Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Sunday, January 06, 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013

Pengumuman Penting 12 Januari 2013 dari TUKAR TIUB


SUMBER : TUKAR TIUB

PENGUMUMAN PENTING
sila tempah tiket bas
sila tempah tiket keretapi
sila tempah tiket kapalterbang
sila tempah bilik hotel
sila tempah bilik penginapan

sila layaru tukar tiub
sila layari radio bangsar utama
sila layari semua laman anti kerajaan
untuk maklumat terkini dan ter now

sila buat ramai
datang mendengar ceramah 
dan hasutan
pilih wilayah yang berdekatan
mari kita buat sejarah



Kenyataan Umum
26 Disember 2012
RAPAT KEMUNCAK MENGIRA DETIK #KL112
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini melancarkan Jelajah Anak Muda Mobilisasi #KL112 – 1 Juta Rakyat. Siri jelajah yang merangkumi 12 venue di seluruh negara yang mengandungi perbagai program menumpukan mobilisasi anak muda untuk merialisasikan 1 juta rakyat turun bersama dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat yang jatuh pada tanggal 12 Januari 2013 bertempat di Kuala Lumpur.
Himpunan 12 Januari 2013 atau #KL112 akan mencipta sejarah himpunan perpaduan rakyat terbesar dalam negara, dengan menampilkan seluruh tuntutan yang tidak dipeduli oleh regim pemerintah maka rakyat hadir dari pelbagai lapisan masyarakat menunjuk menifestasi berbentuk kemarahan secara aman.
Bagi tujuan melancar mobilisasi yang ampuh, satu rapat Kemuncak mengira detik #KL112 akan diadakan bagi tujuan menimbulkan mood ‘pesta tuntutan rakyat’ dan memberikan pengarahan terakhir agar himpunan majoriti peserta himpunan memahami pengarahan untuk esoknya dan menjamin kelicinan dan kejayaan himpunan.
Dengan ini diumumkan ;
RAPAT KEMUNCAK MENGIRA DETIK #KL112
11 Januari 2013
8.40 malam (acara bermula 5 petang)
Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur
Selaku penganjur SAMM dan SMM sudah mendapat persetujuan jawatankuasa induk Hari Kebangkitan Rakyat yang akan turut menjadi penganjur bersama. Selain persembahan dan penampilan ramai pimpinan pemuda,  akan muncul juga pimpinan utama PR seperti DS Anwar Ibrahim, Tuan Hj Md Sabu turut akan dijemput TG Hj Hadi, TG Nik Aziz, Lim Guan Eng dan lain-lain pimpinan. Nantikan juga penampilan istimewa Ustaz Azhar Idrus pada program kuliah di sebelah petang.
Selain itu program akan bermula sejak petang akan ditampilkan rakyat tertindas yang akan muncul menyuarakan masalah mereka sendiri selaku suri rumah, pekerja kilang, pemandu teksi, pekerja swasta, mahasiswa, penganggur, profesional muda dan ramai lagi. Ini akan menjadikan rapat memuncak mengira detik #KL112 ini benar – benar pentas rakyat yang memulakan mood pesta tuntutan rakyat.
Rapat mengira detik ini juga akan menjadi lapang sambutan bagi peserta himpunan yang datang dari luar Kuala Lumpur yang dinasihatkan datang awal untuk mengelakkan kesesakan.
Sekian,
Adam AdliYasir Sheikh Abd Rahman
Pengarah Bersama
Jelajah Mobilisasi ke Arah 1 juta #KL112

----



TIPS - Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 ~ Gedung rakyat




TIPS Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112)
Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112) pada 12 Januari 2013 di Stadium Merdeka, KL adalah demonstrasi untuk menunjukkan rasa tidakpuas hati terhadap kerajaan Malaysia. Anda boleh menyertainya sekiranya mempunyai sebab-sebab berikut: -
a)   BERSIH, untuk pilihanraya yang bersih dan adil,  T-SHIRT KUNING.
b)   ROYALTI, untuk menuntut Royalti Petroleum bagi negeri-negeri pengeluar hasil petroleum,  T-SHIRT MERAH (Kelantan)  dan HITAM (Terengganu).
c)  ANTI-LYNAS, untuk menghalang pembinaan loji nadir bumi di Gebeng, Kuantan . T-SHIRT HIJAU.
d) ANTI FELDA GLOBAL VENTURES/ Himpunan Oren, bantahan penyenaraian FGV. T-SHIRT OREN.
Mana-mana pilihan warna t-shirt yang anda pakai, diingatkan bahawa kita berada di sana dalam keadaan aman dan hanya untuk menunjukkan bantahan. Jika anda menyertai #KL112 di Stadium Merdeka dan di kawasan sekitarnya, sila bersedia bagi sebarang kemungkinan yang buruk dan kita harapkan yang terbaik untuk semua. Sila bersedia untuk pemeriksaan badan di stesen pengangkutan awam, sekatan jalan, penangkapan atau dipukul oleh polis atau DBKL, gas pemedih mata, pancutan air, kegagalan rangkaian telekomunikasi (telefon bimbit), penutupan sistem pengangkutan awam, penutupan jalan dan sebagainya. Harapan saya adalah bahawa semua akan berada dalam situasi yang aman dan dalam semangat yang membara dan tidak seorang pun daripada kita yang akan ditangkap. Saya sudah bersedia kerana saya telah menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 dan 3.0
Sekiranya saya terlepas apa-apa, sila tambah apa yang difikirkan perlu. Sebarang persoalan, boleh berhubung dengan lebih lanjut.


APA YANG PERLU DI BAWA
Kad Pengenalan.
• Wang Tunai - antara RM50 hingga RM100.
Garam dalam paket kecil - untuk meneutralkan kesan gas pemedih mata dan untuk mengelakkan diri anda  dari kesesakan nafas. Jika tiada, jangan khuatir ramai yang akan berkongsi dengan anda.
Tuala atau kain - dalam kes disembur dengan bahan kimia.
Pen dan Buku Nota - untuk mencatat nama anggota polis dan nombor ID, dan soalan yang ditanya oleh pihak polis jika ditangkap. (Semasa BERSIH 3.0 tag nama mereka dibuang).
Kamera, Kamera Video, Telefon Pintar disarankan menggunakan bekas/sarung kalis air.
Satu botol air minuman atau minuman isotonik. Tambahan juga diperlukan untuk menyuci kesan bahan kimia dalam Meriam air (Water Cannon).
Beberapa bar coklat - untuk membekalkan tenaga.
• Keperluan perubatan peribadi - inhaler, ubat kencing manis, dan lain-lain ubat insulin. Walau bagaimanapun jika anda tidak sihat, disarankan tidak menyertai perhimpunan ini.
Beberapa bantuan asas seperti plaster.
Bawalah beberapa belon yang berkaitan untuk mewujudkan suasana  karnival.
APA YANG TIDAK PERLU DIBAWA
Barang Kemas - Tinggalkan Jam Rolex (Jam yang berharga) dan barang kemas berharga anda di rumah.
Wallet atau dompet - gulungkan wang anda dan IC anda dengan getah dan simpan di dalam poket depan anda.
Objek tajam atau berbahaya (seperti pisau, parang, pistol dll)

APA YANG ANDA PERLU PAKAI

Topi, untuk menghalang pancaran sinaran matahari.
Sunglasses / Cermin mata gelap (Rayban).
T-shirt warna pilihan anda (Kuning, Hijau, Oren, Hitam, Merah).
Kasut Sport sebaik-baiknya.
APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN
Maklumkan kepada seseorang yang terdekat yang anda akan menyertai Himpunan #KL112 - ahli keluarga atau rakan-rakan.
• Jika Stadium Merdeka penuh (Kapasiti Stadium hanya muat 30,000 orang sahaja), anda boleh memenuhi sepanjang jalan ke stadium.
• Gunakan pengangkutan awam seperti bas, keretapi, LRT, monorel kerana kemungkinan jalan ke kawasan perhimpunan #KL112 telah ditutup. Jika anda memandu, anda mungkin perlu untuk berjalan 2 kilometer atau lebih (lebih menyusahkan anda sahaja).
Berpakat dengan kawan-kawan ke himpunan #KL112 dengan menaiki bas, keretapi, LRT, monorel: kerja berpasukan mungkin diperlukan untuk sebarang bantuan dan tips.
Pergi dalam satu kumpulan. Tentukan titik pertemuan yang dikenali jika anda sesat. Talian telefon mudah alih mungkin akan tergendala. Yang terbaik adalah untuk kekal berkumpulan.
Ikut arahan; mengenalpasti ketua anda, seperti Unit Amal PAS yang baju lengan panjang merah.
Jangan berlari. Saya mendapat tip ini daripada seorang anggota polis. Saya berlari-lari ketika untuk mengambil gambar dan seorang polis menegur saya yang risiko ditangkap adalah rendah jika anda hanya berjalan.
• Jauhi dari FRU. Akan ada sekumpulan orang-orang yang akan melambatkan pergerakan FRU. Sila jauhkan diri.
Anggarkan jarak yang baik antara diri anda dan gas pemedih mata FRU.
Trak FRU akan bergerak perlahan-lahan supaya anda mempunyai masa untuk mengelakkan meriam air. Sesetengah orang hanya suka disembur tetapi saya cuba menjauhkan diri.
APA YANG ANDA TIDAK PERLU LAKUKAN
JANGAN membuat provokasi terhadapPOLIS atau DBKL atau lebih teruk lagi FRU ...
Perkara terburuk yang boleh berlaku ialah anda mungkin ditangkap. Peguam sudah bersedia di balai polis untuk membantu anda.
Anda boleh dipukul semasa proses tersebut. Yang terbaik ELAKKAN diri anda ditangkap.
Jangan membuang sampah merata-rata.
Belum ada Baju??? boleh dapatkan dari GEDUNG RAKYAT.... 

SUMBER : GEDUNG RAKYAT

1 comments:

Unknown said...

Suara rakyat perlu diperhatikan kunjungan juga ke blog saya www.goocap.com

Post a Comment

Blog Stats