Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Thursday, September 18, 2008

Anak kapal MT Bunga Melati Lima MISC diberi makanan satu cawan setiap hari


PULAU PINANG 18 Sept.- Semua anak kapal tangki MT Bunga Melati Lima milik MISC Bhd yang ditawan lanun akhir bulan lepas, dikurung di bilik kecil dan hanya diberi satu cawan makanan setiap hari.

Perkara itu didedahkan seorang anak kapal berkenaan, Nor Afandi Basar, 44, ketika menghubungi adiknya, Mohd Ridza, 27, di sini menerusi telefon petang semalam.

Mohd Ridza yang bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta sempat berbual dengan abangnya selama dua minit pada kira-kira pukul 6.50 petang selepas kumpulan lanun itu membenarkan semua anak kapal menghubungi keluarga masing-masing.

“Abang beritahu yang dia selamat tapi merayu MISC menyegerakan rundingan supaya mereka dibebaskan secepat mungkin. Dia cuma beritahu diberi makanan satu cawan setiap hari tapi tidak memaklumkan jenis makanan yang diberi itu.

“Abang kata, dia rindu mahu berpuasa bersama keluarga dan dia juga terlalu rindu dengan keluarganya serta berharap dapat dibebaskan sebelum sambutan Aidilfitri ini. Itulah juga harapan semua anak kapal berkenaan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini. - Bernama

- Utusan

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats