PahangDaily : Keputusan kes perbicaraan pembunuhan wanita Monggolia, Altantunya Shariibuu nampaknya akan diumumkann hari ini. Maka hebohlah seluruh negara bahkan seantero dunia orang memperkatakan hal ini. Ramai yang menjangkakan bahawa semua tertuduh yang terbabit dalam kes ini akan terlepas dari hukuman. Tambahan pula, terdapat banyak bukti jelas yang menunjukkan kesemua mereka akan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membelas diri. Rakyat melihat dan menyaksikan satu kes berprofail tinggi yang pastinya menggemparkan. Persoalan yang timbul sekarang, jika Razak Baginda, Sirul dan Azilah dibebaskan maka siapakah yang bersalah sebenarnya?. Apakah akan berlaku lagi "tangan-tangan hantu" atau "lembaga misteri" melakukan kerja terkutuk dan tidak berperikemanusiaan ini?. Semuanya bakal terjawab bila mahkamah membuat keputusan rasmi nanti.
Media arus perdana malam tadi melaporkan bahawa kes tersebut turut "mengaitkan pemimpin negara". Soalnya kini, apakah benar pemimpin negara itu dikaitkan atau memang terlibat secara langsung dalam kes ini. Persoalan yang timbul juga, siapakah yang memberi arahan kepada tertuduh untuk mengeluarkan "bom C4" dari stor UTK. Bahkan pengeluaran itu tidak disedari oleh penjaga stor itu sendiri. Ini bermakna terdapat ketirisan dalam hal ini. Mana mungkin bom yang digunakan untuk tujuan perang, boleh dibawa keluar sewenang-wenangnya oleh pihak terbabit. Melainkan ia mendapat "lampu hijau" daripada pihak atasan.
Kes ini kini menjadi tumpuan dunia sebenarnya. Jika dalam kes Noritta Samsuddin, kesemua tertuduh dibebaskan dan pihak polis gagal menjejaki "pembunuh sebenar". Bahkan lebih mengejutkan pihak polis hanya membuat laporan "terdapat dua lembaga misteri" yang tidak dikenalpasti membunuh mangsa. Apa yang peliknya, lembaga misteri itu sehingga hari ini tidak pernah didedahkan. Khabarnya kes ini juga turut melibatkan "pemimpin kerajaan". Maknanya kes boleh hilang dan selesai begitu sahaja bila ia melibatkan "orang besar". Tapi jika kes melibatkan rakyat biasa, maka sudah pasti penjenayah akan dicari sehingga ke "lubang cacing" sekalipun. Apapun, sebagai rakyat dan pemerhati, kita mahu dalam kes sebesar ini pasti ada tertuduh yang akan menerima hukuman. Tidak adil bagi keluarga si mati bila keputusan dibuat "Altantunya telah mati sebelum diletupkan dengan bom C4". Jika ini berlaku, sudah pasti undang-undang negara kita sekali lagi akan dicemuh oleh masyarakat antarabangsa. Mana mungkin keputusan, si mati membunuh diri sebelum dia diletupkan. Jika beliau membunuh diri, masakan pula mayatnya diletupkan. Inilah yang menjadi persoalan?.
Dalam pada itu, hari ini kami menerima sekali lagi sekeping gambar yang dihantar melalui email dari pengirim yang mengatakan dirinya dari Perancis. Pengirim terbabit mengirimkan foto yang menunjukkan Altantunya, Razak Baginda dan pemimpin kerajan Malaysia disebuah lokasi peranginan juga di Paris. Kata pengirim tersebut, inilah buktinya yang sudah lama ingin didedahkan. Namun, siapalah yang mahu percaya dengan maklumat yang diberikan itu. Apapun kami paparkan foto terbabit untuk tatapan pembaca. Kami terpaksa menutup wajah pemimpin berkenaan bagi mengelak daripada timbulnya keraguan terhadap kes ini. Pembaca boleh menilai dan meneka siapakah beliau dan bagaimana foto ini boleh disebarkan. foto ini juga pernah disiarkan dalam banyak laman blog sebelum ini. Namun ada yang mengatakan ianya adalah "super impose" dan sebagainya. Namun bagi kami, biar apa jua keadaan sepatutnya pihak berkuasa perlu menyiasat perkara ini.
Namun, di Malaysia semua boleh jadi. Orang bunuh orang boleh selamat tetapi orang yang ingin menyelamatkan orang pula yang akan terpenjara. Inilah dia amalan undang-undang "rimba" yang perlu dibersihkan oleh Ketua Hakim Negara yang baru. Kita tidak mahu selama-lamanya rakyat berada dalam situasi yang tidak menyenangkan. Jika kes Altantunya ini berakhir dengan adanya "tertuduh yang bakal menerima hukuman" sekali pun, rakyat masih sangsi dengan keputusan itu. Apatah lagi jika semua tertuduh dibebaskan. Maka selama-lamanya rakyat akan berada dalam keadaan "keraguan yang munasabah". Jika ini berlaku, bagaimanakah seseorang itu boleh menjadi pemimpin negara. Belum pernah terjadi dalam sejarah bakal pemimpin nombor satu diragui seperti ini. Bahkan sejak dulu lagi semua pemimpin yang akan mengambil alih kepimpinan negara dilihat sebagai "bersih" dan tidak banyak "skandal". Namun, kali ini cukup berbeza, dan rakyat takut dengan fenomena yang akan berlaku di kemudian hari. Kes boleh ditutup dengan adanya "kuasa dan wang", namun dunia tetap akan menghina kita. Apakah rakyat boleh hidup dalam sebuah negara yang mempunyai pemimpin yang dicemuh oleh masyarakat antarabangsa suatu hari nanti?.
[Apapun, sama-samalah kita nantikan keputusan kes pembunuhan Altantunya Shariibuu ini. Khabarnya ia akan disiarkan secara langsung menerusi media arus perdana. Apakah motif penyiaran ini ? Mungkin ada rahsia disebaliknya. Maka itu usahlah kita mengharapkan sesuatu keputusan yang "telus" sebenarnya. Terimalah apa jua ketentuan yang bakal menjelma. Semoga roh si mati akan tenang disana dan mereka yang membunuhnya akan tidak selamat buat selama-lamanya, biarpun terlepas dari hukuman dunia. Sama-sama kita fikirkan !].
Liga Super Musim Depan Pasti Suram Jika Kedah FC Turun Liga Dan Sri Pahang
FC Pula Tarik Diri
-
MASA depan dua kelab Liga Super menjadi tanda tanya dengan mereka
dilaporkan tidak akan bertanding dalam saingan tersebut pada musim depan.
Dua kelab yan...
2 days ago
0 comments:
Post a Comment