Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Tuesday, September 16, 2008

MUKTAMAD : Zaid Letak Jawatan Dalam Kabinet Dolah!!!

Sep 16, 08 11:21am

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim tetap dengan keputusannya untuk meletak jawatan selepas gagal meyakinkan kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan dalam sistem undang-undang.

Tetapi, katanya, keputusan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan tiga individu Jumaat lalu, merupakan tindakan yang tidak boleh diterimanya langsung.


“Saya tidak letih. Saya hanya kecewa. Keputusan saya kekal. Saya akan letak jawatan,” katanya dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya pagi ini.

Zaid berkata, beliau gagal untuk meyakinkan mereka yang berkuasa untuk melaksanakan perubahan tentang bagaimana kerajaan perlu melangkah ke hadapan.

Menurutnya lagi, beliau tidak membuat sebarang keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.

Zaid berkata, beliau mahu bersikap terbuka mengenainya.

Beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya semalam, sehari selepas beliau membidas kerajaan kerana menahan tiga individu di bawah ISA.

Mereka ialah ahli Parlimen DAP, Teresa Kok; pemblog Raja Petra Kamarudin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng atas dakwaan mengancam keselamatan negara, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, semalam, Perdana Menteri, Datu Seri Abdullah Ahmad Badawi telah meminta Zaid supaya bercuti dua minggu dan memikirkan semula keputusannya itu.

Bekas ahli parlimen Kota Bharu itu telah dilantik sebagai senator dan dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri yang dipertanggungjawab menjaga hal ehwal undang-undang dalam rombakan kabinet selepas pilihanraya umum Mac lalu.

Pelantikan beliau disambut baik oleh banyak pihak yang melihatnya sebagai satu usaha perdana menteri untuk melaksanakan pembaharuan dalam bidang kehakiman.

Bagaimanapun, Zaid kesal kerana penahanan di bawah ISA itu telah memberi tamparan kepada usaha-usahanya sejak enam bulan lalu untuk memulihkan bidang kehakiman.

Beliau juga mengakui bahawa pandangannya mengenai perkara-perkara tertentu tidak dapat diterima oleh rakan-rakannya dalam kabinet.

Reaksi Majlis Peguam

Dalam reaksinya, Majlis Peguam memuji tindakan Zaid berpegang pada prinsipnya, tetapi ia bimbang keputusan beliau meletak jawatan itu akan menjejaskan usaha-usaha untuk membawa pembaharuan dalam bidang perundangan dan kehakiman.

"Ia adalah satu perkara yang betul untuk dilakukan. Ia menjadi contoh apa yang harus dilakukan oleh ahli-ahli politik demi kepentingan rakyat yang membabitkan isu dan prinsip pokok,” kata Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan dalam satu kenyataan.

"Hanya kita kesal kerana proses pembaharuan perundangan dan kehakiman yang dilaksanakan oleh menteri berkenaan akan terjejas,” tambahnya.

Ambiga berkata, majlis itu sedar bahawa proses pembaharuan tersebut mendapat tentangan dari banyak pihak.

"Kita kesal kerana ia (pembaharuan itu) mungkin terhenti bagi tempoh yang tidak dapat dipastikan,” katanya.


AR: Tahniah Zaid!!!!

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats