Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Wednesday, November 12, 2008

Eksklusif: Kementerian Pelajaran Akan Buat Siasatan Video Klip Sajak Kematian Di Sekolah !!


Video Kontroversi: Sajak Kematian Yang Hangat Diperkatakan
[Video Ini Kini Menjadi Perhatian Kementerian Pelajaran Malaysia]

SUMBER : PahangDaily

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan mengadakan siasatan berhubung penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah-sekolah, seperti yang dilaporkan oleh media sebelum ini. Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau sama sekali tidak bersetuju dengan kaedah penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah memandangkan ia tidak sesuai dengan tahap umur pelajar yang masih terlalu muda. "Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai isu itu selepas merasmikan Program Pertukaran Pelajar ASEAN (ASEP) 2008 di Sekolah Sultan Alam Shah di sini hari ini.

Laporan media sebelum ini memaparkan penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah, yang antara lain memaparkan babak seksaan kubur selepas jenazah dikebumikan. Penggunaan klip video ini menimbulkan bantahan daripada sebilangan ibu bapa kerana dikhuatiri akan menjejaskan akidah apabila klip video itu turut memaparkan gambaran yang berlaku di alam ghaib. Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata kadar yuran pada penggal persekolahan tahun depan dijamin tidak akan menimbulkan sebarang masalah, sebagaimana yang berlaku pada penggal persekolahan lalu. Sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh beliau sendiri akan meneliti semua perkara berkaitan penggal persekolahan baru tahun depan termasuk isu yuran, jadual waktu dan perkara berkaitan yang diumumkan kelak. "Saya yakin tidak akan timbul masalah dan yuran tambahan, ia bukan suatu yang wajib sebaliknya ada kaitan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). "Sebelum ini yang timbul adalah berpunca daripada salah tanggapan dan kita sudah berbincang dan menyelesaikan masalah tersebut," katanya.

[Terkadang, kita naik hairan dengan isu ini. Perkara yang baik dan sepatutnya menjadi sambutan dianggap sesuatu yang tidak wajar. Soalnya, siapakah yang berkata begitu?. Melihat paparan di media arus perdana semalam, ternyata ibubapa yang mahu video tersebut diharamkan itu adalah terdiri dari kalangan mereka yang "jahil agama". Jelas sekali pandangan daripada seorang ibu yang tidak menutup aurat dan suaminya yang "converted to Islam" bermakna memang wajarlah mereka menolak perkara ini. Mungkin, bagi manusia seperti ini mereka tidak gemar anaknya menjadi baik dan berakhlak mulia sebab itu bertentangan dengan amalan hidup mereka sendiri. Ustaz Zawawi seorang pendakwah bebas turut menegaskan bahawa tayangan video itu adalah satu cara yang paling berkesan untuk mendidik jiwa anak-anak. Jika dulu pelajaran seperti ini hanya diajar secara teori semata-mata, dan kini dengan kecanggihan teknologi maklumat maka ia sesuai ditayangkan menerusi video. Ini akan memberi kesan yang amat mendalam kepada jiwa anak-anak kita. Inilah yang terbaik sebenarnya. Siapa yang tidak mahu anak-anak jadi baik?].

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats