasa Besar Dunia.
AR: 911 ini memang satu konspirasi puak Amerika dan Yahudi dalam memerangi Islam yang dikatakan musuh mereka no. wahid. AR ada menyimpan satu video berkenaan konspirasi tentang Pendaratan Kapal Angkasa NASA yang terang-terang menipu masyarakat dunia dengan mendakwa, mereka telah menjejaki bulan. AR cuba untuk menyebarkan, tapi, menurut beberapa rakan-rakan AR, mungkin nama AR akan diblack list oleh USA dan AR akan dipantau..... takut juga, kena pantau kat malaun UMNO pun rasernya dah pening kepala dah, nih pulak si Iblis Amerika!!!
0 comments:
Post a Comment