Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Wednesday, September 17, 2008

916 : PM Tolak Berjumpa Pemimpin Pakatan, Pakatan Rancang Menghadap Agong


Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat meneruskan agenda mereka untuk menubuhkan kerajaan baru dengan mengatur strategi seterusnya iaitu untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Syed Husin Ali ketika dihubungi berkata, Pakatan Rakyat sedang merangka pelan susulan yang bersesuaian bagi memastikan proses peralihan kuasa berlaku dalam tempoh terdekat.

"Kita akan mengutus surat kepada pihak Istana Negara bagi memohon perkenan Tuanku untuk mengadakan pertemuan berkenaan perkara ini.

"Bagaimanapun berdasarkan apa yang saya tahu, surat itu masih belum dikeluarkan... tunggulah dalam satu atau dua hari lagi," katanya.

Pakatan Rakyat mengambil pendekatan terbaru ini setelah usaha Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi gagal.

"Tak mengapa jika dia (Abdullah) tolak permohonan kita untuk adakan perbincangan. Usaha kita tak terhenti di situ, malah kita sentiasa ada perancangan untuk memastikan usaha kita berjaya," katanya.

Tambah beliau, ramai pihak terutamanya pemimpin Barisan Nasional (BN) sudah tersalah anggap mengenai tarikh 16 September bahawa Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan baru.

"Mereka salah anggap, 16 September hanyalah permulaan proses bagi kita untuk menubuhkan kerajaan, bukan menguasai kerajaan pada tarikh tersebut," katanya.

Menurutnya lagi, beliau amat berkeyakinan bahawa kerajaan baru yang bakal diterajui Pakatan Rakyat akan dapat dibentuk secepat mungkin kerana rakyat telah memberikan isyarat untuk melihat perubahan dalam negara.

-mSTAR

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats