Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Thursday, September 18, 2008

Syed Hamid: Akta Hubungan Kaum Diwujudkan

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menggubal satu akta mengenai hubungan kaum bagi dijadikan panduan kepada rakyat untuk memelihara dan mengukuhkan hubungan kaum, kata MenteriDalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata, pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Perpaduan, Kesenian dan Warisan (KEKWA) akan membincangkan soal penggubalan undang-undang itu setelah ia dipersetujui oleh Kabinet.

Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini, Syed Hamid berkata bahawa setelah akta berkenaan diluluskan, KEKWA akan memainkan peranan yang penting bersesuaian dengan tnggungjawabnya menjaga hal-hal perpaduan.

"KDN hanya memberi input dalam usaha penguatkuasaan bagi menentukan keselamatan dan kesejahteraan negara dapat dipelihara," katanya.

Syed Hamid berkata, antara perkara yang akan diambil kira dalam penggubalan akta itu ialah soal integrasi, sistem pendidikan negara serta ekonomi.

"Sekiranya terdapat apaapa pelanggaran terhadap keharmonian kaum sehingga menjejaskan keadaan, tindakan boleh diambil (melalui akta ini) bagi mengelakkan konflik dan perselisihan kaum," katanya.

Beliau berkata, rujukan akan dibuat dengan beberapa negara luar seperti United Kingdom yang mempunyai undang-undang sedemikian.

"Kita juga perlu mendapat maklumat balas pelbagai pihak kerana akhirnya yang akan jadi pengamal adalah rakyat. Ini undang-undang untuk rakyat," katanya.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai pernah mencadangkan akta seperti itu digubal sebagai satu mekanisme untuk mengukuhkan hubungan antara rakyat Malaysia berbilang kaum memandangkan isu-isu perkauman sering berbangkit akhir-akhir ini. BERNAMA

- mSTAR

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats