Malaysiakini : Bekas penganalisa Abdul Razak Baginda hari mendakwa bahawa Timbalan Perdana  Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terbabit langsung dalam kes pembunuhan  wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Malah, katanya, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah  Mansor tidak pernah bertemu dengan Altantuya.
Malah, katanya, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah  Mansor tidak pernah bertemu dengan Altantuya.
Abdul Razak memberitahu  demikian dalam sidang akhbar pertamanya selepas dibebaskan pada 31 Oktober lalu  daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya.
Dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri,  32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, yang dituduh membunuh Altantuya,  diperintah membela diri.
Azilah dan Sirul Azhar dituduh membunuh  Altantuya, 28, di lokasi antara Lot 12843 dan 16735, Mukim Bukit Raja, di Shah  Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober tahun lalu. 
Pihak mendakwa tidak memfail rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan Abdul Razak.
Bercakap dalam sidang akhbar penuh sesak, Abdul Razak meminta semua pihak  supaya berhenti menyebarkan fitnah terhadap Najib dan Rosmah.
Abdul Razak  berkata, terlalu banyak fitnah yang dilemparkan kepada mereka  berdua.
Malah, katanya, mereka yang menyebarkan fitnah itu tidak pernah  mengeluarkan bukti yang kukuh 'kerana sebenarnya tidak ada  bukti".
Katanya, beliau memberitahu pihak polis bahawa Najib tidak  terlibat dan "keterangan yang diberikannya kepada polis adalah sama dengan yang  dicakapkan kepada media hari ini". "Saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah  melakukan sebarang kesalahan terhadap si mati (Altantuya) dan saya ingin  mengucap simpati yang tidak terhingga kepada keluarga si mati.
"Saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah  melakukan sebarang kesalahan terhadap si mati (Altantuya) dan saya ingin  mengucap simpati yang tidak terhingga kepada keluarga si mati.
"Kebenaran adalah kebenaran dan tiada apa yang boleh mengubah kebenaran,"  katanya yang turut ditemani oleh peguamnya.
Abdul Razak berkata,  memandangkan perbicaraan kes tersebut masih berjalan, maka beliau dinasihatkan  oleh peguamnya supaya tidak menyentuh secara khusus mengenainya demi menjaga  keluhuran perbicaraan tersebut.
Abdul Razak juga mendakwa, ada dua pihak  yang didakwanya menyebarkan pandangan yang tidak berasaskan fakta
- iaitu  blogger dan pemberi pendapat.
Beliau mendakwa, mereka ini telah membuat  interpretasi tanpa berasaskan fakta dan berdasarkan khabar angin.
Oleh  itu, beliau meminta mereka menghentikan perkara itu.
Abdul Razak juga  meminta orang ramai supaya jangan mempercayai perkara itu yang yang  disifatkannya sebagai satu penipuan. Ditanya mengenai hubungannya dengan Najib, Abdul Razak  berkata beliau tidak mempunyai hubungan yang formal dengan  Najib.
Ditanya mengenai hubungannya dengan Najib, Abdul Razak  berkata beliau tidak mempunyai hubungan yang formal dengan  Najib.
Menurutnya, mereka sering bertukar buku dan berbincang mengenai  apa yang mereka baca.
Beliau juga yakin Najib akan menjadi perdana  menteri yang baik.
Abdul Razak berkata, sepanjang ditahan reman, beliau  telah diberi layanan yang profesional.
Mengenai perancangannya selepas  itu, Abdul Razak berkata beliau akan melanjutkan pengajian di peringkat PhD di  Universiti Oxford.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 comments:
Post a Comment