Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Showing posts with label OPS Lalang. Show all posts
Showing posts with label OPS Lalang. Show all posts

Tuesday, September 23, 2008

Raja Petra akan dihantar ke Kamunting

Menurut peguamnya, Raja Petra Kamaruddin akan dihantar ke Kem Tahanan Kamunting hari ini untuk menjalani tahanan selama dua tahun bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menteri Dalam Negeri telah menandatangani perintah tahanannya malam tadi mengikut seksyen 8 akta tersebut, yang membolehkan beliau ditahan tanpa bicara.

Mengikut akta tersebut, perintah tahanan ke atas Raja Petra itu boleh disambung setiap dua tahun.Menurut peguamnya, pihak polis telah memaklumkan kepada mereka pagi ini bahawa Raja Petra akan dibawa ke Kamunting.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar hari ini permohonan habeas corpus yang difailkan oleh peguam Raja Petra untuk membatalkan penahanan blogger tersebut.

Habeas corpus adalah permohonan untuk membawa tahanan ke mahkamah untuk menentukan sama ada berlaku kecacatan dalam perintah tahanan tersebut dan menjadikannya tidak sah.

Isteri Raja Petra, Marina Abdullah mengesahkan bahawa polis telah memaklumkan kepadanya bahawa KDN telah mengeluarkan perintah tahanan tersebut semalam.

Raja Petra, 58, yang ditahan bersama dua orang lagi minggu lalu, kini ditahan di lokasi yang tidak diketahui.Dua orang lagi - wartawan kanan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, 33, dan exco kerajaan Selangor, Teresa Kok, 43 - telah dibebaskan.

Tan dibebaskan 18 jam selepas dia ditahan, manakala Teresa dibebaskan tujuh hari kemudiannya.Mengikut peguam J Chandra, Raja Petra ditahan kerana menyiarkan artikel dalam lamanwebnya yang mencemarkan kepimpinan negara dan menghina Islam.

Beliau sebelum ini telahpun dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghasut dan fitnah selepas mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.

- Malaysiakini

Monday, September 22, 2008

Teresa Dakwa Makanan Diberi 'Lebih Baik Sedikit Daripada Makanan Anjing'



SHAH ALAM 22 Sept. – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim hari ini mendakwa makanan yang diberikan kepadanya ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah `lebih baik sedikit daripada makanan anjing’.

Beliau menafikan pernah menyamakan makanan yang disediakan kepadanya ketika ditahan pada 12 hingga 19 September lalu 'seperti makanan anjing'.

Beliau menyalahkan Utusan Malaysia yang didakwanya memutarbelitkan kenyataannya berhubung perkara itu.

Utusan Malaysia sebelum ini hanya memetik kenyataan Teresa mengenai perkara tersebut daripada laman web Malaysiakini.

- Utusan.

AR: selepas aku lihat post Perisik Rakyat kat [SINI], aku pun dah kool dah, percaya ajerlah

Khir Toyo Nafi Terlibat Dalam Tangkapan Teresa


Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo menafikan beliau terlibat sehingga tertangkap ahli parlimen DAP Teresa Kok bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama seminggu.

Beliau juga menyatakan sama sekali tidak bersetuju dengan penahanan Teresa.

Dr Mohamad Khir, yang juga wakil rakyat Sungai Panjang, meminta isu azan - yang menjadi asas siasatan exco kanan kerajaan Selangor itu bawah akta kontroversi tersebut - diserahkan kepada polis untuk siasatan.

Beliau juga enggan mengulas pembebasan Teresa, Jumaat lalu.

- Malaysiakini

AR:
Khir Toyo???? hahahahaha, cuba tanya anak Toyo nih, siapa yang robohkan Masjid di Kampung berembang dulu... Nak tunjuk Islam konon???? blahlah Khir Toyo!!!!

UPKO cadang ISA dikaji semula


KOTA KINABALU: UPKO meminta kerajaan mengkaji semula kebekersanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Setiausaha Agungnnya Datuk Wilfred Madius Tangau hari ini berkata parti komponen Barisan Nasional itu merasakan ISA sepatutnya digunakan terhadap individu yang mengancam keselamatan negara seperti pengganas.

Beliau meminta kerajaan supaya memastikan akta itu tidak digunakan sewenang-wenangnya.

Tangau berkata beberapa individu telah ditahan mengikut ISA kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dalam pengeluaran kad pengenalan di Sabah beberapa tahun lepas tetapi tindakan itu tidak menunjukkan hasil berkesan.

"Ia sekadar menimbulkan kesulitan kepada individu yang berkenaan dan keluarga mereka," katanya. BERNAMA

- mSTAR

AR: Apa tunggu lagi, takyah cadang2.... hantar aje segerombolan rakyat bersama-sama pemimpin UPKO jumpa si DOLAH BADAWI!!! setakat cadang, cam bercakap dalam selimut ajelah jawabnya... dah tahu ISA selama ini, dulu, kini dan selama-lamanya diperkudakan UMNO!!!

Sunday, September 21, 2008

Makanan Si Miskin Dikatakan Makanan Anjing? - 'Terbalik'kan gambar Teresa Kok !!!!



Sejak 2 hari lalu, 'terasa' benor hati teman ! Terguris, terhiris dan tersinis. Pada mula hati teman gembira sangat-sangat. Iyer ler, teman pun numpang ngikut kenkawan bloggers lain menjerit dan menampei banner 'Mansuhkan ISA !' dan pembebasan 3 makhluk yang ditahan baru-baru ini. Teman ikhlas.

Membaca posting bakaq baru-baru ini menambah sebak dalam dada teman,
(..) makanan yang diberi kepada beliau seperti makanan anjing (lihat juga berita Malaysiakini "Kok tells of her seven days under ISA" dan "Dijamu 'seperti makanan anjing"). Saya pun tertanya-tanya, menatang apa tu? Teresa lalu menceritakan beliau diberikan nasi, telur rebus dan sepotong dua timun. Saya lalu teringat makanan yang diberikan ketika saya berada dalam lokap dahulu. Barangkali lebih sedikit dari tujuh lapan jemput nasi, ikan temenung (ikan kembung) separuh busuk yang digoreng (kat kampung saya dipanggil ikan medak) dan dua potong timun yang tua bangka dan sudah bersarang. Saya tak kisah sangat. Saya makan ja. Masa kecil-kecil dahulu, setelah pak kembali ke pangkuan Kekasihnya (s.w.t.) dan pendapatan mak pula teramat ciput, lebih kurang itulah makanan kami sekeluarga.."

Hati teman berkata, tak patut benor si 'teres' itu nyebut 'makanan anjing'. Patut ker yop! Takrif si 'teres' tentang hidangan anjing ini ialah 2 biji telor rebuih(rebus) berkuah kari gamaknyer !


Untung bebenorlah anjing-anjing si 'teres', dapat makan telur rebus dan mentimun. Mane ler kita tau kut anjing-anjing nya itu turut dibelikannya rumah teres 2 tingkat. Sah ler engko ni langsung tak pernah hidup susah, gini nak jadi pemimpin ? Org mcm nie bila bercakap kita bole hidu mulutnya yg berbau dari jauh lagi walaupun suara belum keluar ! Lu punya mulut manyak busukk maa !


Padan sangat muka kau !, kononnya pembela rakyat miskin, rakyat tertindas. Dia tak tau itulah makanan rakyat miskin. Apa rakyat miskin ni umpama ANJING ke. Pembela rakyat konon. Boleh Blah! - ini yang teman jumpa komen separuh keras dalam posting bakaq. Yang lagi keras bior ler kome pergi godek cari kat sana.

Bila teringat cakapnyer Siak Mail, aku jadi lagi sedih ! Sebenornya itulah makanan deme anak beranak,bila putus duit cuma bezanya lauk si 'teres' tu lebih lazat jika dibandingkan dengan telor rebus dengan kicap masin sebotoi RM1.20, yang jadi santapan mereka di rumah. Udah ler masin caiyor(cair) pulak tu ! Untung kau 'teres' dapat juga merasa 'kuah kari'.

Teman percaya sungguh, rata-rata orang melayu di kampung, memang itu ler hidangan mereka yang sering dijadikan alas perut anak bini, 'makanan anjing' lebih-lebih lagi sekarang di zaman rakyatnya kena 'rebus' kerana kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Elok benor ler bagi teman si 'teres' ni masuk lokap dan di tahan dulu, sekurangnya kita tahu juga betapa 'hancing' mulutnya bila dah keluar. Jangan harap lepaih ni hang nak dapat undi dari 'rakyat' marhaen yang makan 'makanan anjing', 'teres' oi! Jangan harap ! hang memang 'busuk' !

Teman pun marah sebenornya. Untuk memuaskan hati teman, teman pun cuba bertanya kepada jiran depan rumah teman, tentu ler dia seorang 'cina' tapi bukan ahli politik 'teres' macam teres tu, tapi seorang taukeh hypermarket paling besor di pusat bandar ni ! Dah nama pun jiran, tentu ler mesra labunnyer ! lebih-lebih lagi bila teman udah jualkan unit kedai teman yang teman beli dulu kepada dia, yang sekarang value hartanah itu udah mencanak RM500 ribu ! seronok sakan ler dia, tak sampai 3 tahun udah macam gitu nilai nyer, apa nak buat bukan rezeki teman, walaupun teman cuma dapat jual RM 355 ribu ajer, dah tolak hutang di bank ader ler 70% bersih tunai yang dapat, syukur Alhamdulillah ! Rezeki Allah bisik teman masa tu, yelah teman beli dulu baru RM185 ribu, tak rezeki namanyer ? kena tahu bersyukur.

Hallo ! waah..! tauke manyak rajin kasi makan itu 'jackie' aa! Lagi itu jackie sudah banyak besaq ! sapa teman dari pintu pagar rumah teman bila nengok dia tengah kalut bagi makan anjing peliharaannya. 3 ekor yop! NUTRIEDGE ! Itu yang teman nampak pek makanan si 'jackie' . Wow ! packaging makanan anjing ni lagi dasat jika nak banding dengan packaging kuih 'bahulu' kepunyaan makcik Hasnah, taukeh bahulu tersohor di Parit Buntaq ni! Untung kau jadi anjing! dapat makan makanan mahal !

Hari-hari mau kena bagi makan ini brand kaa taukeh ? soal teman. 1 minggu mau kasi kurang-kurang 4 kali makan maa. Ini anjing aa! ada kasi makan telor rebus kuah kari sama itu timun kaa taukeh! teman bertanya walaupun teman rasa soklan teman tu macam soklan bodoh jer! Tak kisahlah ! taukeh Tan bangun dan pandang muka teman. Mana boleh bagi anjing makan telor dengan timun maa! thieu na seng ! mana ada olang kasi ? Lagi itu kari manyak pedas loo ! Hang ada nampak ka, anjing ada makan itu makanan ? Itu olang makan loo ! Gua pun suka itu telor rebus, manyak syiookk..tenga masak punya, taruh sikit kicap, haiyaa..susah mau cakap ! Teman gelak kuat bila taukeh Tan ni pun suka makan makanan macam itu. Hahaha..

Sebelum teman beredar, taukeh Tan boleh tanya pada teman, samada mau jual lagi kaa 1 lot kedai yang teman miliki di pusat bandar ni dan siap bagi pesan kalau mau jual jangan kasi lain olang. Cit! binawe punya taukeh Tan, tak patut betul ! kata hati teman. Kalau teman jual hilanglah side income teman tiap bulan, teman tau la dia sudah dapat 'cium' teman kasi sewa lot kedai teman tinggi, 4 ribu sebulan kepada 1 cina Penang. Teman jawab sambil sengih separuh masak, kalau taukeh mau, 1 juta ada berani ?? Lu gilaa kaaa ! hahahaa..teman ketawa !

Balik citer 'makanan anjing'. Memang betul cakap orang dulu,"Untung jadi Cina di Malaysia ni." Kalau orang Melayu kena, takda siapa pun ambil peduli. Pakcik Mahfuz pun pernah kata baju dia bau macam ikan kering bila masuk dalam lokap. Tak siapa peduli. Tahanan ISA kononnya kerana keganasan, pun orang Melayu sikit-sikit yang sibuk. Masa tak dapat jumpa anak dia sebelum menghembuskan nafas terakhir pun, takde orang Cina sibuk. Memang Melayu suka menolong. Yang masih belum orang Melayu tolong adalah nasib yang menimpa Saiyidina Ali di pagi 19 Ramadhan dan nasib Saiyidina Husain di petang 10 Muharram.

Teman minta sangat si 'teres' ni - mohon maaf atas keceluparan mulut busuknyer itu kepada semua orang miskin di Malaysia. Jangan la samakan makanan itu sama dengan 'makanan anjing'. Sesungguhnya teman cukup terasa ! Bagi memprotes cakap si 'teres bermulut busuk' mulai hari ini teman akan 'terbalik'kan gambar si 'teres' ini di blog teman, sehingga dia memohon maaf ! Teman berjanji selepas permohonan maafnya dibuat, teman akan betulkan semula foto itu semula. Lawan tetap Lawan ! Jangan sampai makanan orang miskin dihina-hina !


AR: Aku menyokong usul ini bukan kerana apa? Kerana penghinaan yang diberikan kepada golongan miskin... Dikata seperti anjing???? Aku tahulah korang orang kaya, tak pernah makan makanan camtuh!!! biasa, KFC, McDonald, Pizza Hut... Tapi, kalau makanan tuh bukan Friskies, tapi nasi, itu manusia makanlah!!! Aku hari tuh, mati2 ingatkan ko makan Friskies atau Makanan Anjing yang betul2 di jual di pasaraya tuh!!!! CISS, penipu Rakyat betul!!!!, Kalau si Teres nih minta maaf, aku pun akan betulkan balik gambar ko!!!

Syed Hamid: ISA masih perlu

JOHOR BAHARU: Tidak ada undang-undang yang dibuat oleh manusia akan kekal selamanya dan ini termasuk undang-undang pencegahan negara, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Bercakap kepada pemberita selepas majlisberbuka puasa di ibu pejabat kontinjen Polis Johor di sini malam ini, beliau berkata kerajaan akan sentiasa mengkaji sebarang pindaan undang-undang selaras dengan tuntutan perubahan keadaan dan masa.

Tetapi sebelum ini berlaku, rakyat mesti mencintai negara dengan menjamin keamanan dan keselamatan.

"Kita mahu bina sebuah negara yang (rakyatnya) memahami tanggungjawab terhadap satu sama lain, yang faham sensitiviti masingmasing," kata beliau.

Bagaimanapun, hingga sekarang masih ada orang yang memainkan isu perkauman dan sensitif yang boleh mencetuskan emosi dan akhirnya ketidaktenteraman awam. Syed Hamid ditanya mengenai gesaan Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Majlis Peguam agar ISA dikaji semula dengan teliti atau dihapuskan sama sekali.

Beliau berkata kerajaan berpendapat ISA masih perlu bagi menjamin keamanan dan keselamatan dan kerajaan tidak bercadang menghapuskannya.

Turut hadir di majlis itu ialah Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif. BERNAMA 

- mSTAR

AR: wei Albarrrr, ko cakap senanglah..... sebab ko dan keluarga ko tak pernah rasa kezaliman undang2 ciptaan geng2 ko, si alif, min, nun, wau = sarkis!!!, nanti ko krepot, ko ingat baliklah dosa ko tuh!!! kalau ikut perlembagaan pun, ISA tuh untuk KOMUNIS lah!!! bangang betoi!!! Geram aku.

Blogger Kickdefella : Saya Keluar UMNO!!!


Walaupun saya bekerja dengan kerajaan PAS negeri hampir setahun setengah tetapi saya masih ahli Umno. Hari ini (20 Sept. 2008) saya nak umum penarikan diri saya sebagai ahli Umno. Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana ambil berat mengenai kes saya ini.” (Gambar: Ihsan mSTAR Online)

BPA mahu jumpa Teresa mengenai isu makanan

Biro Pengaduan Awam (BPA) akan menemui Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Isnin ini bagi mendapatkan penjelasan mengenai dakwaan bahawa beliau tidak diberikan makanan yang sesuai sepanjang
penahanannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Balai Polis Jalan Travers di sini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri T. Murugiah berkata beliau bersama beberapa pegawai dan kakitangan BPA akan menemui Kok bagi mendapatkan maklumat.

"Jikalau benar Teresa (Kok) tidak mendapat makanan sesuai sepanjang lapan hari ditahan, beliau bolehlah mengemukakan aduan rasmi kepada kami," katanya.

Menurut Bernama, beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan pertandingan bola sepak antara pelajar-pelajar Sekolah Tamil Wilayah Persekutuan dan Selangor di ibunegara hari ini.

Semalam Kok yang juga anggota exco kerajaan negeri Selangor mendakwabahawa beliau hanya diberi makan dua biji telur rebus, timun dan kuah dua kali sehari iaitu bagi makan tengah hari dan makan malam.

Murugiah yang bertanggungjawab terhadap BPA berkata seseorang yang ditahan di bawah ISA sepatutnya mendapat layanan yang baik daripada pihak polis.

Beliau berkata pihaknya juga akan melawat ke Balai Polis Jalan Travers untuk menyiasat dakwaan Kok itu.

- Malaysiakini

Saturday, September 20, 2008

Polis bebaskan blogger Kickdefella

Penulis blog Syed Azidi Syed Abdul Aziz dibebaskan hari ini selepas ditahan polis untuk siasatan selama dua hari oleh Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID).

Beliau dibebaskan pada jam 1 tengahari tadi. Semalam, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur membenarkan beliau direman sehingga 5 petang ini.

Sebaik sahaja dibebaskan, beliau memberi keterangan pula kepada pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Beliau disambut oleh anggota keluarganya serta rakan-rakan apabila keluar dari pejabat CCID pada kira-kira jam 4 petang.

Syed Azidi, 38, pegawai perhubungan awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan, ditahan di rumahnya di Demit, Kota Bharu mengikut Akta Hasutan pada 17 September.

Beliau disiasat kerana didakwa menyiarkan bahan berunsur hasutan di blognya, Kickdefella, membabitkan kempen memasang Jalur Gemilang secara terbalik semasa menyambut ulang tahun kemerdekaan bulan lalu.

- Malaysiakini

AR: Alhamdulillah, dibebaskan juga...... Inilah Hukum UMNO.... Sedangkan blog2 yang menyokong UMNO lagi banyak mempermainkan HUKUM ALLAH dan juga banyak membuat fitnah, namun, tidak pula diperlakukan sebegini.... Inlah namanya perjuangan suci, Kita lakukan yang terbaik untuk negara kita, tapi, mereka menyekat kebenaran ini!!!!

Friday, September 19, 2008

OPS Lalang 2 : Teresa Kok dibebaskan


Teresa Kok dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini selepas disiasat selama seminggu.

Beliau dibebaskan di balai polis Jalan Travers, Kuala Lumpur jam 1 petang.

Beliau berada di balai polis berkenaan selama 40 minit untuk proses urusan pembebasan sebelum keluar bersama ibu bapanya, peguamnya Sankara Nair dan pembantunya Mandy Ooi.

DAP memaklumkan satu sidang media berhubung pembebasan itu akan diadakan di ibu pejabatnya di Petaling Jaya jam 3.30 petang.

Exco kanan kerajaan Selangor itu ditahan bawah ISA menjelang tengah malam Jumaat lepas.
Beliau antara tiga orang yang ditahan minggu lalu bawah kontroversi itu selepas penangkapan editor Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng.

Tan dibebaskan Sabtu lepas, sementara Raja Petra masih ditahan.

Teresa, yang juga ahli Parlimen Seputeh, ditangkap kira-kira jam 11.18 malam Jumaat lalu ketika pulang daripada menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur.

Teresa yang setiausaha organisasi kebangsaan DAP, ditahan selepas kenderaan yang dinaikinya dihalang oleh tiga kereta peronda polis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan penahanan Teresa mengikut Seksyen 73 (1) ISA.

Menurut pemimpin utama DAP Lim Kit Siang, tiga kereta polis bersama 10 anggota menahan Teresa di pintu masuk kondominiumnya.

Katanya, Teresa baru pulang daripada menghadiri satu majlis festival kuih bulan di pejabatnya di kawasan pilihanrayanya.

Teresa ditahan untuk siasatan berhubung tuduhan melarang laungan azan di dua masjid, penggunaan tulisan jawi pada papan tanda dan laporan polis terhadapnya oleh beberapa pertubuhan Islam, termasuk Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

- Malaysiakini

Thursday, September 18, 2008

OPS Lalang 2 : Syed Azidi Ditahan Reman 2 Hari

Oleh : Mohd Nor Yahya




KOTA BHARU, 18 Sept (Hrkh) - Penulis bloger Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdefella) hari ini dibawa ke Mahkamah Majistret untuk mendapat perintah penahanan reman. Beliau direman dua hari bermula semalam.

Beliau ditahan di bawah Seksyen 4, Akta Hasutan. Syed Azidi kelihatan tersenyum ketika keluar dari mahkamah kira-kira jam 1.15 tengahari dengan kedua-dua tangan bergari.

Turut kelihatan di mahkamah Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa yang juga anggota Exco kerajaan negeri.

Selain itu, isterinya, Bariah Ishak, Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani dan beberapa rakan lain.

Syed Azidi ditahan di rumahnya petang semalam setelah didatangi beberapa anggota polis berpakaian biasa sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

Difahamkan beliau ditahan berdasarkan artikel disiarkan dalam blognya kickdefella.worldpress.com yang dipercayai berbaur hasutan.

Beliau bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Korporat di Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Husam berkata, pihaknya akan berusaha mendapatkan peguam sekiranya Syed Azidi dibawa ke Kuala Lumpur hari ini.

Berdasarkan kepada perkembangan itu, beliau berkata, kerajaan BN kini berada dalam gelisah sehingga ada wartawan dan penulis blog ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Hasutan.

"Saya yakin ini adalah tindakan mahu menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara dan langkah ini digunakan untuk menakut-nakutkan blogger.

"Sedangkan dalam isu penahanan Teresa, azan dimanipulasikan media pro Barisan Nasional, namun mereka tidak diambil sebarang tindakan, sebaliknya Teresa pula ditahan di bawah ISA," ujar beliau.

Beliau juga berkata, Malaysia akan dicap melanggar perjanjian dunia berkenaan dasar langit terbuka.

"Saya berpendapat penulis blog boleh disiasat secara lebih elok dan mereka akan memberi kerjasama sekiranya diminta pihak berkuasa tanpa perlu mengunakan cara yang lebih keras kerana ia boleh mencemarkan imej negara.

"Sikap toleransi yang lebih luas sepatutnya diamalkan kerajaan di saat berlakunya kekalutan sekarang," katanya.

- Harakah

AR: Inilah demokrasi UMNO bila berlawanan arus dengan UMNO dan rejim Dolah Badawi!!!!

Wednesday, September 17, 2008

OPS Lalang 2 : Blogger Kickdefella Ditahan


Seorang lagi blogger popular, Syed Azidi Syed Abdul Aziz ditahan polis di Kota Bharu petang ini.Menurut Naib Presiden PAS, Husam Musa, blogger (kickdefella.wordpress.com) itu ditahan di rumahnya.

Syed Azidi yang bekerja dengan kerajaan negeri Kelantan, ditahan pada kira-kira jam 5 petang oleh sepasukan tiga orang anggota polis berpakaian biasa.Mereka turut merampas laptopnya.


Isterinya, Bariah Ishak berkata suaminya ditahan di bawah Akta Hasutan.

Syed Azidi, menurut polis, akan dibawa ke Kuala Lumpur kerana laporan terhadapnya dibuat di sana.Pada 23 Ogos lalu, Syed Azidi (di bawah tajuk Siasat Kickdefella Dibawah Akta Hasutan) telah menulis bahawa laman web pro-Umno telah mendesak supaya beliau disiasat di bawah Akta Hasutan.

Blogger tersebut mencetuskan kontroversi baru-baru ini selepas melancarkan kempen di talian supaya bendera Malaysia dikibarkan terbalik.

Kempen tersebut telah menarik perhatian perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang menyifatkan tindakan itu sebagai 'kurang ajar'.

Perdana menteri berkata, perbuatan sedemikian bukan lagi boleh disifatkan sebagai satu perbuatan nakal tetapi amat jahat."Itu kurang ajar (bendera terbalik), tiada hormat langsung dengan bendera kita, apa yang marah sangat dengan bendera Malaysia," perdana menteri dilaporkan berkata.

Abdullah berkata, penulis blog itu cuba mencetuskan satu idea tanpa memikirkan kesan selanjutnya.Beliau berharap polis akan menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Monday, September 15, 2008

OPS Lalang 2 : Teresa tuntut Utusan bayar RM30 juta

Jimadie Shah Othman | Sep 15, 08 8:28pm

Exco kanan kerajaan Selangor, Teresa Kok - yang kini ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) - menuntut Utusan Malaysia menarik balik sebuah artikel yang didakwa memfitnah dan merosakkan nama baiknya.

Beliau turut meminta akhbar berkenaan menyiarkan permohonan maafnya dengan segera dan membayar ganti rugi sebanyak RM30 juta, termasuk kos.

Teresa hari ini melalui peguamnya Sankara Nair turut menuntut akhbar milik Umno itu agar tidak mengulangi kata-kata, tuduhan dan komen yang dibuat seperti dalam kolum 'Cuit' itu.

Pada 10 September lalu, Utusan Malaysia menyiarkan artikel berjudul 'Azan, jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya' (babi) yang menyebut "seorang YB wanita DAP yang berkaca mata" menasihatkan pengurusan sebuah surau supaya tidak melaungkan azan dengan kuat menggunakan pembesar suara, terutama pada waktu subuh.

Artikel Zaini Hassan itu mengulas kenyataan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang dilaporkan berkata ''ada usaha oleh pihak tertentu (di Selangor) yang cuba menasihatkan pihak masjid dan surau supaya tidak menggunakan pembesar suara semasa melaungkan azan'', dua hari sebelumnya dalam akhbar yang sama.

Menurut surat tuntutan itu, artikel tulisan pengarang kanan akhbar itu didakwa menggambarkan Teresa sebagai "bersifat perkauman, fanatik agama, tidak boleh dipercayai, ahli politik yang teruk, tidak boleh bertolak ansur, tidak berprinsip serta menentang Melayu dan Islam."

Surat itu yang dihantar petang tadi itu juga menyebut penyiaran artikel itu mendedahkannya kepada kebencian, cemuhan, diejek dan dipandang rendah.

Siaran artikel berkenaan, menurut surat itu lagi, pada prinsipnya dibuat untuk mencari publisiti murahan dan sensasi dan menyebabkan kerosakan serius pada nama baik dan perwatakannya.

Akhbar itu diberikan masa 24 jam untuk mengemukakan jawapannya sebelum dikenakan tindakan saman fitnah.

- Malaysiakini

OPS LAlang 2 : UMNO Penang Terus Membuat Provokasi Celaka!!!






Tangkapan ISA kononya untuk tenangkan ketegangan kaum.... tetapi Umno Pulau Pinang terus bakar 'line' dengan megah... tanpa rasa takut ISA...

Teringat ketika operasi Lalang, yang bergaduhnya ialah Umno dan MCA. Najib yang berikrar membasahkan keris dengan darah cina... malah Muhammad Mohamad Taib dalam satu temuramah radio secara lansung menyeru orang Melayu berkumpul di Kampung baru dengan menggesa semua membawa pisau. Katanya "bawalah pisau senang nak kupas limau"

Lee Kim Sai, pemimpin MCA pada ketika itu menjawab tuduhan cina sebagai pendatang dengan menyatakan Melayu juga adalah pendatang dari Indonesia. Pertikaian bermula dari Forum Bantahan yang diadakan pada 11 Oktober 1987, yang dihadiri hampir 2,000 orang di Dewan Perhimpunan Cina membantah perlantikan 100 orang Guru Besar bukan berpendidikan aliran cina di sekolah - sekolah jenis pendidikan cina.

Selepas forum tersebut satu perhimpunan balas diadakan di kampung Baru oleh pemimpin Umno.

Apa masalah sebenar ketika itu ? Bukankah itu isu pendidikan dan pengurusan Kementerian Pendidikan seharusnya diselesaikan secara lebih matang ? Sebenarnya kerajaan Bn pada ketika itu goyah... ikatan dalam parti komponen cukup lemah dan malah dalam Umno juga krisis pertembungan Team A dan Team B masih belum selesai maka dibakar sentimen perkauman untuk menyelamatkan Umno dan Bn.

Maka operasi lalang (ISA) dilakukan. Malangnya Lee Kim Sai, Najib dan pemimpin Bn yang jadi tukang bakar 'line' semuanya bercuti di luar negara tetapi pemimpin bukan Bn yang banyak ditangkap. Ada pemimpin Bn yang ditangkap tetapi nyamuk bukan gajah yang banyak cakap.

Bukankah sekarang ini berlaku sedemikian juga. Ikatan Komponen Bn lemah...Umno bertembung teruk di dalam.... kiriman gambar - gambar banner yang tergantung di sekitar Pulau Pinang juga menjadi bukti penguat Umno cuba bakar sentimen perkauman untuk halang kebangkitan rakyat.

Tetapi yakinlah rakyat akan terus bersatu menumbangkan regim Bn.... Tiada masalah perkauman tetapi Bn yang bermasalah.
Menurut penghantar email ada banyak lagi... juga kelihatan poster ditampal.

- CheguBard

AR: Di Harap Semua Rakyat Malaysia tidak melayan provokasi celaka UMNO ini!!!

OPS Lalang 2 : Teressa Kok Akan Di Tahan 4 Minggu


KUALA LUMPUR, Sept 15 - DAP leader Teresa Kok is to spend 28 days under the Internal Security Act beginning from yesterday, her father Kok Kim Tong quoted her as saying today hours after the Seputih MP filed a habeas corpus application for freedom

However, Kok, who is also Selangor state senior executive councillor, can meet her lawyers this Wednesday, he added after both he and wife Pong Seh Kwan met her at the federal police headquarters in Bukit Aman here.

Kok, 44, was detained last Friday night with prominent blogger Raja Petra Kamarudin and Sin Chew Daily journalist Tan Hoon Cheng under the security law which allows for up to 60 days" detention for investigation purposes. Tan was released on Saturday.

The law, which critics call draconian but the authorities say is vital to keep peace and threats against public order and security, was enacted in 1948 by the British for use against the communist threat. Malaysia has widened its use to detain politicians, religious extremists, activists, currency forgers and even a nuclear equipment middleman.

DAP leaders, including Lim Kit Siang and party secretary-general Lim Guan Eng, both of whom spent time under the ISA in the 1987 Ops Lalang, accompanied the parents there but were not allowed to meet Kok at 1.40pm, bringing along herbal tea, essence of chicken and some mooncakes for the Mooncake Festival today.
In her habeas corpus application filed today by lead counsel Karpal Singh, Kok said her arrest and detention were unlawful and named arresting officer DSP E Kim Tien and the Inspector-General of Police as the respondents. She also sought to be brought to the court and released and granted any other relief deemed fit by the court.

- Malaysian Insider

OPS Lalang 2 : Masjid Kinrara Sokong Teresa Dikenakan ISA


Jimadie Shah Othman | Sep 15, 08 5:08pm

Pengerusi Masjid Bandar Kinrara, yang menerima petisyen membantah penggunaan pembesar suara untuk beberapa kegiatan agama, bersetuju dengan tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas exco kanan Selangor, Teresa Kok.

Abdul Rahman Nasir berkata, secara umumnya, perkara sensitif membabitkan agama "tidak boleh dimainkan".

"Perkara ini tidak boleh dimainkan. Terutama sekali di negeri Selangor ini, bukan saja (berkenaan) agama Islam, tetapi apa agama pun (tidak boleh dimainkan)."

Penahanan Teresa dipercayai mempunyai kaitan dengan petisyen sekumpulan 189 penduduk sekitar Seksyen 5, Bandar Kinrara yang meminta pihak masjid tersebut memperlahankan penggunaan pembesar suara untuk aktiviti keagamaannya.

Perkara itu bagaimanapun dinafikan oleh Teresa, yang juga ahli parlimen Seputeh.

Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, Abdul Rahman bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut berkenaan isu itu kerana pihaknya cuma sebagai penerima petisyen dan tidak tahu-menahu tentang perkara lain di sebalik isu itu.

Masyarakat Islam setempat pula, menurut Abdul Rahman tidak memberikan sebarang reaksi terhadap penahanan itu dan bertindak seperti biasa.

"Kita tidak ada apa. Sudah lama dah masjid ini dibina. Itulah, persoalannya, kenapa sekarang? Kalau tidak puas hati, pindahlah.

"Dari dulu lagi waktu hendak beli rumah, pelannya sudah ada, sini masjid, sini taman permainan. Kenapa dulu beli di sini?" katanya.

Selain Teresa, pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng turut ditahan di bawah akta kontroversi itu, Jumaat lalu.

Tan bagaimanapun dibebaskan sehari selepas itu.

- Malaysiakini

OPS Lalang 2 : Pemuda Pas kutuk campur tangan Amerika berhubung ISA


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Pas, Salahuddin Ayub mengutuk keras tindakan kerajaan Amerika Syarikat memanggil Duta Malaysia ke negara itu Illango Karuppannan berkaitan isu penahanan beberapa individu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata walaupun Amerika cuba menyampaikan satu pandangan tentang hak asasi manusia tetapi dari sudut yang lain ia adalah satu campur tangan politik terhadap Malaysia.

Beliau berkata memang Amerika Syarikat cuba menunjukkan simpati terhadap tahanan ISA tetapi ini tidak membuka ruang kepada mereka untuk mencampuri urusan politik dalaman Malaysia.

ni adalah soal maruah dan kedaulatan negara yang perlu diselesaikan sendiri oleh rakyat negara ini,” katanya. - Bernama

- Berita Harian

OPS Lalang 2 : Hishammuddin Bawa Isu Wartawan Ditahan ISA Ke Kabinet



PUTRAJAYA, 15 Sept (Bernama) - Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau akan membangkitkan isu penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menahan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, Jumaat lalu, dalam mesyuarat Kabinet akan datang.

Hishammuddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata beliau secara peribadi tidak bersetuju dengan penggunaan ISA dengan tujuan menyelamatkan atau memberi perlindungan kepada mana-mana individu, sebagaimana alasan bagi penahanan wartawan itu.

Beliau bersetuju penggunaan ISA adalah bagi menjaga keselamatan negara.

"Bagi dua kes lain, (pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan Exco Selangor Teresa Kok) saya rasa pihak berkuasa lebih mengetahui apa risiko dan apa yang mereka lakukan, dan saya tidak ada maklumat mengenainya untuk saya nyatakan sama ada ia patut atau tidak.

"Tapi dalam konteks wartawan itu, menteri berkenaan (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar) telahpun menyatakan sebabnya dan secara peribadi saya rasa ISA tidak boleh digunakan untuk sebab yang disuarakan oleh menteri berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku "Malaysia: From Traditional to Smart Schools - The Malaysian Education Odyssey" di sini hari ini.

Raja Petra, Kok dan Tan ditahan mengikut ISA pada Jumaat lepas dalam satu operasi polis terhadap beberapa individu yang terbabit mencetuskan isu perkauman dan persengketaan agama. Tan, bagaimanapun, dibebaskan pada pukul 2.30 petang keesokan harinya.

Berbeza dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim semalam yang menolak penggunaan ISA terhadap kes selain membabitkan anasir komunis dan pengganas, Hishammuddin berkata dalam negara berbilang kaum seperti negara ini, ancaman terhadap keselamatan negara berhubung isu perkauman dan agama perlu diambil kira.

Hishammuddin berkata keputusan kerajaan untuk menggunakan ISA tidak seharusnya dipertikaikan secara terbuka, sebaliknya perlu dibincangkan pada mesyuarat Kabinet.

Mengenai kesediaan Zaid untuk dipecat atau meletakkan jawatan bagi mempertahankan pandangannya itu, beliau berkata terpulang kepada keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mengenai Pakatan Rakyat yang heboh mencanang akan menubuhkan kerajaan baru esok, Hishammuddin berkata rakyat negara ini boleh melihat dan menilai sendiri kredibiliti pakatan itu dan pemimpinnya esok.

"Esok kalau tidak ada perubahan kerajaan, orang yang menggembar-gemburkan perkara ini mesti bertanggungjawab, dan saya percaya kredibilitinya akan terjejas, kerana apa yang dilakukan merupakan sesuatu yang tidak bertanggungjawab," katanya.

- BERNAMA

Ops Lalang 2 : DAP Adakan "Kokus Bebaskan Anggota Parlimen Teresa" Rabu Ini


KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- DAP akan mengetuai Pakatan Rakyat untuk mengadakan perjumpaan "Kokus Bebaskan Anggota Parlimen Teresa Kok" di Bangunan Parliamen pada Rabu.

Penasihat DAP dan anggota Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang menggesa semua anggota Parlimen dari pembangkang dan kerajaan menghadiri perjumpaan itu.

Perjumpaan itu merupakan ujian penting bagi semua anggota Parlimen dan menteri Kabinet berhubung pendirian mereka terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen selepas menyerahkan surat mengenai penahanan Teresa kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini.

Katanya perjumpaan itu juga akan mendesak Menteri Dalam Negeri segera membebaskan seorang lagi tahanan, pengendali laman blog Raja Petra Kamaruddin, dan menarik balik surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada Sin Chew Daily, The Sun dan Suara Keadilan.

- BERNAMA

Mufti Perlis: ISA tidak diperlukan untuk bela ajaran Islam

Oleh ZIEMAN
15-09-2008 01:01:12 PM


PETALING JAYA: Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin hari ini menegur tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam isu agama dan mengheret pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok yang masih ditahan di bawah peruntukan akta itu.

Ketika ditemui di Damansara Kim sebentar tadi, Dr Asri berkata, Islam dibina dari hujah dan dasar yang jelas, dan Islam juga tidak memerlukan ISA untuk membela ajarannya.

"Jadi tidak ada alasan untuk menahan orang dengan tidak memberi peluang membela diri. Ini adalah satu tindakan yang salah. Sekiranya orang itu mempunyai kesalahan dari segi hukum agama, buktikan dari segi dalil-dalil agama.

"Cara kita tangkap orang guna ISA atas kesalahan agama tidak akan menghilangkan salahfaham terhadap Islam. Seharusnya diperjelaskan dulu apa kesalahan itu. Kalau misalnya orang itu menghina Islam atau menyeleweng, buktikan dulu berdasarkan Quran dan hadis.

"Perlu diperdengarkan pertuduhan itu kepada orang yang dituduh itu. Mungkin juga, ia hanya satu salah faham. Yang penting perdengarkan dulu hujahnya," kata Mufti yang terkenal dengan kelantangannya mengeluarkan idea yang berani dan telus itu.

Kata Dr Asri lagi, "Islam bukan agama yang bacul. Perbuatan ISA kerana kesalahan agama seolah-olah menggambarkan orang Islam tidak mampu berhujah, terus tangkap orang. Mereka akan kata mereka benar kerana kita takut berhujah dengan dia."

Beliau juga turut mengingatkan betapa bahayanya tindakan ISA.

"Sekiranya ada aliran-aliran tertentu dalam kerajaan yang tidak setuju dengan pendapat satu aliran yang lain, adakah ruang ISA juga akan digunakan? Pernah berlaku dalam kerajaan Abbasiyah yang berpegang pada aliran Muktazilah ketika itu. Dia menghukum orang daripada aliran lain termasuk Imam-imam besar seperti Imam Ahmad juga turut dihukum.

"Kalau di zaman ini, mereka yang kendalikan agama itu dari aliran lain maka mereka yang dari aliran lain itu akan dihukum tanpa memberi peluang membela diri. Ini juga tidak sejajar dengan konsep keadilan dalam Islam," kata Dr Asri lagi.

Dari segi politik Islam atau siasah, kata beliau, kerajaan berhak menahan orang dan beri tempoh siasatan (14 hingga 30 hari) bergantung pada keperluan. Tapi kita tidak boleh hukum 2 tahun tanpa diadili. Ini zalim.

"Tuhan yang Maha Adil pun buat mahkamah di akhirat untuk setiap orang dibicarakan. Keadilan ditegakkan di dunia dan di akhirat. Tuhan yang Maha Adilpun memberi peluang untuk kita jawab kesalahan sedangkan Tuhan berhak buat apa saja. Jadi macam mana kita boleh tangkap orang tanpa memberi peluang mereka membela diri?," jelas beliau.

Kata Dr Asri, isu agama turut membabitkan sensitiviti agama lain. Tapi dari segi mempersoalkan identiti Islam seperti laungan azan, itu tidak boleh.

"Namun jika ada sungutan tentang bacaan-bacaan yang panjang sehingga menganggu orang awam, ulamak Islam juga tidak benarkan. Bacaan yang kuat tanpa keperluan atau kuliah agama dengan menggunakan pembesar suara sehingga menganggu ketenteraman awam, itu tidak perlu. Itu sudah diputuskan oleh ulamak-ulamak dari dulu lagi.

"Agama itu terhad. Azan itu azan. Begitu juga kuliah agama untuk diperdengarkan di pembesar suara, berpada untuk sidang yang mendengar sahaja," jelasnya.

Dr Asri juga menyentuh tentang peranan Jakim.

"Jakim berperanan menjelaskan isu-isu agama dan juga yang menyeleweng dari agama. Bukan sekadar menyokong seseorang dihadapkan tanpa bicara. Badan itu juga hendaklah bebas dari percaturan politik. Perjelaskan ketentuan peruntukan orang yang menghina Islam seperti isu Raja Petra. Itu bersifat politik, biarlah diuruskan oleh orang politik.

"Kalau hendak diikutkan yang menghina Islam, ramai lagi yang patut dibuat aduan. Jelaskan dulu apa yang perlu dilakukan?," soal Dr Asri.

Beliau juga meminta kerajaan memikirkan soal ISA ini sedalam-dalamnya.

"Seandainya satu hari nanti kerajaan bertukar rupa dan kalau berlaku pertukaran kuasa. Terlalu ramai nanti yang tidak boleh bersuara dan ISA mungkin diguna seluas-luasnya. Besok, bila kena pada kita, apa kita nak buat?," kata Dr Asri yang akan menghadiri Tazkirah Tarawih di Stadium Kota Bharu pada hari ini.

Beliau yang juga akan memberi ceramah di Kompleks Islam Lundang esok, sempena pelancaran Tabung Serambi Mekah yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, juga mempersoalkan bagaimana pemimpin yang gagal kendalikan parti yang kecil mampu kendalikan negara yang besar.

"Takkan nak tunggu ada rusuhan atau kekacauan. Ketika itu sudah tidak boleh dipulihkan lagi. Sekali kekacauan tercetus, susah untuk dipulihkan.

Menurut pengamatan beliau, keadaan ini berlaku kerana pemimpin politik menganggap kedudukan politik itu seperti harta rompakan.

"Mereka bermati-matian untuk mendapatkannya sekalipun terpaksa menggunakan belanja yang besar kerana pulangan atau keuntungannya juga besar," kata beliau.

Jelas beliau, saluran politik digunakan untuk membina kekayaan diri. Inilah hasilnya bila kerakusan ini berlarutan. Tidak ada setiakawan dalam politik, musuh memusuhi, berpuak-puak kerana fikirkan survival politik masing-masing bukan survival rakyat yang dipertanggungjawabkan.

Yang paling ketara sekarang, pemimpin politik bukan sahaja gagal membawa rakyat keluar dari kemelut yang sedang dihadapi malah menjadikan keadaan lebih rumit.

"Bukan sahaja mereka gagal menyelesaikan masalah tapi mereka pula yang menimbulkan lebih banyak masalah lain," kata Dr Asri.

-mSTAR

Blog Stats