Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Monday, September 15, 2008

916 : Ibrahim Ali Kata Rakyat Telah Diperbodohkan PKR


KOTA BAHARU: Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata rakyat negara ini telah diperbodohkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kononnya pakatan pembangkang akan membentuk kerajaan baru esok.

Ibrahim berkata rakyat sepatutnya menilai apa yang telah dilakukan PKR dan sewajarnya peralihan kerajaan dilakukan secara demokrasi seperti melalui pilihan raya.

"Apa yang saya boleh katakan rakyat sebenarnya telah diperbodoh-bodohkan oleh PKR dan saya tidak nampak asasnya akan berlaku perkara seperti itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sebelum ini, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berulang kali mencanangkan Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 16 Sept iaitu esok.

Berikutan itu, lima pemimpin PKR ke Taiwan bagi memujuk anggota Parlimen BN yang sedang dalam rangka lawatan ke negara itu untuk menyertai mereka.

"Ini betullah buang masa dan buang duit sematamata nak ke Taiwan bagi tujuan itu dan saya rasa sangat sedih dengan tipu helah seperti ini," katanya.

Ibrahim berkata rakyat sebenarnya sudah membuang masa mereka melayan karenah pemimpin parti itu termasuk Anwar. BERNAMA

- mSTAR

AR: Hahahahaha, Ibrahim Ali yang jadi ketua katak nih???? hehehehehe.... apa-apa pun, brahim ali, kalau betul Pakatan Rakyat memerintah, nak jadik katak BN ke, nak jadi katak Pakatan Rakyat? Atau Brahim Ali nih nak jadi Katak Madet datau KU li? hahahahaha.

1 comments:

Anonymous said...

Ibrahim Ali nak jadi katak pun Kelantan tetap di bawah PAS dan tidak mungkin boleh digugat oleh Ibrahim Ali seorang.

Tapi apa yang Ibrahim Ali cakap ada kebenarannya dan PAS harus berhati hati supaya tidak ditarik bersama oleh Anuar ke dalam kehancuran. Sokong geng, sokong geng juga tapi biarlah berpakat buat perkara baik. Kalau kena pakat tidak kira buat baik atau tak baik, silap haribulan tak ada bezanya PR dengan BN.

Post a Comment

Blog Stats