Setelah ARef membaca berita daripada Malaysiakini, barulah terasa nak buat analisis yang sebenar dan sebenar-benarnya, di atas apa yang tersurat dan tersirat di hati Paklah berkenaan perlepasan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri pada Mac ini.
UMNO mempunyai 191 Bahagian, dan setiap bahagian akan mencalonkan calon2 pilihan mereka mengikut perwakilan-perwakilan daripada cawangan2 yang ada dalam bahagian tersebut.
Najib 138, Ku Li 1, Baki 52
Setelah 8 malam pada 2 November 2008.... Najib telah mendapat 138 percalonan, manakala Ku Li hanya mendapat 1 sahaja pencalonan... tuh pun daripada Gua Musang.
Sekiranya, Ku Li mendapat kesemua baki pencalonan yang ada, Ku Li masih gagal untuk bertanding kerana bilangan minima pencalonan presiden ialah 58.
Jadi, secara automatiknya, Najib dah menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden UMNO.
Tapi, Najib kena ingat, ini baru pencalonan, bukannya kamu dah dapat jadi Presiden.
Strategi Pak Lah Menjadi
Sebelum ini, kita dapat melihat, Ku Li yang dibantu Che Det begitu galak nak bertanding jawatan Presiden UMNO dan ingin merampas kerusi Perdana Menteri daripada Paklah.
Oleh kerana, sambutan dikalangan semua bahagian UMNO terhadap Ku Li begitu memberangsangkan, hal ini telah mengganggu emosi Pak lah, kerana bimbangkan beliau tak akan memperolehi pencalonan yang cukup untuk bertanding Presiden UMNO.
Dek kerana desakan yang kuat oleh seluruh ahli2 UMNO dan juga Majlis Tertinggi UMNO di seluruh Malaysia, akhirnya Dolah terpaksa memendekkan tempoh peralihan kuasa daripada tahun 2010 kepada Mac 2009 dan beliau telah mengumumkan tidak akan bertanding jawatan Presiden UMNO.
Apa pulak strategi Dolah dan menanatunya nih??? Kalau nak diikutkan memang kalau takder Pak lah, konpem budak KJ nih tentunya akan jatuh melingkup.....
Kalau dilihat calon2 dalam Pemuda UMNO..... gandingan KJ dan Mamak Merican... aku pun dah lupa nama mamak tuh.... memang adalah susur galur kroni dan juga penaruh Pak Lah.... Tapi, takkan KJ dan PakLah nak biarkan begitu sahaja????
Di sinilah bermula...... PakLah yang kononnya tak bertanding Presiden bukannya nak melepaskannya kepada Najib, tapi, itulah dinamakan strategi Politik...... sejarah Malaysia telah menjadi saksi berkenaan strategi politik UMNO di mana Mahathir telah menumbangkan 3 orang Timbalan Perdana Menteri demi memegang kerusi Perdana Menteri untuk anak dan kroni!!!!
Paklah yang selama ini tahu, beliau tidak akan mendapat pencalonan yang cukup bagi jawatan Presiden UMNO dek kerana Tsunami Politik pada Mac 2008, telah menggunakan taktik kotor dengan menghantar seseorang yang dikatakan akan menggantikan beliau bagi menyekat pencalonan Ku Li...... Akhirnya, taktik pertama ini memeng menjadi..... Hari ini, 2 November 2008, Najib telah diisytiharkan calon tunggal bagi jawatan Presiden UMNO dan ini melayakkan Najib memegang jawatan Presiden UMNO pada Mac 2009.
Paklah Akan Tendang Najib Bila-Bila Masa
Rakyat Malaysia sudah mengetahui bahawa, Najib adalah pemimpin yang terkotor dalam UMNO dengan skandal seks dan juga skandal2 harta yang dirompak daripada kerajaan Malaysia.......
Pada 30 Oktober 2008, kita juga menyaksikan Razak Baginda terlepas daripada tuduhan bersubahat dengan 2 UTK Bukit Aman membunuh Altantuya....... Disinilah yang rakyat nanti-nantikan untuk mencari PENGARAH SEBENAR dalam TRAGEDI PEMBUNUHAN ALTANTUYA ini!!!!
Bermula dengan peluru pertama Pak Lah dengan SKANDAL EUROCOPTER yang melibatkan Najib dan kini peluru berpandu menanti Najib dengan SKANDAL PEMBUNUHAN ALTANTUYA yang akan diletupkan bila-bila masa apabila BALASUBRAMANIAM dan juga RAJA PETRA dikatakan akan dipanggil untuk menerangkan akuan bersumpah mereka berkenaan penglibatan Najib dan Rosmah dalam pembunuhan Altantuya.
Apa yang pasti, apa yang ditunggu, akan tiba..... Aku adalah orang yang paling gembira apabila mendenar Najib telah menang tanpa bertanding dalam pencalonan Presiden UMNO. Hal ini membuatkan Pak Lah akan kekal berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Aku lebih rela mempunya Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia daripada mendapat Bijan sebagai Perdana Menteri!!!!
KESIMPULAN
Begitulah kisah politik, politik nih diskret, nak ulas, nak analisis, ianya memang sukar, kerana inilah dinamakan POLITIK. Politik nih memerlukan strategi, ianya perlu ada yang tersurat dan banyak yang tersirat.....
Mungkin ada yang bertanya, BILA PAKATAN RAKYAT NAK AMBIL ALIH KERAJAAN PERSEKUTUAN??? Aku nak jawab skettt, korang mungkin biasa tengok orang main BOLA kan???? kalau dah ada orang serang nak sumbat gol.... pertahanan dan juga penjaga gol takkan nak duk diam ajo???? lagikan kalau pengadil tuh dah kena bayar rasuah.... lagi lah korang tahu apa akan jadi???? Bola dah masuk pun, dikira "offside" lagi!!!!
Akhir kata, Sabar..... masanya akan tiba untuk Pakatan Rakyat ambil alih kerajaan, cuma kita konar-konar sikit, kita tengok lagak orang UMNO berpolitik nih walaupun kita dah tahu mereka semuanya JAHAT!!!!
Liga Super Musim Depan Pasti Suram Jika Kedah FC Turun Liga Dan Sri Pahang
FC Pula Tarik Diri
-
MASA depan dua kelab Liga Super menjadi tanda tanya dengan mereka
dilaporkan tidak akan bertanding dalam saingan tersebut pada musim depan.
Dua kelab yan...
3 days ago
1 comments:
hahahaha,.
Satu pendapat berdasar harapan yg maha besar,.hya layak dibakul-sampahkan
Post a Comment