‘Histeria’, adalah filem arus perdana pertama arahan James Lee terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB). Ia dikatakan sebuah filem seram yang bersifat lebih universal. James Lee adalah pengarah ‘Indie’ terkenal dengan hasil sentuhan seperti “Beautiful Washing Machine” dan “Before We Fall In Love Again” yang telah memenangi anugerah Filem Cereka Terbaik Asean pada Festival Filem Antarabangsa Bangkok 2005. Pertemuan James Lee dan Gayatri Su-lin Pillai, Pengurus Besar TUSB lima (5) tahun lalu di Festival Pasaran Filem Hong Kong telah menghasilkan Histeria yang berkonsep "rentas budaya". Setelah menjelajah ke Festival Filem Antarabangsa Singapura dan Festival Filem Antarabangsa Bangkok 2008, Histeria telah mendapat banyak kata pujian dari pengkritik pengkritik filem antarabangsa. Dengan kos pembikinan sebanyak RM 1.4 juta, Histeria boleh dikategorikan sebagai sebuah filem seram versi Hollywood yang amat popular di era 80an seperti ‘Evil Dead’ dan ‘Friday 13th’. Filem bercorak sebegini mengandungi banyak elemen seram tetapi ringkas dan mudah difahami. Selain menerapkan “Asian twist” dengan acuan dan unsur mistik Melayu popular; “Hantu Raya”, James turut menggunakan pencahayaan yang kurang bagi memberangsangkan mood filem ini.
Kemunculan Histeria sebagai sebuah filem seram yang diberi sentuhan berbeza dalam konteks lebih segar dengan nafas seram versi Hollywood akan menemui peminat layar perak di 47 buah pawagam seluruh Malaysia bermula 18 Disember 2008 lalu. Selain itu, lagu tema filem Histeria nyanyian Nadia AF6 hasil gubahan Nur Zaidi Abd Rahman kini telah mula berkumandang di stesen stesen radio tempatan. Bagi menghangatkan aktiviti promosi filem Histeria, barisan pelakon seperti Liyana Jasmay, Scha, Ainul Aishah, Talya, Adiputra, Vanida Imran dan lain lain akan menemui peminat melalui beberapa siri jelajah di beberapa negeri terpilih Semenanjung Malaysia. ‘Histeria’ adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah sekolah terpencil. Enam orang pelajar nakal iaitu Alissa, Tini, Marina, Murni, Junita dan Kerek yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘The Pink Ladies’, berpura-pura terkena histeria hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain, apabila mereka berenam dikenakan denda membersihkan kawasan sekolah selama seminggu ketika cuti semester. Kehadiran Zeta untuk memastikan mereka menyelesaikan denda secara tiba-tiba dalam kumpulan tersebut juga menjadi tandatanya. Kejadian demi kejadian yang misteri dan menakutkan dialami oleh mereka semua. Ianya bermula selepas Junita mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya. Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang dibunuh secara kejam.
Melihat kepada perjalanan plot ceritanya, nampak filem ini sememangnya ada kekuatannya tersendiri. Namun kami amat terkejut dengan watak lesbian yang dipaparkan dalam cerita itu. Soalnya apakah kerajaan Islam Hadhari sudah "buta mata" untuk melihat senario yang berlaku ini. Kenapa adengan sebegini boleh terlepas oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM)?. Apa yang mereka tapis sebenarnya, atau sengaja ingin mencari populariti. Kami difahamkan, sebelum ini LPFM bukan main lantang mengkritik mana-mana filem yang memaparkan unsur lucah dan berbaur seks. Malahan ahli parlimen BN sendiri bukan main lantang mengkritik filem-filem berkenaan di Dewan Rakyat seperti filem pendek "comolot" yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini. Apakah motif adengan Lesbian dipaparkan dalam filem "Histeria" ini. Mungkinkah ini bermakna, kerajaan menggalakkan adengan seperti itu berlaku dikalangan rakyat Malaysia?. Sebenarnya adengan seperti ini lesbian, gay dan sebagainya memang sudah menjadi satu trend baru dalam masyarakat Islam di negara kita. Ini membuktikan bahawa Islam Hadhari telah gagal dan ternyata satu retorik politik semata-mata.
[PDO mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat yang dikenali sebagai Tok Iskandar atas info ini. Segala maklumat dan kerjasama didahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Semoga dengan pendedahan yang dilakukan ini ianya dapat membuka mata dan telinga kerajaan agar lebih peka dengan sensitiviti rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu yang beragama Islam. Unsur Lesbian ini sebenarnya memang satu fenomena yang berlaku di mana-mana asrama, kolej dan kediaman yang menempatkan 100% pelajar atau pekerja perempuan di dalammnya. Ia adalah satu bukti jelas bahawa Islam Hadhari gagal untuk membawa apa-apa perubahan dan kesedaran kepada rakyat Malaysia selama ini. Justeru itu kerajaan UMNO dan BN harus menerima konsep Islam yang asal dan tidak mereka cipta Islam Baru yang dinamakan Islam Hadhari untuk merosakkan minda umat Islam].
0 comments:
Post a Comment