Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Tuesday, December 02, 2008

PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU - Tok Mun masih minat bertanding ~ ref malaysiakini


Nak tergelak ada nak tergolek pun ada bila aku dengar apa yang keluar kat Utusan..... ha3........

Tok Mun masih minat bertanding

KUALA TERENGGANU 1 Dis. - Bekas calon bebas Parlimen Kuala Terengganu yang mencuri tumpuan pada pilihan raya lepas, Maimun Yusof , 89, melahirkan minatnya untuk bertanding bagi merebut kerusi itu pada pilihan kecil yang akan diadakan nanti.

Bagaimanapun, hasratnya itu akan diteruskan sekiranya ada pihak yang mahu menaja wang deposit berjumlah RM10,000 bagi melayakkan dirinya bertanding sebagai calon pilihan raya kecil itu.

Maimun yang lebih mesra dengan panggilan Tok Mun berkata, beliau masih menyimpan hasrat untuk bertanding, namun tidak mempunyai wang berkenaan untuk berbuat demikian.

‘‘Tok berminat lagi bertanding, tapi tok tak ada pitih (wang) dah. Banyak pitih tok habis masa bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu. Sekarang ini pun, tok tak ada pendapatan tetap untuk sara diri tok. Tok hanya meniaga kain secara kecil-kecilan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Jalan Pasir Panjang di sini hari ini.

Apa yang paling lawak, tok mun kata dia dah takder pitih doh....... maknanya, kalau dia bertanding lagi, ada jugak yang bagi duit kat dia.... ha3.... gollek aku baca!!!!

lagi nak tergoleknya, tok mun nih bukan calang2 orangnya, ada blog sendiri dan ada face book..... hak3.....

Face Book Tok Mun boleh dilihat di [SINI].

Blog Tok Mun boleh dilihat di [SINI].



3 comments:

Anonymous said...

salam tuan anak reformasi

bukan nak menegur..tapi...kenapa tuan gelakkan niat tok mun?....salah ke niat dia? tak layak ke dia?sapa tau dia ada sesuatu yang kita terlepas pandang....yang mungkin mampu memakmurkan dan memasyurkan tganu

Anak Reformasi said...

Maaflah tukang sapu.....

Sebab apa? Politik Malaysia yang teruk camnih..... sebab tuh, aku gelak.

Tok Mun nih dipermainkan oleh SPR, sebab apa SPR mengizinkan beliau bertanding sekiranya wang pertaruhan RM10,000 tuh daripada duit Tok Mun, lihatlah kehidupan Tok Mun yang serba dhaif.....

Tak menyeksakan Tok Mun ke? Namun, Tok Mun berjaya masuk Malaysian Book of Record sebagai calon tertua di Malaysia.

Inilah Malaysia......

tepet said...

ooo ok gelakkan spr den setuju... hik hik hik memang la tak patut ...tapi dah Tok Mun yang nak sangat takkan nak larang..kecik hati orang tua tu...den kalau jutawan...den memang sanggup sponser...

Post a Comment

Blog Stats