
Malaysiakini : Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat hari ini membisu berhubung spekulasi bahawa bekas setiausaha agung, Datuk Ong Ka Chuan telah meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet.

Menurut laporan akhbar tersebut, yang memetik sumber-sumber, Ka Chuan yang juga menteri perumahan dan kerajaan tempatan telah menemui presiden MCA itu dan menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai menteri, selepas tewas dalam pemilihan jawatan timbalan presiden baru-baru ini.
Pertandingan bagi jawatan tersebut dimenangi oleh bekas naib presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek.

"Saya tidak membuat sebarang kenyataan mengenai khabar angin tersebut dan sehingga ini saya tidak menyerahkan senarai (calon menteri) kepada perdana menteri.
"Di samping itu, tidak ada senarai tersebut. Sama ada seorang (merujuk kepada Ka Chuan) menyerah surat peletakan jawatan atau tidak, adalah tidak penting," katanya.
Ditanya sama ada beliau akan mengemukakan senarai itu, Tee Keat menjawab: "Kita akan memutuskannya (bila tiba masanya)."

ARef:Lawak tahap cipan dan Cim pazilah Beeee Endddd nih!!! kah3........ Clinton Malaysia nak masuk balik kabinet???? kah3......
0 comments:
Post a Comment