Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Sunday, September 21, 2008

Dolah Badawi Hanya Ada 2 Pilihan

Semenjak tarikh 16 September 2008, kedudukan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri semakin hari semakin rapuh dan ianya seakan-akan menjadi mimpi ngeri beliau. Saban hari, iaitu selepas 16 September 2008, permohonan daripada pimpinan Patan Rakyat untuk bertemu Abdullah bagi membincangkan soal peralihan kuasa semakin menjadi-jadi walaupun Abdullah dengan kuasa 'veto'nya menolak permohonan mereka.

Pada peringkat klimaks inilah tatkala Dolah badawi menolak 2 permintaan yang telah diajukan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat cuba mencari jalan terakhir iaitu memohon perkenan daripada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan untuk meluluskan permohonan diadakan Sidang Parlimen Tergempar bagi menentukan kedudukan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

Mungkin esok atau lusa, perkembangan baik akan berlaku terhadap situasi pasca tragedi 916 ini dalam menentukan hala tuju Malaysia yang lebih baik. Namun begitu, Dolah Badawi tetap dalam keadaan yang boleh dikatakan kritikal bersama anak dan menantu serta kroni2nya dalam UMNO. Dolah Badawi lupa sebentar hari itu, bukan beliau yang mempunyai kuasa 'veto' sepenuhnya di Malaysia ini, tetapi Majlis Raja-raja Melayu!!!

Detik demi detik berlalu kini diumpamakan satu tekanan terhadap Dolah badawi sehingga beliau mempunyai 2 pilihan sahaja untuk masa depan beliau....


1) Meneruskan Kekuasaan UMNO Dan Tidak Melayan Desakan Pakatan Rakyat.

Dalam kes pertama ini, Dolah Badawi kemungkinan akan menyerahkan takhta Perdana Menteri kepada penggantinya, Najib Mongolia. Namun, pilihan yang ada pada Dolah Badawi ini masih memihak kepada mengekalkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri sehingga tahun 2010 dan memberi ganjaran kepada semua ahli-ahli parlimen di dalam Parti Barisan Nasional di samping memancing ahli-ahli parlimen dalam Pakatan Rakyat.

Namun, ianya tidak semudah yang Dolah Badawi sangkakan, tidak semua manusia di dalam dunia ini sepertimu Dolah Badawi, hanya gelap dengan wang ringgit dan kuasa!!! Apa yang kebanyakan manusia cari adalah kebahagiaan hidup!!! Dan sememangnya wang dan kuasa tidak semestinya menjadi satu kebahagiaan hidup kepada orang yang baik!


2) Bersedia Untuk Peralihan Kuasa Kepada Pakatan Rakyat

Disebabkan tekanan dan cubaan daripada Pakatan Rakyat dalam usaha mengambil alih teraju pemerintahan di Malaysia semakin jelas lagi nyata dan ianya memang sudah lama dihidu oleh Dolah Badai ini..... Dolah Badawi berusaha melarikan Ahli-ahli parlimen Barisan Nasional demi menggagalkan usaha Pakatan Rakyat dan pelbagai strategi dilakukan, namun, apa yang pasti, Sampai Bila??? Sampai Bila harus diperlakukan sedemikian rupa??? Sampai bila Dolah Badawi tidak boleh tidur lena di semua tempat, apatah lagi nak terlena di mesyuarat???

GAMBAR ADALAH HIASAN- MENURUT SUMBER, GAMBAR NIH ADALAH GAMBAR PENGHAPUSAN FAIL DI PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR OLEH KHIR TOYO DAN KRONI2 MEREKA!!!!

Strategi ini lah yang kekadang ditutupi si Dolah Badawi tanpa diketahui umum, Dolah Badawi sedang berusaha menghapuskan fail-fail skandal beliau yang boleh menghancurkan masa depan beliau, anak, menantu dan juga kroni. Dolah Badawi ternyata menyedari hakikat sebenar, tampuk pemerintahan beliau sudah tidak lama, sudah tidak sampai sebulan dahhh.... Jadi, inilah sebenarnya pilihan Dolah Badawi, iaitu menghapuskan fail-fail skandal beliau untuk menjaga masa depan hidup beliau supaya lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.....

Tapi, Dolah Badawi mungkin lupa pepatah orang-orang tua nih....

"Sepandai-pandai Tupai Melompat, Akhirnya Jatuh Ke Tanah Jua!!!"


KESIMPULAN

Walaupun kedua-dua pilihan ini dipilih Dolah Badawi, apa yang pasti kedua-duanya saling memerangkapi beliau.... Begitulah nasib seorang perompak dan sepatutnya digelar penjenayah, sentiasa tiada nur kebahagiaan hidup walaupun harta berbillion-billion ringgit. Kesalahan sering menghantui hidup mereka..... Nak melompat masuk bersama kem Anwar pun segan.... akhirnya si tupai ini akan jatuh ke tanah jua!!!

- Anak Reformasi

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats