Hafiz al-Quran dihargai kerajaan Pulau Pinang
GEORGETOWN - Kerajaan Negeri akan memberi sumbangan kepada para hafiz anak kelahiran Pulau Pinang yang telah belajar ataupun sedang mengajar di seluruh negeri ini pada 29 November 2008 kata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
"Sumbangan itu merupakan pengiktirafan dan penghargaan Kerajaan Negeri kepada hafiz yang berjaya mencapai tahap yang disegani dalam mendalami ilmu agama khususnya al-Quran, " ujarnya dalam sidang media sejurus masa rehat Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) pagi tadi.
Beliau berharap, sumbangan tersebut dapat menyembarakan lagi semangat anak muda untuk menjadi seorang hafiz yang berjasa kepada agama dan masyarakat.
Ini kerana, melalui pembacaan dan penghafalan dalam al-Quran jelas dapat membentuk sebuah masyarakat madani yang berakhlak dan berintegriti tinggi bersesuian dengan prinsip 'Amar Ma'ruf Nahi Mungkar' dan Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).
Selain dari mencorakkan pemerintahan dengan Khalifah Umar Abdul Aziz yang telah berjaya menjadi model pemerintahan yang adil dan berjiwa rakyat serta merombak semula jentera pentadbiran sumbangan tersebut juga dianggap habuan terbaik sebagai galakan anak muda mendekati al-Quran.
Bahkan kata Lim, tindakan Khalifah Umar Abdul Aziz sanggup memecat pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa serta menumpukan perhatian terhadap peningkatan ilmu pendidikan di kalangan rakyat dapat memulihkan kepercayaan rakyat.
0 comments:
Post a Comment