Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Wednesday, November 19, 2008

Ketua Hakim Mengaku Rasuah: Karpal beri Zaki 7 hari untuk letak jawatan

Perisik Rakyat : Pengerusi DAP Karpal Singh memintaKetua Hakim Negara Tan Sri Zaki Tun Azmi meletakkan jawatan dalam masa tujuh hari ekoran kenyataan Zaki mengenai rasuah di kalangan kakitangan mahkamah semasa beliau menjadi peguam pada 1987.

Beliau berkata Zaki jangan menafikan bahawa beliau telah mengeluarkan perkataan yang dilaporkan dalam the New Straits Times pada 8 November kerana ada rakaman audio mengenai apa yang beliau katakan di Kuching, sehari sebelum itu.

Karpal Singh berkata penjelasan oleh Zaki mengenai kenyataan itu, yang dilaporkan dalam akhbar yang sama pada 9 November, tidak mengandungi kebenaran tersebut, demikian menurut Bernama.

Zaki dilaporkan berkata bahawa 'Ia mengambil masa enam bulan untuk menjadi baik, merasuah setiap individu supaya diterima semula sebelum fail-fail kami dilihat semula. Itu adalah adalah pengalaman peribadi saya, dan saya memberitahu perkara ini kepada semua kerani dan pendaftar supaya menghentikan perkara karut ini'

"Dalam memberikan kenyataan itu, beliau (Zaki) telah mengelirukan seluruh negara. Justeru, beliau bukanlah orang yang layak memegang jawatan Ketua Hakim yang telah memalukan institusi kehakiman," kata Karpal Singh kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Karpal Singh berkata jika Zaki tidak meletak jawatan dalam masa tujuh hari, beliau akan membentangkan satu usul terhadapnya di bawah Artikel 127 Perlembagaan Persekutuan.

Artikel itu menyebut; Perilaku seseorang hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi janganlah dibincangkan sama ada di Parlimen kecuali mengenai usul substantif di mana notis diberikan tidak kurang daripada suku keseluruhan bilangan anggota Dewan itu, dan tidak dibincangkan di Dewan Undangan mana-mana negeri.

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats