"Lebih 900 laporan kes melibatkan rasuah politik kepada Lembaga Disiplin Umno harus disiasat dan diambil tindakan," kata Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunus.
Malah, katanya, perkara itu dilaporkan sebagai yang terburuk dalam sejarah pemilihan Umno.

Menurutnya, pemilihan Umno harus bersih daripada rasuah kerana pemilihan kali ini membabitkan persoalan amanah serta kredibiliti kepimpinannya.
"Peralihan kuasa tidak menjamin perubahan atau reformasi dalam Umno jika tidak ada 'keazaman politik' untuk membangkitkan usaha dan tekad melawan rasuah," katanya.
Gejala rasuah
Menurut Mohd Nazree lagi, tiada maknanya proses peralihan kuasa sekiranya rasuah politik terus membarah.
Oleh itu, katanya, Gerak menggesa kepimpinan tertinggi Umno, termasuk bakal presidennya yang baru, supaya melakukan reformasi menyeluruh bagi membentuk budaya integriti dalam kepimpinan.
"Generasi baru sentiasa melihat perkembangan Umno dalam keseriusannya menangani gejala rasuah politik," katanya.
Mohd Nazree berkata, Umno perlu lebih berani untuk mengambil tindakan terhadap ahli atau calon-calon yang terlibat dalam rasuah politik.
"Tindakan harus diambil tanpa kompromi jika Umno mahu dilihat sebagai sebuah institusi politik yang masih mempunyai kepimpinan politik yang mempunyai kesungguhan dan iltizam dalam melawan rasuah.
"Bersih daripada rasuah itu bukan sekadar hanya perlu diucapkan tetapi yang lebih utama ialah diperlihatkan dalam bentuk tindakan dan ketegasan dalam menangani budaya songsang ini, melalui pendekatan yang holistik," tambahnya.
ARef : ha3...... apa punya TURRRRRRRRRRR UMNO, kecut teloq, kecut pipi....... takut pertandingan dan takut dengaq suara akar UMBi................... Ikut hangpalah.... bergaduh dengan RASUAH!!!!!
0 comments:
Post a Comment