16 September. Apa istimewanya tarikh tersebut. Ada orang kata tarikh keramat yang mengusarkan serta meresahkan . Tarikh itu bersamaan 16 Ramadhan 1429H jika tarikh masihi itu ditaklik pada tahun ini. Dan ini juga bermakna umat islam di Malaysia sudah separuh bulan berpuasa. Maka sudah lazimnya doa qunut akan dibaca pada solat witir di akhir tarawih. Namun mungkin tarikh ini memberi khabar gembira kepada kelompok Pakatan Rakyat. Sebaliknya bagi kelompok feudal yang masih mempertahankan ideologi BN, resahnya sudah menjalar keseluruh urat hingga ke kaki.
Hari ini, rakyat sudah mula berteka-teki. Gossip politik yang dicetuskan oleh Dsai seakan-akan bukan lagi satu igauan. Ini kerana ia sudah menjadi satu 'fenomena'. Menjadi sebutan baik di belantara, di kota, di desa, laut, udara dan darat. Hebatnya gegaran tarikh itu seumpama tarikh 11 Sept yang mengegar New York dan dunia.
Namun bukanlah satu jaminan yang mudah untuk Pak Lah membenarkan tarikh 16 sept. ini berlaku yang akan pasti mengubah seluruhnya lanskap politik negara ! Bagaimanapun banyak hujah, menyatakan tidak pula mudah bagi Anwar membentuk kerajaan baru, dan Pak Lah juga tidak semudah ABC menyerah kalah.
Apa yang diharapkan 'gempak' Anwar bakal menjadi realiti. Mengambil pedoman dari seorang ilmuan ulung islam, Farabi berkaitan ciri-ciri ketuan negara di dalam sistem politk islam, yang diantaranya ialah :
- memahami isu-isu
- baik ingatan
- bijaksana
- mampu berhujah
- cinta pada ilmu
- cinta kebenaran
- memiliki jiwa besar
- tidak materialistik
- kuat anti kezaliman
- kuat azam
- berani
So, siapakah yang memiliki ciri-ciri tersebut wahai al-Nujum Negara ? Abdullah kaa ? Najib kaa ? atau Anwar kaa ?
- al-banjari online
0 comments:
Post a Comment