Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Wednesday, November 19, 2008

Apa Maksud PTK??

Ujung tahun ni ramai kawan-kawan teman akan buat PTK. Eh apa bendanya PTK tu? Ada banyak makna yang teman jumpa. Antaranya:

Potong Trip Ke?
Pasai Tak Kipaih!
Poket terus kosong
Pakat tak kerja

Semua salah. PTK ialah Penilaian Tahap Kecekapan. Pada masa itu kakitangan kerajaan dikehendaki pergi kursus dan dinilai tahap kecekapannya melalui prestasi dalam kursus tersebut. Tujuannya ialah untuk mengenalpasti siapa nanti yang dapat cemerlang dalam ujian dan dapat anjakan gaji. Kalau dapat, banyak tu yong. Tapi, boleh ke kecekapan di nilai dalam masa kursus selama seminggu?. Hmmm….Inilah namanya lawak metropolis. Kerja satu tahun, dinilai satu minggu.

Berikut komen kakitangan kerajaan yang dah pernah pergi PTK:-

Pegawai 1: Ade ke patut ada soalan dalam soil science? Aku kerja dalam Bahagian Pengembangan Wanita. Aku ajar depa camne nak buat Minyak kelapa Dara dan kaedah untuk pemasaran. Betul, aku dulu belajar soil science kat universiti. Tapi itu dah 20 tahun dulu. Ade ke patut ditanya perkara macam tu. Depa yang duduk dalam Bahagian Tanaman mesti seronok.

Pegawai 2: Ada banyak soalan Kewangan. Kita yang duduk kat kawasan (field), apa kita tahu tentang pengurusan kewangan. Setakat isi borang claim boleh le. Process budget, bahagian pusat yang buat. Aku tau le nak buat anggaran….tapi tentu depa kat Bahagian Kewangan boleh dapat A. Aku setakat C boleh le. Ini mana adil.

Pegawai 3: Ada ke aku kena tulis esei 10 halaman mengenai managing change. Aku ada PhD dalam Pharmacy. Kalau tanya pasal kesan sampingan dadah ke…aku boleh tulis. Dah tu pulak, nak sekurang-kurang 5 rujukan ilmiah. Mana ada masa nak pergi library dalam tempuh kursus? Member dari bidang business yang sama PTK dengan aku, dalam tempuh 24 jam dia dah siap paper dia. Last-last, aku hantar je 5 helai entah apa-apa. Not fair!!

Pegawai 4: Aku dapat result excellent dalam PTK. Ingat dapat anjakan gaji, rupanya crony boss juga yang dapat. How come? Semua bergantung pada penilaian prestasi SKT. Aku melopong le. Memang aku tak puas hati.

Pegawai 5: Penat aku belajar sampai dapat PhD dan buat macam2 research. Aku boleh gagal satu paper PTK yang mengarut. Punah peluang nak jadi professor. Ade ke patut nak jadi professor kena lulus PTK? Apa guna penyelidikan, innovation dan buku yang aku tulis tu? Professor dulu memang tak risau apa pun. Depa tak pernah kena PTK.

Pegawai 6 (Teman): Teman seronok masa PTK dulu. Bukan apa, teman seronok mengutuk penceramah yang tak pernah pun buat PTK, mengajar kita camne nak jadi pegawai yang baik. Kah kah kah. Lebih kurang macam ketam yang suruh anak jalan betul. Tapi ketam tu dah Allah Taala buat camtu. Ini Manusia yang boleh bina keperibadian sendiri. Penceramah ingat dia sorang yang sempurna sedang kita semua tahu dia bukan pegawai yang sempurna pun sebab dia tak pernah pergi PTK dan tak pernah diuji dalam PTK.

Moral cerita ini ialah: Sebelum ajar macam mana nak score dalam PTK, buatlah PTK dulu!

Ada lagi cerita syok kat Blog Ummidinni

- Perak Express

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats