Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Monday, September 15, 2008

916 : PKR Nafi Keluar Poster Ajak Rakyat Berkumpul Di Istana Negara

Oleh SA'ODAH ELIAS


PUTRAJAYA: Parti Keadilan Rakyat menggesar pihak polis agar mengambil tindakan terhadap pihak tertentu yang menyebarkan risalah menghasut orang ramai agar berkumpul di hadapan Istana Negera esok, kononnya bagi menyambut pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Ahli Jawatankuasa pusat PKR, Johari Abdul berkata, risalah berkenaan yang kini tersebar luas di serata Lembah Klang dan ditampal di tempat-tempat tumpuan orang ramai itu bukan dikeluarkan oleh parti berkenaan.

Beliau mendakwa poster itu sengaja disebarkan oleh pihak tertentu yang hendak memburukkan nama PKR.

"Kita tidak bertanggungjawab mengeluarkan poster itu. Pihak PKR langsung tidak tahu menahu mengenainya sehingga ia ditampal di tempat-tempat awam hari ini," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau bersama yang juga ahli Parlimen Sungai Petani diiringi ahli jawatankuasa pusat DAP Loke Siew Fook berada di sini bagi menyampaikan surat bagi pihak pemimpin-pemimpin PKR yang meminta agar Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertemu dengan mereka bagi membincangkan pelbagai perkembangan di negara ini akhir-akhir ini, terutama berkenaan penggunaan ISA terhadap Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dan pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin.

Johari juga meminta orang ramai agar jangan terpedaya dengan kandungan poster berkenaan dan tidak berkumpul di Istana Negara seperti yang dianjurkannya.

Katanya, PKR telahpun membuat laporan polis mengenai perkara itu pada 12.30 tengah hari tadi.

- mSTAR

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats