Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Thursday, September 18, 2008

Isu azan: Bilal dipanggil beri keterangan













Seorang pegawai Masjid Al-Ehsan, Bandar Kinrara, Puchong, hari ini dipanggil bagi memberi keterangan kepada polis berkaitan petisyen berhubung isu azan.

Bahrudin Maskor, 47, yang merupakan bilal masjid tersebut, dilihat memasuki Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi jam 1.30 petang tadi dan selesai memberi keterangan dua jam kemudian.

Bahrudin yang ditemui berkata beliau dipanggil bagi memberi keterangan berkenaan kandungan petisyen yang dihantar lebih 100 penduduk di kawasan itu beberapa bulan lalu, demikian menurut Bernama.

"Dalam petisyen itu, penduduk minta supaya azan subuh diperlahankan dan kuliah subuh pada hari Sabtu dan Ahad tidak menggunakan pembesar suara.

Kami akur dengan permintaan mereka," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai individu yang mengetuai petisyen tersebut.

"Petisyen itu hanya diterima oleh nazir masjid Bandar Kinrara iaitu Abdul Rahman Nasir. Saya tak tahu apa-apa," katanya.

- Malaysiakini

AR: Sebagai seorang Islam, kita sepatutnya menghadapi situasi ini dengan penuh gentleman dan professional. Apa yang perlu kita lakukan adalah, penjelasan kepada golongan non-Muslim berkenaan agama Islam yang diwajibkan bersolat 5 waktu sehari dan azan akan dilaungkan setiap kali waktu solat masuk. Sekiranya kita tidak memberi penjelasan, selagi itu, bantahan akan ada. Kita kena bagi contoh kepada golongan non-Muslim tentang rasa hormat antara agama, seperti agama lain selain agama Islam, mereka pun ada juga budaya agama yang mereka lakukan tidak berkenan di hati orang Islam, akan tetapi, kita menanganinya dengan penuh professional tanpa menyekat adat agama mereka. Perbincangan perlu dilakukan oleh ahli-ahli agama dengan golongan non-Muslim.

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats