Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Showing posts with label Dunia. Show all posts
Showing posts with label Dunia. Show all posts

Monday, September 22, 2008

Ribut Hagupit diramal landa Taiwan esok


TAIPEI: Biro kaji cuaca Taiwan hari ini mengeluarkan amaran ribut tropika akan melanda bahagian selatan negara itu, esok.

Ribut Hagupit yang berpusat di 390 kilometer (km) di tenggara Taiwan dijangka melanda awal pagi dan akan bergerak ke Terusan Bashi dengan kelajuan angin sehingga 144 kilimeter sejam.

Biro kaji cuara itu juga menyebut Hagupit, ribut keempat melanda Taiwan sepanjang tahun ini, diramal membawa hujan lebat dan angin kuat.

Minggu lalu, ribut Sinlaku melanda pulau itu dengan mengakibatkan banjir besar dan tanah runtuh sehingga 11 orang dilaporkan terbunuh manakala 11 lagi masih hilang. - AP

- Berita Harian

Sunday, September 21, 2008

Ahmadinejad Cabar Obama dan McCain Debat Terbuka di AS


"Tahun lalu, saya menyatakan bersiap sedia untuk berdebat dengan Bush. Akan tetapi, kuasa Bush kini hampir tamat dan debat itu tidak akan membawa pengaruh bagi masa depan kami dan hubungan antara Iran-AS," 
kata Ahmadinejad.

Salah satu ciri negara beradab dan demokrasi adalah menyelesaikan persoalan dengan musyawarah, meskipun harus beradu hujah dan bukan dengan kekerasan. Inilah yang ingin ditunjukkan Presiden Iran, Mahmud Ahmadinejad terhadap pimpinan negara AS, negara yang cenderung memilih jalan 'kekerasan' dan memusuhi Iran.


Untuk itu, ia menentang calon-calon presiden AS, Barack Obama dan John McCain untuk melakukan debat terbuka selama kunjungannya ke New York. 

"Saya bersiap sedia untuk berdebat dengan calon-calon presiden AS tentang isu-isu global, dan disiarkan di televisyen," 
kata Ahmadinejad dalam keterangan  di Tehran.

Ia mengatakan, alasannya mengajak Obama dan McCain untuk debat terbuka, kerana ingin meningkatkan hubungan antara Iran dan AS. "Tahun lalu, saya menyatakan bersiap sedia untuk berdebat dengan Bush. Akan tetapi, kuasa Bush kini hampir tamat dan debat itu tidak akan membawa pengaruh bagi masa depan kami dan hubungan antara Iran-AS," kata Ahmadinejad.

Ahmadinejad dijadualkan akan memberikan pidatonya dalam sidang Dewan Umum PBB di New York tanggal 23 September ini. Akan tetapi, dikabarkan jabatan luar negeri AS sengaja melengahkan proses pengurusan visa Ahmadinejad. Padahal markas besar PBB berpusat di negara AS yang sudah memiliki kerjasama dengan PBB bahawa AS akan mempermudahkan pengeluaran visa kepada ketua negara yang akan hadir ke sidang umum PBB.  Ianya berkaitan kewajipannya untuk mengizinkan kedatangan para pimpinan negara yang akan menyampaikan pidato mereka di sidang umum PBB.

Jika Ahmadinejad diizinkan datang ke sidang Dewan Umum PBB di New York, maka ianya akan menjadi kunjungan keempat Ahmadinejad ke AS sejak ia menjadi presiden Iran pada tahun 2005 lalu. Semasa kunjungannya ke New York tahun 2007, Ahmadinejad meminta izin agar diberikan kebenaran untuk melawat ke Ground Zero untuk memberikan penghormatan kepada para korban tragedi 11 September.  Namun, kerajaan AS menolak permintaan Ahmadinejad itu, termasuk menolak tantangan debat terbuka dengan Bush yang diajukan Ahmadinejad.

Ahmadinejad merancang untuk mengadakan pertemuan dengan para mahasiswa, kalangan intelektual dan warga negara Iran yang tinggal di AS,  jika visa kunjungannya ke New York diluluskan oleh AS. 

- Di terjemahkan semula daripada Indonesia kepada Melayu daripada EraMuslim.

Menelusuri Sejarah Yahudi dan Negara Haram Israel

Siapakah bangsa Yahudi ini ?? Menurut kajian sejarah yang berdasarkan penggalian arkeologi dan lembaran-lembaran kitab suci, awal bangsa Yahudi mempunyai hubungan rapat dengan kisah nabi Ibrahim AS yang berlaku sekitar 3800 tahun yang lalu atau 1800 tahun SM.

Tafsir Al-Qur'an menunjukkan bahwa Ibrahim AS tinggal di daerah Palestine yang dikenali sekarang sebagai Al-Khalil (Hebron) dan beliau tinggal di sana bersama Nabi Luth (QS, 21:69-71).

Anak nabi Ibrahim adalah nabi Ismail dan nabi Ishak kemudian anak nabi Ishak adalah nabi Yaakub, kemudian dari keturunan 12 anak nabi Yaakub inilah yang dikenali sebagai 12 suku Israel.

Anak bongsu nabi Yaakub AS adalah nabi Yusuf AS, yang terkenal dalam sejarah, setelah ditinggalkan di dalam telaga di padang pasir oleh abang-abangnya, akhirnya menjadi kepala bendahara negeri Mesir.

Kemudian ayahnya, nabi Yaakub, serta abang-abangnya mengikut nabi Yusuf AS ke Mesir dan hidup damai di sana sampai suatu hari Firaun yang berkuasa memperbudakkan (menjadikan hamba) keturunan mereka yang dikenal dengan bani Israel.

Kerana kekejaman Firaun yang tak terkira terhadap bani Israel, Allah SWT telah mengirim nabi Musa AS masa itu, dan memerintahkannya untuk membawa bani Israel keluar dari Mesir.

Musa AS dan kaumnya meninggalkan Mesir, dengan pertolongan mukjizat Allah, sekitar tahun 1250 SM.

Mereka tinggal di Semenanjung Sinai dan timur Kanaan (Palestine), dalam Al-Qur'an, nabi Musa memerintahkan Bani Israel untuk memasuki Kanaan, (Qur'an, 5:21).

Setelah nabi Musa AS wafat, bangsa Israel tetap tinggal di Kanaan. Menurut ahli sejarah, nabi Daud AS menjadi raja Israel dan membangun sebuah kerajaan berpengaruh.

Selama pemerintahan anaknya nabi Sulaiman, batas-batas Israel diperluas dari Sungai Nil di Selatan hingga sungai Eufrat di negara Siria sekarang di utara.

Ini adalah sebuah masa gemilang bagi kerajaan Israel dalam banyak bidang, terutama senibina. Di Baitul Maqdis (Jerusalem), nabi Sulaiman membangun sebuah istana dan biara yang luar biasa.

Setelah wafatnya nabi Sulaiman, Allah SWT mengutus ramai lagi nabi kepada Bani Israel meskipun dalam banyak hal bani israel tidak mendengar perintah para nabi, membunuh mereka dan mengkhianati Allah.

Setelah kematian nabi Sulaiman, kerajaan bani Israel (yahudi) berpecah, di utara Israel dengan ibukota Samarria dan Di Selatan Juda dengan ibukota Baitul Maqdis (Yerrusalem).

Dengan berlalunya waktu, suku yahudi jatuh di bawah Assyurria dan Babylon atau pergi ke Mesir sebagai pelarian.

Ketika raja Perrsia Kyros tahun 539 SM mengizinkan orang Yahudi kembali dari pelarian mereka, banyak orang Yahudi yang tidak kembali, di sinilah mulainya Diaspora, penyebaran bangsa Yahudi ke seluruh dunia.

Pada tahun 63 SM Juda dan Israel jatuh ke tangan orang Romawi dan tahun 70 SM berjaya menghancurkan pemberontakan Yerusalem dan menghancurkan biara dan Juda.

Awal terbentuknya Israel

Setelah itu orang Yahudi hidup dalam pelarian, sehingga zaman khilafah Othmaniyah barulah orang Yahudi dapat merasakan kehidupan yang damai dengan membayar pajak perlindungan kepada kerajaan Othmaniyah.


Akhir abad ke 19, ditunjangi oleh Jewish Colonization Assocation Baron Hirsch, Yahudi dari Eropah Timur berpindah ke Argentina dan membentuk Kolonialisme pertanian, untuk kembali ke Palestine bermula tahun 1881.

Kronologi penubuhan Israel adalah seperti berikut;

1896 Theodor Herzl Yahudi kelahiran Budapest meengasaskan pembentukan Negara Yahudi moden. Tujuannya untuk menuntut dan membuat negara untuk orang Yahudi di Palestine, disokong oleh wang hasil sumbangan dari seluruh orang Yahudi di dunia. Herzl ini juga dikenal pendiri zionisme, yang juga tidak disetujui oleh orang Yahudinya sendiri.

1914 Di Palestine tinggal 1200 orang Yahudi. Setelah kekalahan khilafah Othmaniyah dalam perang dunia pertama, Palestine menjadi bola permainan para penjajah dan para Zionis ada di sisi British dan Amerika.

1917 Tanggal 2 November menteri luar British Lord Balfour menandatangani Deklarasi Balfour untuk membangun negara yahudi. Sebulan kemudian masuklah tentera British ke Baitul Maqdis (Jerusalem).

1920 Gabungan Negara-negara menyerahkan mandat Palestine kepada British. Akibatnya datanglah 75.000 lagi orang Yahudi ke Palestine. Negara-negara Arab tidak menyetujui didirikannya negara Yahudi di Palestine.

1922 Transjordania dipisahkan dari daerah mandat. Sebagai perwakilan orang Yahudi dibuatlah Jewish Agency. Di tahun itu lebih kurang 80.000 orang Yahudi tinggal di Palestine

1933 Di Jerman berlaku penghapusan etnik Yahudi secara sistematik oleh Rejim Hitler.

1936 Masyarakat Arab menentang politik masuknya orang Yahudi ke Palestine tapi orang Yahudi dibantu oleh tentera Inggeris.

(Gambar Atas kanan - Peta Palestine tahun 1946 sebelum peristiwa Nakba )

1937 Sesudah pemerintah Mandat membatasi imigrasi dan pembelian tanah oleh orang Yahudi, timbullah ketegangan yang dilakukan oleh organisasi bawah tanah Yahudi terhadap orang Inggeris.

1939 Pendidikan sebuah brigade Yahudi untuk memasukkan orang Yahudi ke Palestine

1945 Suruhanjaya Inggeris Amerika menganjurkan penerimaan 100,000 orang Yahudi di Palestine, tapi kemudian ditolak oleh Inggeris sehingga menyebabkan rusuhan di antara Yahudi - Palestine.

1947 UNO menganjurkan pemisahan Palestina dan pembentukan negara Yahudi dan Arab. Perang antara Yahudi dan Arab menghindarkan dilanjutkannya rencana itu.

1948 Inggris mengakhiri Mandatnya atas Palestine dan pada 14 Mei meninggalkan Palestine. Tentera Yahudi memasuki Palestine dan mengusir orang Palestine yang didukung oleh negara-negara Arab. Di hari yang sama Ben Gurion mengisytiharkan kemerdekaan Israel di kota yang dibentuk mereka, Tel Aviv, sehingga kemudian menyebabkan perang hari pertama Timur Tengah.

1949 Setelah perang, Israel memenangi peperangan dan bangsa-bangsa bersatu mengakui Israel sebagai sebuah negara.

(Gambar kiri - Peta pembahagian Palestine oleh PBB pada 1947 - Palestine berwarna Hijau)

Bagi memahami persoalan Palestin secara yang lebih mendalam, boleh Menelusuri Sejarah Baitul Maqdis

First Qibla - Bait-al-Maqdis (Al-Aqsa):
AT THE HEART OF JERUSALEM is the Al-Aqsa mosque or Al-Haram Ash-Shareef (The Noble Sanctuary). It is the third most sacred mosque in the world (after Masjid al-Haram in Makkah and Masjid Nabawi in Medinah), enclosing over 35 acres of fountains, gardens, buildings and domes. At its southernmost end is al-Aqsa Mosques, which was built by Khalifa Omar Bin Al-Kattab in the year 19 Hijri. At its center is the celebrated Dome of the Rock. The entire area is regarded as Baitul-Maqdis or Al-Qudus and comprises nearly one sixth of the walled city of Jerusalem. In the picture on the left, the following are identified:

-->Bertanda Hijau - Masjid al-Qubbatus-Sakhra (The Dome of the Rock)
-->Bertanda Merah - Masjid al-Aqsa (The Farthest Mosque)
-->Bertanda Biru Muda - Al Madrasa An-Nahawiah
-->Bertanda Biru - Al Musalla Al-Marwani

Gambar Bawah - Propaganda Israel - Kuil yang akan menggantikan al-Aqsa



Nota : Artikel dan Rencana ini adalah sempena Ceramah Nuzul Quran Isu Palestine yang diadakan di Masjid rhusila semalam 18 September yang turut disertai oleh Bekas Imam Masjid Al-Aqsa Dr. Sheikh Mahmud Siyam.

- Buletin Online

Thursday, September 18, 2008

TERKINI!!! : Harga Minyak Dunia Sekarang US$91 Setong


Harga minyak mentah global kini telah jatuh menjunam pada paras USD$91 setong dari paras tertinggi USD$145 beberapa bulan yang telah lalu.

Kenaikan minyak mentah global secara mendadak menyebabkan kerajaan Malaysia menaikkan harga bahan bakar di Malaysia dari RM1.92 kepada RM2.70 pada Jun lalu.

Persoalannya sekarang ialah bila agaknya Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menurunkan harga bahan bakar di Malaysia?

Pada 4 September lalu Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, harga runcit minyak petrol dan diesel mungkin diturunkan lagi sebanyak 15 sen daripada harga semasa, jika harga minyak mentah dunia stabil di bawah paras AS$109 setong sehingga akhir tahun ini.

Namun sekarang harga sudah turun jauh lebih rendah dari AS$109 !

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata, kerajaan tetap komited dengan cadangan penurunan itu walaupun penyusutan nilai ringgit memberi kesan kepada ekonomi negara.

"Kita sedar harga minyak dunia kini berada di bawah paras AS$100 setong tetapi Ringgit juga mengalami nasib yang sama.

"Tetapi perkara ini sedang diteliti, saya percaya harga baru dapat diumumkan sebelum hari raya ini," katanya di sini semalam.

Menurutnya, jika mata wang negara mencatatkan pengukuhan semula, beliau percaya tiada masalah untuk kerajaan melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Semalam, minyak dunia didagangkan pada harga AS$92 (RM310.04) setong tetapi pada masa yang sama Ringgit pula diniagakan pada RM3.50 berbanding AS$ 1, susut 30 sen berbanding awal bulan lalu.


AR: Bila agaknya kita dapat merasa minyak turun nih??? Hari tuh, turun pun ciput aje, 15 sen aje... tuh pun atas tujuan pilihanraya permatang pauh.

Friday, September 12, 2008

Antara 2 Darjat : Paklah dan Obama


SENATOR Amerika Syarikat dari Arizona, John McCain dan calon presiden Republik, Barrack Obama (kiri) menaburkan bunga ke tempat di mana menara Pusat Dagangan Dunia (WTC), New York, dirempuh pada 11 Sept 2001 sebagai tanda memperingati ulang tahun hari bersejarah yang penuh tragis itu untuk kali ke-7.

ABDULLAH Ahmad Badawi meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara, Kuala Lumpur sempena Hari Pahlawan 2004.

AR: Inikah Dolah yang ditegur MUFTI, tapi tetap melakukan syirik....... Kalau Obama, takperlah, Agama dia tak larang, tapi Islam larang Dolah.... Dolah, Dolah, apa nak jadi dengan engko nih...

Thursday, September 11, 2008

Gempa Bumi 7.6 skala richter di Indonesia keluarkan Amaran Tsunami seketika!!!



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Gempa bumi berlaku lagi di Indonesia dan ianya telah memberi Amaran Tsunami yang akan berlaku, namun ianya telah batal dan tidak menunjukkan adanya Tsunami selepas itu sepeti yang dilaporkan oleh Bloomberg di SINI.

AR pun bimbang juga, almaklumlah di Malaysia nih, situasi permainan sumpah seranah menggunakan nama Allah berleluasa tanpa batasan.... Mintak jauh daripada bala Allah di Malaysia ini dan semoga Allah Selamatkan Negara Malaysia dan sekiranya ada Hamba Allah yang boleh membawa bala...... Semoga Allah dapat memberi petunjuk dan hidayah agar dapat diinsafkan mereka seperti pertukaran KERJAAN BARU MALAYSIA.... insyaALLAH, Pertukaran kerajaan Baru Malaysia akan mengurangkan tempat maksiat di Malaysia....

Takbir!!!

7th Anniversary : Konspirasi Tragedi 911

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

1) Dalam ulangtahun yang ke-7 Tragedi 11 September serangan ke atas WTC, Amerika Syarikat, AR juga tidak lupa untuk mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun kepada Pengamal-pengamal konspirasi dalam Tragedi 911 ini yang dikatakan daripada warga Amerika sendiri dan juga Israel.....

2) Namun, AR tidak pula melupakan saudara-saudara kita yang beragama Islam yang telah terkorban semasa tragedi 911 dan juga kepada saudara-saudara kita yang berada di sana menjalani hidup sukar seketika semasa kejadian tersebut kerana kehilangan tempat tinggal dan juga barang-barang peribadi.

3) AR yakin dan pasti bahawa ini adalah perancangan PEMERINTAH AMERIKA sendiri, walaupun ada juga suara-suara yang menyatakan tidak... tidak mungkin!!! tapi, AR yakin, kejahatan manusia yang bernama Bush ini lebih jahat daripada UMNO.....

4) Serangan ke atas Iraq dan Afghanistan adalah modal utama dalam mengorbankan Bangunan berkembar tertinggi di dunia yang dikenali sebagai World Trade Centre ini. Apa sangatlah bagi manusia Bush ini dengan kematian rakyatnya, yang penting kaum kerabatnya tidak terkorban.

5) Melalui serangan inilah, Amerika berjaya menyerang Iraq dan Afghanistan dengan percuma dan mendapat sokongan dan dokongan daripada beberapa negara lain.......

6) Perlu diingat, Afghanistan merupakan negara yang kaya dengan penanaman pokok popi yang boleh menghasilkan dadah yang bertujuan untuk penghasilan produk-produk farmasi dan Iraq pula kaya dengan Emas-emas hitamnya iaitu Minyak dan gas.

7) Apa yang AR ingin kongsikan ialah, kekayaan negara tidak menjaminkan keselamatan kepada rakyatnya, namun perpaduan masyarakat lebih penting dalam menjaga keharmonian, selain hubungan baik dengan negara-negara lain dengan berlandaskan Islam lebih utama. Namun, dalam kes bumi Iraq dan Afghanistan ini, AR memang akui, negara ini diserang tanpa kompromi kerana keastuan masyarakat Islam di negara teluk itu tidak kukuh dengan negara-negara jiran, namun AR pasti, satu penyatuan masyarakat Islam di negara Arab pasti akan berlaku.

8) AR cuma berpesan, mungkin ada satu konspirasi baru terhadap serangan yang bakal dilakukan di negara Iran, dan ternyata semalam, satu saranan daripada Israel meminta Presiden Iran, Ahmadinejad diculik untuk di bawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa..... Namun, AR pasti, Amerika pun bimbang dengan kemajuan teknologi Nuklear yang telah dicapai oleh negara Iran mampu mengalahkan serangan Amerika dan menumbangkan negara Amerika daripada menjadi Kuasa Besar Dunia.

AR: 911 ini memang satu konspirasi puak Amerika dan Yahudi dalam memerangi Islam yang dikatakan musuh mereka no. wahid. AR ada menyimpan satu video berkenaan konspirasi tentang Pendaratan Kapal Angkasa NASA yang terang-terang menipu masyarakat dunia dengan mendakwa, mereka telah menjejaki bulan. AR cuba untuk menyebarkan, tapi, menurut beberapa rakan-rakan AR, mungkin nama AR akan diblack list oleh USA dan AR akan dipantau..... takut juga, kena pantau kat malaun UMNO pun rasernya dah pening kepala dah, nih pulak si Iblis Amerika!!!

Minyak Turun Lagi - AS$101.27


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....


AR : Nampak gayanya minyak turun dan makin turun di pasaran duni.... cuma di pasaran Dolah aje yang masih tungguk kayu camtuhhhhh......... bila agaknya AR boleh kosongkan tangki minyak kereta AR untuk tunggu minyak turun pada keesokan hari nih..... Apa-apa pun, semoga Kerajaan Baru Malaysia nanti, prihatin terhadap nasib RAKYAT MALAYSIA.



Wednesday, September 10, 2008

Ahmadinejad Diculik???

Assalamualaikum, AR terkejut dengan berita Utusan Online yang baru sahaja di post pada pukul 8:12 tadi, AR ingatkan Ahmadinejad dah diculik.... Alhamdulillah, bukan diculik, cuma ISRAEL meminta Ahmadinejad diculik untuk di bawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)..... kirernya nak buat cam Saddam ajerlah....



AR: Pelik, tapi benar..... Kalau di dunia, Dunia Islam dikecam oleh Negara-negara kejam yang berkuasa seperti Amerika dan Israel, namun, di Malaysia, Islam dikecam oleh saudara seIslam sendiri iaitu UMNO...... apa nak jadilah dengan UMNO nih..... harap2 cepat2lah tukar Kerajaan Baru........ 916 Countdown!!!!


- Anak Reformasi.

Blog Stats