Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Thursday, January 08, 2009

SPR: Antara kuasa dan inisiatif

Oleh : Profesor Dr. Abdul Aziz Bari



 Saya berasa lucu apabila bekas Pengerusi Suruhan jaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri A. Rashid A. Rahman pada 30 Disember lalu mengugut hendak menyaman ahli-ahli Parlimen pembangkang yang didakwanya memfitnah dan memalukan dirinya. Dalam keghairahan Rashid menggertak ‘musuh-musuhnya’ beliau tanpa disedari mempamerkan kejahilannya sendiri. Ini amat menjengkelkan kerana beliau kelihatan bangga kerana telah bersama SPR selama 25 tahun. Ini dengan sendirinya memaparkan satu kegagalan; khususnya dalam memahami objetif dan kandungan undang-undang pilihan raya.

Sebagai seorang penjawat awam, lebih-lebih lagi SPR yang merupakan ‘pengadil’ kepada parti-parti politik, Rashid sepatutnya lebih terbuka dan bersedia menerima kritikan, termasuk yang agak keras. Saya fikir parti-parti politik, baik BN atau PR tidak akan saja-saja mengarut dan mencari fasal atau publisiti murahan kerana semua akan memberi kesan negatif kepada populariti mereka. Sebab itu saya tidak faham dengan gelagat Rashid, meskipun itu bukanlah kali pertama beliau berkelakuan begitu.

Gertakan Rashid hendak membengkapkan ahli-ahli Parlimen supaya mereka kehilangan kerusi di bawah Perkara 48 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan tidak masuk akal. Ini kerana amaun ganti rugi dan sebagainya ialah kerja hakim, Rashid tidak boleh menentukannya. Itu pun kalau beliau menang dan mereka gagal membayarnya. Sekarang kita belum tahu sama ada beliau ada kes yang baik atau tidak. Silap-silap mungkin Rashid sendiri yang tewas dan terpaksa membayar kos guaman ahli-ahli Perlimen itu!

Saya tidak pasti Rashid boleh menang kalau dia menyaman atas alasan ahli-ahli Parlimen itu memfitnahnya, Ini kerana sebagai seorang yang mengendalikan Pilihanraya sudah pasti ada hal-hal yang menimbulkan syak dan keraguan kepada integriti dan kebebasan beliau. Apa lagi dalam keadaan dia begitu banyak membuat kenyataan dan tindakan aneh termasuk membatalkan penggunaan dakwat hitam tiga hari sebelum Pilihan Raya Umum Ke 12 pada 8 Mac lalu.

Alasan Perlembagaan yang disebut Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak begitu menyakinkan. Selepas itu kerajaan mengakui bahawa ia tidak mempunyai bukti kukuh untuk membatalkan penggunaan dakwat yang dibeli dengan harga RM2.2 juta itu. Bukan sahaja parti-parti penbangkang, BN sendiri pun mempersoalkan keputusan membatalkan penggunaan dakwat itu.

Rashid turut menyatakan yang beliau mahu berbincang dengan kerajaan perlunya SPR mempunyai autonomi dan kebebasan. Ini juga lucu kerana ia mengesahkan dakwaan pembangkang. Dengan sendirinya Rashid telah menempelak dakwaan BN. Apa pun yang Rashid katakan itu semuanya tidak perlu kerana Perlembagaan sudah menyediakan prasarana yang cukup. Perlembagaan melalui Perkara 113 (1) dan (2) menjelasklan apakah fungsi-fungsi SPR. Ia juga secara umum membayangkan apakah kuasa-kuasa yang patut dan wajar dimilki oleh suruhanjaya. Adalah tidak mungkin untuk menyenaraikan kesemuanya. Peruntukan itu juga membayangkan apakah inisiatif yang perlu SPR buat. Mendengar apa yang dikatakannya jelas Rashid sendiri tidak faham kedudukan dan peranan SPR. Dan apabila beliau mahu mengemisnya dari kerajaan sahlah bahawa beliau memang tidak mahu faham. Adalah tidak logik untuk kerajaan sebagai salah satu pihak berkepentingan bersetuju dengan apa diminta oleh Rashid.

Dalam sejarah negara Pengerusi yang terbaik dikatakan Tan Sri Mustafa Albakri. Dan kita perlu ingat bahawa ketika itu negara dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman, seorang Perdana Menteri yang dikira paling liberal. Pada pendapat saya Rashid bukan sahaja tidak dapat menyaingi tokoh itu, malah mungkin berada di dalam senarai paling bawah. Sebagai warganegara dan pembayar cukai saya berhak membuat penilaian ini dan Rashid tidak ada alasan untuk menyaman saya!

Blog Stats