Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Thursday, November 20, 2008

BOIKOT JE MENTERI PEMBOHONG!


"Siakap senohong, gelama ikan duri.
Bercakap bohong, lama-lama jadi menteri KPDNHEP"

Nur Aflah : Kalau ikut harga semasa petrol di pasaran dunia, rakyat di negara sepatutnya membayar kurang dari RM 1.70/liter. Tetapi, berapa yang rakyat kena bayar? RM 2.00/liter!

Soalan mudah ditanya oleh rakyat kepada Shahrir Samad sebagai menteri yang bertanggungjawab adalah :

“Mana subsidi 30 sen yang dijanjikan sebelum ini? [rujuk video di bawah] Kenapa pula rakyat kena bayar lebih? Ke mana lebihan itu dibelanjakan kerajaan?”


Nak tahu apa jawapan Shahrir Samad? Mudah saja. Gini katanya :

“Sekarang ni, kerajaan dah tak tanggung lagi subsidi petrol. Kerajaan hanya tanggung subsidi untuk diesel dan LPG…” [rujuk kat sini]

Aaaa.. mengaku pun? Abis tu, kenapa sibuk nak buat harga lantai sebab kerajaan bukannya kena tanggung subsidi lagi? Rakyat sudah mula bayar lebih daripada yang sepatutnya dibayar!

Shahrir jawab, “Rakyat kena faham. Kerajaan terpaksa tanggung rebet tunai RM 625 untuk kereta bawah 2000cc dan RM 150 untuk motosikal sampai tahun depan …”

Aik! Rakyat mula tak puas hati dan hairan bin ajaib dengan jawapan yang diberikan Shahrir Samad.

“Sekarang ni, kau tak payah nak kelentong lah! Siapa yang janji nak bagi subsidi 30 sen? Kerajaan ke rakyat? Siapa yang memandai nak bagi rebet tunai? Kerajaan ke rakyat? Siapa punya idea yang naikkan harga petrol sampai 41%? Kerajaan ke rakyat? Apa maknanya kalau bercakap, dia bohong. Kalau berjanji, dia kencing?...”

Shahrir terus membisu. Uban di kepalanya terasa gatal.

“Dulu masa kerajaan naikkan harga petrol sampai 41%, kau bukan tak tahu kesan rantainya pada harga barangan yang lain. Sekarang ni, harga barangan dah melambung naik dan tak nak turun-turun, siapa yang salah? Rakyat juga yang nak disalahkan ke?” kata rakyat lagi.

Shahrir hanya tersengih dan kelihatan berbisik dengan Ibrahim Ali.

“Rakyat kenalah gunakan kuasa mereka untuk boikot peniaga yang jual harga tinggi.” jawab Shahrir lepas mendengar bisikan Ibrahim Ali.

“Sungguh bernas idea itu. Lepas ni, saya akan boikot peniaga degil tu dengan menteri yang suka kelentong rakyat macam kamu!” kata rakyat itu sambil membuat isyarat tangan yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats