Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Monday, October 20, 2008

Mungkinkah Rani Mukherjee Juga Di Anugerahkan Datuk???

KUALA TERENGGANU 19 Okt. - Terengganu dijangka dipromosi ke seluruh dunia apabila sebuah syarikat Bollywood berhasrat membuat penggambaran filem di negeri itu, Mac tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, penerbit dan pengarah syarikat filem berkenaan berkunjung ke Terengganu baru-baru ini untuk meninjau lokasi menarik seperti Tasik Kenyir, Tanjung Jara, Pulau Redang, Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dan Pulau Duyong.

"Syarikat filem berkenaan ingin mendapat kerjasama daripada kerajaan Terengganu bagi membuat penggambaran di tempat-tempat menarik di negeri ini.

"Kita harap filem yang akan dibuat antara 200 hingga 400 salinan itu apabila ditayangkan kelak, dapat memperkenalkan Terengganu di seluruh dunia," katanya selepas merasmikan resort lima bintang, Ri-Yaz Heritage Resort and Spa di Pulau Duyong di sini hari ini.

Resort yang mempunyai 97 buah bilik dan 13 calet itu adalah milik kerajaan Terengganu dan diuruskan oleh Ri-Yaz iaitu anak syarikat kumpulan Ri-Yaz Hotels & Resort, mulai 1 Ogos lepas.

Ahmad berkata, filem yang masih belum mempunyai judul dan memakan masa penggambaran antara 40 dan 60 hari itu, mengisahkan mengenai pasangan kekasih yang berbulan madu di Terengganu dan dilakonkan oleh Rani Mukarjee manakala heronya masih belum diputuskan.

Tahun lepas, sebuah syarikat filem dari China turut membuat penggambaran siri drama di Pulau Perhentian, yang merupakan antara pulau yang terindah di dunia.

- Utusan

ARef: Kalau penganugerahan Datuk kepada Shah Rukh Khan adalah kerana penglibatan Shah Rukh Khan dalam filem one, two, ka four yang di lakukan di Melaka, kononnya menglemerkan Melaka...... Adakah nasib yang sama akan diperolehi Rani Mukherje??? Sebelum, nama ini dicadangkan, ARef dengan beraninya ingin membantah sepenuh-penuhnya!!!! Mat Said, janganlah duk ikut sangat perangai geng2 UMNO nih.... Lawak giler Pemimpin2 UMNO nih, almaklumlah kebanyakannya semua nih kurang cerdik, sampai satu tahap, tembelang anugerah Datuk nih diketahui rakyat sampai ke hulu kampung..... glemerlah Datuk2 sekelian dengan gelaran Datuk Kangkong!!! cheh!!!! berlagak pandai konon!!!

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats