Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Monday, October 20, 2008

Eurocopter: Kenapa beli lebih mahal?

Benda nih, aku ambil daripada Malaysiakini.... Tapi, aku malas nak ambil semua sebab, panjang sangat... pointnya siket aje.... jadi, aku ringkaskanlah... supaya senang korang baca..... Untuk Ulasan panjang, korang tengok2lah kat [SINI].


1) Brazil membeli helikopter Eurocopter EC-725 dengan harga yang lebih murah RM82 juta sebuah, sedangkan Malaysia bakal membayar dengan harga RM193 juta, kata Angkatan Muda PKR hari ini.

2) Brazil telah menandatangani kontrak pembelian 50 buah helikopter Cougar yang bernilai US$1.2 bilion ataupun RM4 bilion. Manakala Malaysia pula telah menandatangani kontrak berjumlah RM2 bilion hanya untuk 12 buah helikopter Cougar," Katanya.

3) "Persoalan timbul ialah ke mana perginya RM1.2 bilion ini dengan sewenang-wenangnya?" kata Mohd Fariz.

4) Kontroversi pembelian ini muncul selepas Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan tatacara perolehan helikopter tersebut minggu lalu dan isu yang sama dibangkitkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, Isnin lepas.

5) Pengerusi syarikat itu Kapt (B) Datuk Zahar Hashim mendakwa keputusan kementerian mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter "agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini."

6) SEBAB DIKEMUKAKAN...



i) "Kontrak Brazil itu juga mewajibkan Eurocopter memindahkan teknologi ke kilang di Brazil dan ini juga mempunyai kesan positif dari segi pekerjaan yang akan ditambah," katanya.

ii)
"Tetapi pembelian di Malaysia langsung tidak mempunyai sebarang asas timbal balik yang mendatangkan keuntungan buat Malaysia sama ada jangka pendek mahupun jangka panjang."


ARef: Aku nak komen pun cam tak lalu aje...... tapi..... kontrak dah sign.... jadik camtuhlah politik UMNO!!!! memang geram, geram, geram.... Lain kali, nak buat benda tuh.... tanya dulu orang..... tapi, aku yakin 100%, komisyen menanti bagi Bijan dan Rosmah... takkan buat secara tergesa-gesa.....

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats