Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Thursday, September 11, 2008

Tengku Abdullah mahu Umno kukuh institusi Raja sebagai pelindung Melayu

11-09-2008 11:55:41 AM


KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu Umno melakukan usaha mengukuhkan institusi raja-raja Melayu bagi menguatkan lagi peranannya sebagai pelindung rakyat khususnya orang Melayu serta agama Islam.

"Bukannya kita hendak kuasa lebih tetapi kita perlu kaji supaya institusi ini tidak boleh diperkotak-katik, dipersenda atau diperkecilkan oleh mana-mana pihak," titah baginda dalam satu wawancara eksklusif dengan Khabar Pahang, akhbar rasmi kerajaan negeri Pahang.

Tengku Abdullah bertitah imuniti raja-raja, yang suatu ketika dulu telah dihapuskan secara tidak langsung, telah meletakkan institusi berkenaan berada dalam keadaan seolah-olah tidak kukuh dan mungkin menjadi tidak relevan.

Namun, baginda berharap, semua pihak harus sedar dan memahami bahawa institusi raja-raja Melayu telah memainkan peranan berkesan dalam arus pembangunan negara selama ini.
Tengku Abdullah menjelaskan bahawa ketika tokoh-tokoh kepimpinan negara berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan, wakil raja-raja Melayu turut menyertainya termasuk dalam rundingan yang diadakan di London.

"Dalam hubungan ini, bukan soal siapa lebih berkuasa antara eksekutif, kerajaan yang memerintah dan institusi raja-raja (tetapi) yang penting ialah raja-raja Melayu dan juga parti yang memerintah, mempunyai semangat untuk 'coexist' supaya kesejahteraan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara," titah baginda. BERNAMA

-MStarOnline

AR: Semoga Tengku Mahkota Pahang ini juga akan menyeru perkara yang sama selepas 16 September ini, kerana PAKATAN RAKYAT akan kekalkan Perlembagaan Negara Malaysia...... Cuma, ada sorang mamak Tua yang kurangkan kuasa Raja-raja Melayu dan juga Penyokong-penyokong Idris Natang yang terang-terang mengutuk AGONG!!! Jangan bimbang ya Tuanku, kami pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat akan menjulang Perlembagaan Negara dan tidak akan membiarkan Malaysia di jual lagi kepada Singapura......

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats