Pengumuman Penting 12 Januari 2013 dari TUKAR TIUB
SUMBER : TUKAR TIUB
PENGUMUMAN PENTING
sila tempah tiket bas
sila tempah tiket keretapi
sila tempah tiket kapalterbang
sila tempah bilik hotel
sila tempah bilik penginapan
sila layaru tukar tiub
sila layari radio bangsar utama
sila layari semua laman anti kerajaan
untuk maklumat terkini dan ter now
sila buat ramai
datang mendengar ceramah
dan hasutan
pilih wilayah yang berdekatan
mari kita buat sejarah
Kenyataan Umum
26 Disember 2012
26 Disember 2012
RAPAT KEMUNCAK MENGIRA DETIK #KL112
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini melancarkan Jelajah Anak Muda Mobilisasi #KL112 – 1 Juta Rakyat.
Siri jelajah yang merangkumi 12 venue di seluruh negara yang
mengandungi perbagai program menumpukan mobilisasi anak muda untuk
merialisasikan 1 juta rakyat turun bersama dalam Himpunan Kebangkitan
Rakyat yang jatuh pada tanggal 12 Januari 2013 bertempat di Kuala
Lumpur.
Himpunan 12 Januari 2013 atau #KL112
akan mencipta sejarah himpunan perpaduan rakyat terbesar dalam negara,
dengan menampilkan seluruh tuntutan yang tidak dipeduli oleh regim
pemerintah maka rakyat hadir dari pelbagai lapisan masyarakat menunjuk
menifestasi berbentuk kemarahan secara aman.
Bagi tujuan melancar mobilisasi yang
ampuh, satu rapat Kemuncak mengira detik #KL112 akan diadakan bagi
tujuan menimbulkan mood ‘pesta tuntutan rakyat’ dan memberikan
pengarahan terakhir agar himpunan majoriti peserta himpunan memahami
pengarahan untuk esoknya dan menjamin kelicinan dan kejayaan himpunan.
Dengan ini diumumkan ;
RAPAT KEMUNCAK MENGIRA DETIK #KL112
11 Januari 2013
8.40 malam (acara bermula 5 petang)
Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur
11 Januari 2013
8.40 malam (acara bermula 5 petang)
Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur
Selaku penganjur SAMM dan SMM sudah
mendapat persetujuan jawatankuasa induk Hari Kebangkitan Rakyat yang
akan turut menjadi penganjur bersama. Selain persembahan dan penampilan
ramai pimpinan pemuda, akan muncul juga pimpinan utama PR seperti DS
Anwar Ibrahim, Tuan Hj Md Sabu turut akan dijemput TG Hj Hadi, TG Nik
Aziz, Lim Guan Eng dan lain-lain pimpinan. Nantikan juga penampilan
istimewa Ustaz Azhar Idrus pada program kuliah di sebelah petang.
Selain itu program akan bermula sejak
petang akan ditampilkan rakyat tertindas yang akan muncul menyuarakan
masalah mereka sendiri selaku suri rumah, pekerja kilang, pemandu teksi,
pekerja swasta, mahasiswa, penganggur, profesional muda dan ramai lagi.
Ini akan menjadikan rapat memuncak mengira detik #KL112 ini benar –
benar pentas rakyat yang memulakan mood pesta tuntutan rakyat.
Rapat mengira detik ini juga akan
menjadi lapang sambutan bagi peserta himpunan yang datang dari luar
Kuala Lumpur yang dinasihatkan datang awal untuk mengelakkan kesesakan.
Sekian,
Adam AdliYasir Sheikh Abd Rahman
Pengarah Bersama
Jelajah Mobilisasi ke Arah 1 juta #KL112
TIPS - Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 ~ Gedung rakyat
TIPS Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112)
Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112) pada 12 Januari 2013
di Stadium Merdeka, KL adalah demonstrasi
untuk menunjukkan rasa tidakpuas hati terhadap kerajaan Malaysia. Anda boleh menyertainya sekiranya mempunyai sebab-sebab berikut:
-
a) BERSIH, untuk pilihanraya
yang bersih dan adil, T-SHIRT KUNING.
b) ROYALTI, untuk menuntut Royalti Petroleum bagi negeri-negeri
pengeluar hasil petroleum, T-SHIRT MERAH (Kelantan) dan HITAM (Terengganu).
c) ANTI-LYNAS, untuk menghalang pembinaan
loji nadir bumi di
Gebeng, Kuantan . T-SHIRT HIJAU.
d) ANTI FELDA GLOBAL VENTURES/ Himpunan Oren, bantahan penyenaraian
FGV. T-SHIRT OREN.
Mana-mana pilihan warna t-shirt yang anda pakai, diingatkan
bahawa kita berada
di sana dalam keadaan aman dan
hanya untuk menunjukkan
bantahan. Jika anda
menyertai #KL112 di
Stadium Merdeka dan di kawasan sekitarnya, sila bersedia bagi sebarang kemungkinan yang buruk dan kita
harapkan yang terbaik untuk semua. Sila bersedia untuk pemeriksaan badan di stesen
pengangkutan awam, sekatan jalan,
penangkapan atau dipukul oleh polis atau DBKL,
gas pemedih mata, pancutan air, kegagalan rangkaian telekomunikasi
(telefon bimbit), penutupan sistem
pengangkutan awam, penutupan jalan
dan sebagainya. Harapan
saya adalah bahawa semua akan berada dalam situasi yang aman dan dalam semangat yang
membara dan tidak
seorang pun daripada kita yang akan
ditangkap. Saya sudah bersedia kerana saya telah
menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 dan 3.0
Sekiranya saya terlepas apa-apa, sila tambah apa yang difikirkan perlu.
Sebarang persoalan, boleh berhubung dengan lebih lanjut.
APA YANG PERLU DI BAWA
• Kad Pengenalan.
• Wang Tunai - antara RM50 hingga RM100.
• Garam dalam paket kecil - untuk meneutralkan kesan
gas pemedih mata dan untuk mengelakkan diri anda dari kesesakan nafas. Jika tiada, jangan khuatir ramai yang akan berkongsi dengan anda.
• Tuala atau kain
- dalam kes disembur dengan bahan kimia.
• Pen dan Buku
Nota - untuk mencatat nama anggota polis dan
nombor ID, dan soalan yang ditanya
oleh pihak polis jika ditangkap. (Semasa BERSIH
3.0 tag nama mereka
dibuang).
• Kamera, Kamera Video, Telefon Pintar – disarankan
menggunakan bekas/sarung kalis air.
• Satu botol air minuman atau minuman isotonik. Tambahan
juga diperlukan untuk menyuci kesan bahan kimia dalam Meriam air (Water Cannon).
• Beberapa bar coklat - untuk membekalkan
tenaga.
• Keperluan perubatan peribadi - inhaler,
ubat kencing manis, dan lain-lain ubat insulin.
Walau bagaimanapun jika anda tidak sihat, disarankan tidak
menyertai perhimpunan ini.
• Beberapa bantuan asas seperti plaster.
• Bawalah beberapa belon yang
berkaitan untuk mewujudkan suasana karnival.
APA YANG TIDAK PERLU DIBAWA
• Barang Kemas - Tinggalkan Jam Rolex (Jam yang berharga) dan barang kemas berharga anda di rumah.
• Wallet atau dompet - gulungkan wang anda dan IC anda dengan getah dan simpan di dalam poket depan anda.
• Objek tajam atau berbahaya (seperti pisau, parang, pistol dll)
APA YANG ANDA PERLU PAKAI
• Topi, untuk menghalang pancaran sinaran matahari.
• Sunglasses / Cermin mata gelap (Rayban).
• T-shirt warna pilihan anda (Kuning, Hijau, Oren, Hitam, Merah).
• Kasut Sport sebaik-baiknya.

APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN
• Maklumkan kepada seseorang yang terdekat yang anda akan menyertai Himpunan #KL112 - ahli keluarga atau rakan-rakan.
• Jika Stadium Merdeka penuh (Kapasiti Stadium hanya muat 30,000 orang sahaja), anda boleh memenuhi sepanjang jalan ke stadium.
• Gunakan pengangkutan awam seperti bas, keretapi, LRT, monorel kerana kemungkinan jalan ke kawasan perhimpunan #KL112 telah ditutup. Jika anda memandu, anda mungkin perlu untuk berjalan 2 kilometer atau lebih (lebih menyusahkan anda sahaja).
• Berpakat dengan kawan-kawan ke himpunan #KL112 dengan menaiki bas, keretapi, LRT, monorel: kerja berpasukan mungkin diperlukan untuk sebarang bantuan dan tips.
• Pergi dalam satu kumpulan. Tentukan titik pertemuan yang dikenali jika anda sesat. Talian telefon mudah alih mungkin akan tergendala. Yang terbaik adalah untuk kekal berkumpulan.
• Ikut arahan; mengenalpasti ketua anda, seperti Unit Amal PAS yang baju lengan panjang merah.
• Jangan berlari. Saya mendapat tip ini daripada seorang anggota polis. Saya berlari-lari ketika untuk mengambil gambar dan seorang polis menegur saya yang risiko ditangkap adalah rendah jika anda hanya berjalan.
• Jauhi dari FRU. Akan ada sekumpulan orang-orang yang akan melambatkan pergerakan FRU. Sila jauhkan diri.
• Anggarkan jarak yang baik antara diri anda dan gas pemedih mata FRU.
• Trak FRU akan bergerak perlahan-lahan supaya anda mempunyai masa untuk mengelakkan meriam air. Sesetengah orang hanya suka disembur tetapi saya cuba menjauhkan diri.

APA YANG ANDA TIDAK PERLU LAKUKAN
• JANGAN membuat provokasi terhadapPOLIS atau DBKL atau lebih teruk lagi FRU ...
• Perkara terburuk yang boleh berlaku ialah anda mungkin ditangkap. Peguam sudah bersedia di balai polis untuk membantu anda.
• Anda boleh dipukul semasa proses tersebut. Yang terbaik ELAKKAN diri anda ditangkap.
• Jangan membuang sampah merata-rata.

Belum ada Baju??? boleh dapatkan dari GEDUNG RAKYAT....
SUMBER : GEDUNG RAKYAT
1 comments:
Suara rakyat perlu diperhatikan kunjungan juga ke blog saya www.goocap.com
Post a Comment