11 Sep 2008 1:13PM
Oleh Mohd Sayuti Omar
PRESIDEN Umno Abdullah Ahmad Badawi hanya mengulas ringkas apabila ditanya mengenai hasrat Mahathir Mohamad untuk kembali semula ke dalam Umno dengan berkata; kita bincang hal Ahmad Ismail saja", apabila ditanya mengenai hal itu oleh wartawan.Jawaban ringkas tetapi padat itu memberi tafsiran bahawa beliau mungkin tidak setuju dengan cadangan dikemukakan oleh Muhyiddin Yassin itu yang meminta Mahathir kembali ke dalam Umno.Mudah saja untuk difahami kenapa kalau Abdullah tidak setuju kerana Mahathir menjadi masalah kepadanya. Jadi cadangan Muhyiddin itu menyenakkan ulu hati Abdullah maka eloklah kalau beliau tidak melayaninya!Muhyiddin pula tentu ada motif tersendiri kenapa beliau mengajak Mahathir agar kembali dalam Umno? Alasan yang beliau berikan Mahathir dapat memperkuatkan Umno dan BN.
Beliau mungkin tahu kemusanahan Umno sebagai wadah perjuangan Melayu bermula ditangan Mahathir.
Kenapa beliau tetap berminat dengan Mahathir, mungkin Muhyiddin ada agenda lain yang agak personal.Antara penyebab kenapa Umno berada dalam keadaan dibenci kini ialah kerana Mahathir juga. Stail, dasar dan sikap liberal beliau dalam menguruskan parti berkenaan sehingga menyebabkan semangat Melayu tulen terhakis dari kerajaan yang dibentuk oleh parti berkenaan.Jadi apabila orang berpenyakit diajak menyertai Umno semula pasti Umno akan jadi bertambah sakit dan ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang semakin meruncing itu.Cadangan Muhyiddin itu tidak masuk akal sama sekali melainkan ia dilihat kerana menyelitkan motif tertentu yang mudah untuk diteka. Umno harus diberi dan diserahkan kepada orang lain yang masih belum ada rekod mengkhianati perjuangan orang Melayu itu.Untuk tujuan ini kenapa Umno begitu liat untuk mencari seseorang yang lain sebagai pengganti kedua mereka itu - Mahathir dan Abdullah? Dalam hal ini Tengku Razaleigh Hamzah nampaknya relevan dan boleh dijadikan penyelamat kepada Umno.Tengku Razaleigh mampu menjadi nakhoda bagi menyelamat kapal bernama Umno yang semakin senget dan retak di sana sini itu.
Dalam keadaan Umno kini sudah kehilangan semangat Melayu adalah sangat elok kalau ianya diserahkan kepada anak raja itu yang kelihatan mempunyai semangat Melayu yang tinggi. Beliau boleh dan mampu menyuntik semula nasionalisme dalam Umno.Selain daripada itu kepakaran beliau dalam bidang pengurusan kewangan dan ekonomi terbukti menjadi apabila terbangunnya beberapa institusi kewangan dan ekonomi semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dulu.Nama-nama seperti Petronas, Pernas, Bank Bumiputera, pembinaan lebuh raya adalah antara institusi ekonomi, kewangan dan idea prasarana negara yang seninom dengan beliau.Kita percaya kalau beliau diberi peluang, Tengku Razaleigh mampu berbuat sesuatu yang lebih daripada itu.
Kalau dengan hanya sedikit kuasa beliau dapat melakukan sesuatu yang kini mengkagumkan kita apa lagi kalau diberikan kuasa yang lebih besar.Umno harus berani membuat perubahan dan mencuba khidmat seorang pakar baru untuk membina semula partinya.
Tidak ada guna kalau terus menggunakan pakar atau arkitek yang ternyata tidak dapat menyegarkan jiwa Umno seperti mana diharapkan. Kedegilan ahli Umno untuk melakukan anjakan paradigma ia akan memusnahkan parti berkenaan.Dalam hal ini ahli Umno sepatutnya tidak terikat dengan stigma atau pun label yang telah dilemparkan kepada Tengku Razaleigh oleh seseorang yang menilainya dengan hasad dengki dan dendam kerana cara penilaian itu amat tidak adil.Apa kata kalau ahli Umno ramai-ramai sepakat untuk mencuba khidmat Tengku Razaleigh bagi memperbaiki keadaan Umno dengan memberikan ruang untuknya mengadu nasib sebagai Presiden Umno pada Disember nanti!
Tidak ada guna kalau terus menggunakan pakar atau arkitek yang ternyata tidak dapat menyegarkan jiwa Umno seperti mana diharapkan. Kedegilan ahli Umno untuk melakukan anjakan paradigma ia akan memusnahkan parti berkenaan.Dalam hal ini ahli Umno sepatutnya tidak terikat dengan stigma atau pun label yang telah dilemparkan kepada Tengku Razaleigh oleh seseorang yang menilainya dengan hasad dengki dan dendam kerana cara penilaian itu amat tidak adil.Apa kata kalau ahli Umno ramai-ramai sepakat untuk mencuba khidmat Tengku Razaleigh bagi memperbaiki keadaan Umno dengan memberikan ruang untuknya mengadu nasib sebagai Presiden Umno pada Disember nanti!
*Penulis dilahirkan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan pada Feb, 1960. Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia awal tahun 1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisan buku politik sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan "Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti, "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,"Saya Mahafiraun", "Hitam Putih: Darul Arqam" dan lain-lain. Blog beliau boleh dilayari di msomelayu.blogspot.com - Pengarang
- KLPos
AR: Bagi AR, Bukan Paklah yang tidak selesa dengan kembalinya Mahathir ke dalam UMNO.... kirernya pendaftaran kali ketigalah.... hahahaha..... Sebenarnya bagi Paklah dan Mahathir, mereka berdua sudah berada di kerusi empuk dan juga Mahligai Perdana Menteri Malaysia.... Namun, AR lebih nampak, budak hingusan KJ yang tidak selesa dengan kembalinya Mahathir ke dalam UMNO....... sebab, ini adalah soal antara anak Mahathir dan menantu Dolah....... Anyway, rebutlah korang semua, sebab lepas nih, kalau tiada aral melintang, ke Sungai Bulohlah korang semua, Mahkamah Pakatan Rakyat harus adil kepada rakyatnya.......
0 comments:
Post a Comment