"IPOH 18 Okt – Fairul Azrim Ismail, 30, ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sebelum ini mengaku mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita China dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana didakwa melakukan perbuatan tersebut secara rasuah.
Dia didakwa menerima daripada Mohamad Imran Abdullah suapan wanita tersebut bagi tujuan mengadakan hubungan seks. Terdahulu, Fairul mendakwa bahawa dia telah diperangkap oleh BPR untuk melakukan perkara tersebut.
Dalam surat aduannya kepada Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Fairul Azrim mendakwa, pada 14 Ogos lalu, semasa dalam perjalanan ke Permatang Pauh, Pulau Pinang, dia bersama rakannya Zul Hassan dan Ruslan Sahat telah singgah di Hentian Rehat dan Rawat Kuala Kangsar untuk bertemu dengan Mohamad Imran yang membawa bersama tiga wanita yang dikatakan berasal dari China.
Sementara itu, Zul yang ditemui sebaik mengadakan pertemuan dengan pegawai JAIP, apabila ditanya sama ada dia turut melakukan hubungan seks, Zul berkata: “Tidak mengaku tidak boleh, dia (BPR) ada gambar.'' Katanya, dakwaan BPR bahawa dia dan dua rakannya meminta perempuan China daripada Mohamad Imran adalah tidak benar.
“Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujarnya.
Ungkapan ‘zina umpama sedekah’ yang dikeluarkannya itu telah menjadi kontroversi apabila beberapa pihak terus membidasnya. Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menyifatkan ungkapan itu biasanya dikeluarkan oleh orang yang jahil tentang hukum agama selain merupakan satu tindakan yang cukup bodoh jika kenyataan itu bertujuan mempertahankan diri daripada kesalahan yang telah dilakukan. Manakala Anggota Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Sungai Manik, Zainol Fadzi Paharuddin, yang terkejut dan kesal dengan kenyataan itu berkata, sebagai orang Islam, Zul seharusnya faham dan sedar ungkapan yang digunakan itu secara terang telah memalukan umat Islam. Dalam nada perli, beliau menyarankan agar ulama terutama daripada Pas memberikan nasihat dan mentarbiyyah Zul.
“Janganlah pula selepas ini ulama-ulama Pas mencari dalil dan alasan untuk menutup perkara berkenaan,” katanya.
Dalam perkembangan yang sama, Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Perak, Zulkifli Ibrahim memberi komen bahawa ungkapan tersebut sekadar satu 'kesilapan bahasa yang tidak disengajakan'. Beliau juga meminta Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) menyiasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 berhubung laporan yang dibuat kepada jabatan itu oleh Zul dan Fairul Azrim pada 23 September lepas bahawa mereka telah diperangkap oleh BPR untuk melakukan hubungan seks masing-masing dengan wanita dari China.
Sebagai Muslim kita pastinya tidak akan bersetuju dengan kata-kata Zul Hassan itu kerana dua perbuatan tersebut sangat bertentangan antara satu sama lain. Zina merupakan perkara yang diharamkan oleh syarak manakala sedekah pula adalah halal dan sunat hukumnya. Mana mungkin halal dan haram boleh dicampurkan sekali atau pun disamakan. Sama ada ia dibuat dengan niat dan penuh kesedaran atau pun tersasul, hakikatnya kata-kata tersebut tidak boleh diterima kerana ia dikeluarkan dalam rangka membela diri dari keharaman yang telah diakui.
Sebagai sebuah negara sekular yang berhukumkan hukum buatan manusia, Fairul Azrim telah didakwa atas kesalahan ‘rasuah seks’. Walaupun terdapat pengakuan (sebagaimana dilaporkan akhbar), namun dia tidak pula didakwa atas kesalahan zina! Kesalahan yang menjadi ‘minat’ kerajaan sekarang adalah kesalahan rasuah, bukannya zina. Biasalah negara sekular, mereka akan memilih dan mendakwa mengikut sesuka hati mereka sahaja tanpa memandang bentuk keharaman yang dilakukan.
Namun isu ini sebenarnya tidak sepatutnya difokuskan kepada ungkapan dan pengakuan yang dibuat sahaja. Kita haruslah melihat dari aspek yang lebih besar berkenaan ‘kejayaan’ sistem sekular itu sendiri dalam melahirkan orang-orang yang banyak melakukan keharaman atau maksiat kepada Allah di dalam profesion mereka, termasuklah di pihak kerajaan sebagai institusi pelaksana hukum. Dari segi politik pula, oleh sebab ‘kesalahan’ ini dilakukan oleh ahli parti pembangkang, maka kes ini perlulah dibesar-besarkan agar menampakkan keburukan pembangkang (PKR) dan melemahkan keyakinan rakyat kepada mereka. Seterusnya diharapkan agar rakyat menolak pembangkang dan beralih kepada kerajaan yang mengamalkan sekular yang lebih baik dari pembangkang.
Dari aspek uqubat Islam pula, kita dapat menyaksikan bagaimana Negara Islam Hadhari yang sekular ini tidak menerapkan hududullah di dalam kes pengakuan zina, walhal ayat Quran dan Hadis jelas memperkatakan tentang hukumannya. Ternyata, ‘rasuah seks’ dilihat lebih besar dan lebih penting bagi mereka dari ‘hubungan seks’ itu sendiri.
Alangkah jauhnya kerajaan Malaysia dari syariat Islam, malah tidak melaksanakan hudud itu langsung tidak dilihat sebagai satu kesalahan oleh mereka. Semua hukum syariat hanya tersimpan sebagai tulisan di dalam kitab suci Al-Quran, tanpa satu pun diamalkan oleh mereka, kecuali beberapa hukum-hukum ibadat seperti solat dan puasa. Islam langsung tidak diambil sebagai way-of-life oleh mereka. Dalam keburukan sekular sekarang, apakah kita masih mahu berdiam diri tanpa berusaha untuk menegakkan hukum Allah? Apakah dengan bergelumang apatah lagi menyokong kerajaan dan sistem sebegini yang kita harapkan dapat menyelamatkan diri kita dari azab Allah di akhirat nanti?"
- Koropi
AR: Ontahlah..... sebenornya, kat Malaysia nih memang dah biasa dah.... cuma sesetengah aje yang didedahkan...... janganlah rasa terkejut dengan perkara sebegini.... Inilah Budaya UMNO turun temurun.... sebab tuh, mereka sampai boleh mengeluarkan perkataan SEDEQAH... hahahahaha, sedeqah amal jariah!!!!
Liga Super Musim Depan Pasti Suram Jika Kedah FC Turun Liga Dan Sri Pahang
FC Pula Tarik Diri
-
MASA depan dua kelab Liga Super menjadi tanda tanya dengan mereka
dilaporkan tidak akan bertanding dalam saingan tersebut pada musim depan.
Dua kelab yan...
2 days ago
0 comments:
Post a Comment