Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Thursday, September 11, 2008

BN Sarawak nafi anggota di Belaga sertai pembangkang


11/09/2008 1:56pm

KUCHING 11 Sept - Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Sarawak Dr Stephen Rundi hari ini menafikan khabar angin mengenai kira-kira 600 anggota dan penyokong BN, termasuk dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) dari Uma Apan di Belaga menyertai pakatan pembangkang.

Dr Rundi yang juga setiausaha agung PBB dan anggota Dewan Undangan Negeri Kemena berkata, beliau tidak menerima sebarang laporan mengenai mana-mana anggota BN dari kawasan penempatan Orang Ulu yang terletak dalam kawasan projek empangan eletrik hidro Bakun itu menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Kami sudah siasat, perkara itu sebenarnya tidak berlaku walaupun mungkin ada seorang atau dua anggota yang berada dalam keadaan ’atas pagar’ di kawasan itu,” katanya kepada Bernama.
Khabar angin mengenai perkara itu mulai bertiup kencang selepas salah sebuah penempatan rumah panjang Uma Apan, diruntuhkan oleh pihak berkuasa setelah penduduk kawasan itu diberikan notis mengosongkan kawasan itu ekoran perbalahan mengenai tanah.

Dengan projek empangan Bakun dijangka siap pada tahun 2011, kawasan penempatan berkenaan juga sebelum ini dikenal pasti akan dibangunkan dengan ladang kelapa sawit dan lain-lain industri berasaskan pertanian. - Bernama

AR: Macam-macam, BN nih nafi ajer..... tunggu DSAI cakap, on, semua terkejut kut lihat carta dan list sapa yang lompat tuh..... anyway, biar ianya menjadi rahsia dahulu dan menjadi tanda tanya......

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats