Cerpen karya bekas pengarang kanan Utusan Malaysia, yang menggambarkan seorang wakil rakyat wanita mati ditembak di atas pentas, kini bergelut dengan kontroversi selepas dikaitkan dengan Teresa Kok.![]() Tokoh utama DAP Lim Kit Siang semalam membidas pengarangnya dan akhbar berkenaan berhubung perkara itu dalam ucapannya di Dewan Rakyat semalam. "Saya bertanya, apakah reaksi wakil-wakil rakyat Umno dan BN jika perdana menteri atau timbalannya menjadi sasaran seumpama Teresa dalam satu cerpen tidak bertanggungjawab seperti karya Chamil," kata ahli parlimen Ipoh Timur di blognya. ![]() Cerpen 'Politik baru YB J' mengisahkan perjalanan ahli parlimen Alam Maya, Josephine menghadiri dialog dengan “generasi muda seketurunan dengannya yang yang pernah mempersendakan lagu Negaraku sewaktu menuntut di luar negara”. Dalam perjalanan itu, beliau yang lebih dikenali sebagai YB J kelihatan “resah”, “gelisah” dan “seolah-olah tidak menentu” tidak seperti selalu. Pada masa itu, Josephine dilihat pro-Cina dan tidak mewakili pelbagai kaum, terutamanya oleh POM, antaranya kerana mahu menghapuskan tulisan jawi dan menggantikannya dengan tulisan Cina. Bagaimanapun, menurut Josephine, beliau sekadar memperjuangkan kepentingannya, sama seperti pemimpin Melayu dalam POM dan pemimpin Parti Orang Islam (POI) berjuang untuk bangsa mereka. Dalam pilihanraya lalu, ahli politik lantang yang mendukung Gagasan Baru Politik Baru turut mendapat sokongan Melayu di kawasannya. Tiba di tempat yang dituju, ketika menuju ke rostrum, seorang daripada 500 hadirin menghala kepadanya. Tanpa berkata apa-apa, dia mengeluarkan sepucuk pistol dan menembak YB J. Anak muda itu mati ditembak balas. Sewaktu pemeriksaan mayat dibuat, terselit sehelai nota berbunyi: "YB Josephine adalah ancaman terhadap keharmonian. Lebih baik riwayatnya ditamatkan supaya masyarakat berbilang kaum boleh tinggal aman damai di negara bertuah ini. Saya berkorban untuk masa depan." |
- Malaysiakini
AR: Sebab apa lah Malaysia nih sudah berani nak buat cerpen bunuh membunuh nih..... Almaklumlah.... Bakal PM Malaysia pun dikatakan terlibat dengan kes pembunuhan, jadi, semua berani!!!!
0 comments:
Post a Comment