Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Monday, September 15, 2008

Muhyiddin : Biralah Che Det Tentukan Cawangan Mana Untuk Kembali


KUALA LUMPUR: Dalam kerancakan cawangan dan bahagian Umno menawarkan tempat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kembali menyertai parti itu, keputusan akhir mengenainya harus ditentukan sendiri oleh beliau, kata Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata ini bagi mengelak timbulnya perasaan kurang senang mana-mana pihak terutamanya Umno Kedah.

“Terserah kepada beliau, mungkin dia nak balik ke cawangan asal dia (bahagian Kubang Pasu), saya pun tawar pergi ke Pagoh kalau susah sangat di tempat lain. Saya tawar (di Pagoh) kemudian dia senyum. “Tapi saya tidak mahu orang Kedah rasa kecil hati pasal dia pemimpin besar di Kedah, eloklah dia mohon ikut pilihan dia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Anugerah Usahawan Wanita 2008 di sini hari ini.

Muhyiddin baru-baru ini mengumumkan bahawa Dr Mahathir, yang keluar Umno empat bulan lalu, telah melahirkan hasrat untuk kembali ke pangkuan parti itu kepada beliau dengan mengambil kira perkembangan semasa.

Berikutan itu, beberapa cawangan dan bahagian telah menawarkan tempat kepada Dr Mahathir.

- Berita Harian


AR: Ada lagi berita mamak Tun nih..... dah masuk, nak keluar, dah keluar nak masuk balik...... piiiiiiiiiraaaah!!! hang ingat hang mahai sangat ke TUN???

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats