KOTA BHARU Ketika dakwaan politik wang dalam pemilihan menjadi tumpuan ramai sejak kebelakangan ini, Tengku Razaleigh Hamzah, yang gagal memperoleh pencalonan mencukupi untuk jawatan , mendedahkan terdapat bahagian yang meminta sehingga RM2 juta sebagai ganjaran pencalonan.
Ketua Bahagian Gua Musang itu berkata, kini permintaan dan tawar-menawar ganjaran bagi pencalonan-pencalonan yang diberikan berlaku secara terbuka.
"Ahli-ahli kini secara terbuka mahukan manfaat-manfaat kewangan apabila mahu memberi pencalonan.
"Satu bahagian dengan jelas meminta RM1 juta manakala di Sabah, harganya mencecah RM2 juta," kata beliau di sini semalam.
Dua minggu lalu bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mendedahkan tahap serius gejala politik wang dalam pemilihan berkata, seseorang perwakilan 'berpeluang' memperoleh sehingga RM20,000 sebagai ganjaran undi.
Ketika ditemui di sini awal bulan lalu, Razaleigh mendedahkan kira-kira RM200 juta digunakan untuk tujuan kempen dan membeli undi dalam pemilihan kali ini.
Bekas Naib itu menyatakan demikian pada hari beliau gagal memperoleh pencalonan mencukupi untuk kerusi sebaliknya ia dimenangi cabaran oleh Timbalan Datuk Seri Mohd. Tun Razak.
Sambil menjelaskan bahawa beliau sanggup berkhidmat untuk parti tetapi dengan syarat kepimpinan parti boleh meyakinkannya bahawa beliau tidak menyumbang khidmat kepada parti-parti yang berasuah.
Tegas beliau, tindakan memancing undi menggunakan wang dan menghalang anggota daripada hanya akan menamatkan riwayat lebih awal.
Ahli Parlimen Gua Musang ini juga mengakui bahawa wang diperlukan ketika berkempen tetapi ia tidak seharusnya membawa kepada gejala membeli undi ataupun menggunakan kuasa bagi menghalang pertandingan.
"Amalkan model AS dalam soal kutipan dana untuk tujuan berkempen, boleh diamalkan dalam untuk mengawal politik wang," katanya.
Jelas beliau, usaha semasa mengawal gejala politik wang dalam dan menyerahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) sahaja tidak mencukupi.
Ketika ditanya sama ada beliau akan menarik daripada jawatan , Razaleigh berkata, beliau tidak perlu menarik diri kerana tidak dicalonkan langsung untuk kerusi berkenaan.
"Sila lihat perkara yang saya katakan. Saya menawarkan untuk jawatan sebagai seorang ahli biasa.
SUMBER : PemudaBesut
ARef: Ha3..... kahkahkah..... Aku nak gelak, mari kita gelak sambil bergolek-golek sama-sama!!! Ku LI!!!! Ko tak tahu ke, Che Det tuh pergunakan ko ajo???? Che Det, memang tak berkonen dengan ko semenjok dulu lagi.... ha3........ Dah tua2 pun, asyik kena tipu, cammano nak jadi Pi Em?????
," katanya lagi. - mstar
0 comments:
Post a Comment