Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Saturday, October 11, 2008

Shah Rukh Khan Dianugerah Gelaran Datuk


MELAKA: Artis Bollywood Shah Rukh Khan, akan dianugerahkan darjah kebesaran negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob ke-70 hari ini.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Saadon Basirun berkata Shah Rukh Khan akan dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM).

Istiadat penganugerahan berkenaan yang turut melibatkan 758 penerima darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka akan berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini dan Ahad.

"Penganugerahan darjah kepada Shah Rukh Khan akan diadakan pada majlis lain yang tarikhnya akan ditetapkan kemudian," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Shah Rukh Khan adalah antara 77 penerima yang dianugerahkan DMSM.

Saadon berkata anugerah darjah berkenaan kepada Shah Rukh Khan adalah bagi menghargai sumbangan artis itu terhadap industri hiburan peringkat antarabangsa.

"Shah Rukh Khan juga memberi sumbangan terhadap industri pelancongan negara ini apabila beliau datang ke Malaysia bagi menghasilkan filem lakonannya," katanya.

Beliau berkata artis tempatan yang dianugerahkan Darjah Seri Melaka (DSM) tanpa gelaran ialah penyanyi lagu Melayu Asli Goh Eng Boon yang lebih dikenali sebagai Andre Goh, pelawak Jantan Osman yang juga dikenali sebagai Ali Mamak dan penyanyi era 60an, Mariam Ahmad.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri Melaka, Daud Awang dan Pengurus Nanyang Siang Pau dianugerahkan DSM.

Wartawan sambilan akhbar Melaka Hari Ini (MHI), Jaafar Neemat dianugerahkan Jaksa Pendamai (JP) manakala Yang Dipertua Kelab Media Massa Melaka Sha'rin Sahad, ketua wartawan The Star R.Letchumanan dan Pengurus Bilik Berita TV9 Mohd Lokman Hamidi, dianugerahkan Bintang Cemerlang Melaka (BCM).

Penyunting MHI Md Yusof Mohamed pula dianugerahkan Bintang Khidmat Terpuji (BKT) manakala jurugambar The Star A. Malek Yahya, wartawan TV9 Mohamed Raffi Bachik dan wartawan China Press Monica Tay Sookeen, dianugerahkan Pingat Jaksa Pendamai (PJK).

- mSTAR


AR: Ali Rustam???? Apa ko buat nih??? apa2pun.... ikut ko lah..... Anugerah DATUK tuh hanya mainan UMNO saja...... takder makna apa2pun!!!

1 comments:

CERITA BONUS CNI said...

entahlah...

Post a Comment

Blog Stats