Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Monday, September 15, 2008

Perlis Setuju Bahagian Tentukan Peralihan Kuasa


Sep 15, 08 3:14pm

Badan Perhubungan Umno Perlis bersetuju pelan peralihan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Razak ditentukan melalui bahagian Umno bagi mencerminkan suara majoriti.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin, berkata peralihan kuasa itu tidak semestinya terikat dengan Majlis Tertinggi Umno, lapor Bernama.

Mengikut pelan peralihan kuasa, Abdullah akan menyerah jawatan perdana menteri, pengerusi Barisan Nasional dan presiden Umno kepada Najib pada Jun 2010.

Namun baru-baru ini Najib dilaporkan sebagai berkata bahawa peralihan kuasa itu harus ditentukan melalui mesyuarat bahagian Umno, manakala naib presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyifatkan tempoh peralihan kuasa itu terlalu lama.

Zahidi juga berkata Umno perlu diperkasakan semula agar ia akan kembali dihormati oleh pelbagai peringkat umur.

- Malaysiakini


AR: Cukuplah, peralihan kuasa Dolah kepada Najib ke, Dolah kepada Anwar? Cukuplah UMNO, takder masa dah...... terjunlah kamu bersama labu-labu kamu tuh!!!!

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats