Ana tak kisah sangat dengan program-program sebegini dan menganggap ianya hanya sebahagian dari kursus yang wajib diambil. Alangkah terkejutnya ana dan sahabat-sahabat ana apabila dikejutkan pada pukul 5 pagi oleh pegawai Biro Tatanegara yang ingin menunjukkan bukti sahih Anwar, Ustaz Hadi dan Tok Guru ialah ejen Zionis!
Mulanya, ana terkejut juga dibangunkan pada seawal 5 pagi. Ana ingat ada qiamullail jadi ana tak kisah sangat. Tambahan lagi, mereka dari bangsa bukan Melayu tidak perlu turut serta.
Rupa-rupanya, pegawai BTN nak 'brainwash' kami semua. Agar jadi pro-UMNO semuanya. Pegawai kata nak tunjuk bukti-bukti Anwar, Tok Guru dan Ustaz Hadi ejen Zionis. Berdetik juga rasa hati.
Apakah ada gambar-gambar panas mereka dengan tokoh-tokoh Yahudi Israel atau ada apa-apa perjanjian bertulis yang akan ditunjukkan sebagai bukti? Hatiku berdegup kencang...
Alangkah muaknya rasa di hati apabila pegawai BTN menunjukkan gambar lama Anwar bersalam dengan tokoh korporat berbangsa yahudi sewaktu masih menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu. Tun Mahathir pun ada bersalam dengan Bush tapi tiada siapa pun tuduh Tun ejen Amerika.
Berhubung Ustaz Hadi dan Tok Guru pula, gambar sewaktu demonstrasi Bersih ditunjukkan sebagai bukti. Kononnya Bersih ditaja oleh Yahudi yang ingin menghuru-harakan Malaysia. Kalau setakat bukti taraf tadika ni tak payah penat-penat kejutkan aku tido. Serius buang masa..
Rasa sedih ada, rasa nak tergelak pun ada. Mungkin tak puas hati mereka memfitnah Anwar, sekarang, Ustaz Hadi dan Tok Guru pun nak difitnah sama.
Sampai bila agaknya UMNO nak memperkudakan pegawai-pegawai BTN ni. Yang lebih lucu lagi, sesiapa yang cuba menegur akan digagalkan dari BTN. Sehingga sekarang, masih tersebar cerita bagaimana Ustaz Zaharuddin yang begitu arif dalam ekonomi Islam sehinggakan dirujuk oleh mufti-mufti digagalkan dalam BTN kerana menegur perbuatan mereka yang salah dari sudut Islam...
ARef: Pelik bin Ajaib.... Hairan bin Takjub.... Orang camnih pun ada kat dunia nih yek???? Tak habis2 guna strategi kotor fitnah... pulak tuh.... nak brainwash orang cerdik kononnya...... nak menipu tuh, janganlah sama semua orang dengan ahli2 United Malays National Organization!!! kah3....
0 comments:
Post a Comment