Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Thursday, September 18, 2008

Hott!! : PM Tolak Sidang Tergempar Parlimen


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menolak desakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Parlimen mengadakan sidang tergempar untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap kerajaan.

"Saya tidak nampak keperluannya kerana Parlimen akan bersidang selepas Ramadan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Tertinggi di PWTC hari ini.Parlimen dijadual bersidang semula pada 13 Oktober depan.

Awal hari ini, Anwar berkata, beliau telah menghantar surat kepada Abdullah supaya mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan usul tidak percaya terhadap kepimpinannya.

Katanya, beliau telah membuat permohonan rasmi meminta supaya diadakan sidang tergempar Parlimen untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap kepimpinan Abdullah, selewat-lewatnya pada 23 September.

Abdullah juga bekata beliau tidak mempunyai rancangan untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) "terhadap Anwar atau sesiapapun".Abdullah kini berdepan dengan usaha Anwar untuk mengambil alih kuasa melalui penyertaan ahli-ahli parlimen BN yang akan melompat menyertai Pakatan Rakyat.

- Malaysiakini

AR: Dolah mana nak lepas.... sebab dia tahu, semua orang tak suka dia!!! Namun, Dolah lupa.... Beliau pun pernah angkat sumpah jadi Perdana Menteri sebaik sahaja keputusan pilihanraya ke-12 pada 8 Mac diumumkan!!! Dolah perlu ingat, tanpa sidang parlimen pun, Anwar dan Pakatan Rakyat boleh membawa perkara ini kepada Majlis Raja-raja Melayu......

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats