Jimadie Shah Othman
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengarah Pilihanraya Pusat parti itu, Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan 'empat mata' hari ini difahamkan bagi menyelesaikan 'pertelagahan' antara mereka berhubung isu peralihan kuasa yang diusahakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan dilihat sentiasa memberi sokongan moral kepada Anwar untuk menjadikan peralihan kuasa itu satu realiti.
Manakala Mustafa yang juga pesuruhjaya PAS Terengganu pula dilihat tidak yakin usaha Anwar itu akan menjadi kenyataan.Dalam pertemuan tersebut, Malaysiakini difahamkan kedua-dua pemimpin tertinggi PAS telah memperjelaskan pendirian masing-masing dan 'hubungan mereka kini kembali seperti sediakala'Ketika dihubungi Malaysiakini, Mustafa mengesahkan mengadakan pertemuan tersebut di Kota Bharu pagi tadi atas permintaan Nik Aziz.
Mustafa enggan mengulas lanjut mengenai pertemuan yang bermula jam 10 pagi tadi, tetapi beliau kedengaran ceria ketika bercakap dengan Malaysiakini.
Genting Malaysia Berhad Terima Anugerah Halal Champion Negeri Pahang Bagi
Tahun 2024
-
*SHAH ALAM*: Syarikat terkemuka dalam bidang rekreasi dan hospitaliti,
Genting Malaysia Berhad mendapat pengiktirafan sebagai Halal Champion
Negeri Paha...
9 hours ago
0 comments:
Post a Comment