Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Monday, September 15, 2008

916 : Presiden PBS Minta Hormati Mandat Rakyat


RANAU: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBs) Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan berkata semua parti politik termasuk pihak pembangkang mestilah menghormati hak pengundi yang memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) bagi membentuk Kerajaan Persekutuan pada pilihan raya umum lepas.

Katanya sebarang percubaan mana-mana pihak yang ingin membentuk kerajaan melalui saluran tidak sah adalah tidak bermoral dan menghina sistem demokrasi.

"Rakyat dan ahli politik perlu bangkit dan bersatu mempertahankan kedaulatan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.

"Niat pihak pembangkang yang ingin menggulingkan kerajaan pada 16 Sept (esok) sebenarnya bukan sahaja bertentangan prinsip demokrasi malah menafikan keputusan majoriti rakyat," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan PBS Bahagian Kundasang di Dewan Masyarakat Ranau, dekat sini, hari ini.

Pairin, yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata walaupun BN tidak mendapat majoriti dua pertiga, kemenangan itu memberikan mandat kepada parti itu membentuk kerajaan dan keputusan ini harus dihormati oleh semua pihak termasuk parti pembangkang.

"Keputusan itu tidak harus diubah ataupun digugat kerana ia adalah keputusan rakyat dan kita tidak sepatutnya mengkhianati undi rakyat," katanya.

Sehubungan itu, PBS meminta Kerajaan Persekutuan supaya mempertimbangkan dengan serius cadangan mewujudkan Undang-undang Anti-Lompat bagi menangani masalah "lompat-melompat" dalam arena politik negara kerana ia begitu serius sehingga mengakibatkan ekonomi negara terbantut dan menganggu ketenteraman sosial.

"Kita mencadangkan supaya mana-mana pihak yang ingin berpindah parti maka kemenangan itu haruslah diisytiharkan tidak sah dan perlu diadakan undian semula.

Rakyat berhak menentukan wakil rakyat yang mereka inginkan," katanya. BERNAMA

- mSTAR


AR: Kalau rakyat dah tukar pemikiran untuk menerima PAKATAN RAKYAT memegang kerajaan persekutuan dikira mandat rakyat jugak kan??? Jadi..... janganlah nak menyalak-nyalak pulak....

-916 Coutdown!!!-

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats